From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Sunday, August 24, 2008

We Will Doing A Re-Research : Najib

(Berita Harian, Ahad, 24 Ogos 2008) BUKIT MERTAJAM: Kerajaan akan mengkaji untuk menggantikan sistem rebat tunai subsidi petrol dan diesel untuk kenderaan persendirian dengan menurunkan lagi harga bahan api itu 40 sen seliter mengikut tahap penggunaan dalam negara pada Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah yang akan dilaksanakan selepas tempoh pemberian rebat tamat Mac tahun depan itu bagi memastikan rakyat memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kaedah yang dilaksanakan sekarang. "Sistem rebat ini nampaknya tidak banyak kesan. Jika kita terjemahkan rebat RM625 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang 40 sen nilainya setiap liter."

"Maknanya, jika kaedah rebat itu tidak digunakan dan diganti dalam bentuk pengurangan harga di pam, harga minyak boleh turun antara 35 hingga 40 sen seliter lagi," katanya dalam pertemuan dengan Berita Minggu, semalam.

Kelmarin, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 dan RON92, masing-masing 15 sen dan 22 sen kepada RM2.55 dan RM2.40 seliter, manakala harga diesel sebanyak lapan sen kepada RM2.50 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet selaras penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu lalu dan bagi mengimbangi kenaikan kadar inflasi.

Najib berkata, langkah memperkenalkan sistem rebat itu sebenarnya untuk mengelak pemilik kenderaan mewah turut memperoleh subsidi bahan api kerana mereka sememangnya tidak layak.

"Malangnya, ramai orang apabila memperoleh rebat berbentuk wang tunai itu, mereka gunakan untuk tujuan lain. Oleh itu, lebih baik kita turunkan harga minyak," katanya.

Beliau berkata, pandangan dan maklum balas semua pihak akan dipertimbangkan sebelum keputusan mengenai cadangan itu dilaksanakan tahun depan.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2008, sempena Pekan Fest di Pekan, semalam, Najib berkata, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebelum ini dilakukan selepas harga minyak dunia meningkat kepada AS$143 satu tong.

"Secara perbandingan, Singapura menaikkan 11 kali harga minyak di negara itu tahun lalu," katanya.

Mengenai keputusan terbaru menurunkan harga minyak, Najib berkata, kerajaan menunaikan janji sebelum ini untuk memberi faedah kepada rakyat apabila mendapati kadar inflasi meningkat lebih tinggi berbanding biasa.

Najib berkata, penurunan harga minyak juga diharap turut membantu penurunan kadar inflasi apabila harga barangan yang tinggi berubah selepas ini.

Harga Minyak Turun Hak Rakyat

Sementara itu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan keputusan menurunkan harga minyak tiada kaitan dengan cubaan meraih undi pada pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, sebaliknya demi kepentingan rakyat seluruh negara.

"Adakah saya hendak korbankan kepentingan keseluruhan rakyat hanya kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya ketika menolak andaian kononnya penurunan harga minyak yang berkuat kuasa tengah malam kelmarin ada hubungan dengan pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, keputusan menurunkan harga minyak berdasarkan harga minyak mentah dunia sehingga kelmarin dan kerajaan menunaikan janji untuk berbuat demikian kerana harga minyak yang lebih rendah adalah hak seluruh rakyat jika keadaan membenarkan ia dikurangkan.

Katanya, perkara berkenaan bukan isu politik kerana semua keputusan mengenainya memerlukan pertimbangan dan perbincangan rapi.

"Saya buat apa yang saya cakap. Adakah kerana pilihan raya hari ini maka seluruh rakyat dinafikan (untuk menikmati) harga minyak yang lebih rendah. Minyak bukan untuk orang Permatang Pauh saja," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan masyarakat Cina di Rumah Pangsa Taman Tun Hussein, di sini, semalam.

2 comments:

Well done TPM! aku tentang perkara ni memang menyokong penuh cadangan anak ex-PM no.2 malaysia tu. Najib kata kalau rebet tunai yang kerajaan bagi tu sama nilainya dengan 35 - 40 sen seliter.

cuma ada 2 perkara saja yang nak dikatakan di sini. pertama, kalau pemberian rebet tunai tu dipotong ia boleh menyebabkan harga minyak susut 35-40 sen seliter, jadi kenapa masa kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak aritu tak ambil kira perkara ni? jadi tak perlu la naik sampai 78 sen. betul tak pak menteri? sekurang2nya hanya naik sekitar 43 sen seliter sahaja (bagi petrol). sebab sebenarnya rebet tunai tu tak berapa praktikal pun. orang banyak guna untuk belanja benda lain. sebab tiba2 dapat duit 'free' jado tak perasan @ lupa yang sebenarnya kos belanja sara hidup dah meningkat. tapi kenapa masih nak bagi? nak ambil hati rakyat kah? @ nak untungkan 'sesetengah' pihak atau 'menantu'? hehe..

ini membawa kepada perkara yang kedua iaitu pemberian rebet tunai itu hanya menguntungkan & jugak men'kaya'kan orang2 tertentu 'itu'. manfaat kepada rakyat? ada...tapi tak boleh dibuat perkiraan langsung sebenarnya. masyarakat luar bandar mungkin kurang terasa, tapi kesan yang ialah mereka yang tinggal atau bekerja di kawasan bandar. aku rasa ramai yang maklum tentang syarikat yang dapat projek untuk uruskan pembahagian rebet tunai ni. ada 'orang tertentu' yang berkepentingan dalam company tu. hai..dalam kesusahan rakyat masih lagi mengambil kesempatan untuk kemewahan.

bila dilihat semula kpda rebet tunai yg diberikan adalah mustahil ia dpt memuaskan hati masyarakat seluruhnya...kaedah baru haruslah difikirkan.. kita kan ada banyak pemikir2 ekonomo, kenapa tak tanya je pandangan mereka?...musykil

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More