From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Thursday, January 10, 2013

Tesis Oh... Tesis

Serasa sejak kali terakhir saya berkongsi entri pada bulan Ramadhan yang lalu, seperti bertimbun-timbun urusan hidup yang perlu diusahakan, sampai kadang-kadang rasa seperti sudah 'krem' hingga tidak tahu apa nak dibuat. Haha... Namun, mujur pengalaman kehidupan yang dikurniakan Allah SWT menyebabkan saya akan kembali ke landasan tatkala tiba-tiba terkeluar "dek mengantuk memandu waktu tengahari di atas highway yang lurus". Oh, berbunganya!

Saya tidak bercadang untuk bercerita tentang betapa banyaknya tanggungjawab, kerana semua orang mempunyai tugas dan tanggungjawab yang banyak. Suka saya memetik kata-kata hikmah yang memberi kesan dan popular oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana iaitu lebih kurang isinya, "Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada". Sebab itu suka saya hendak mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa mencari kesempatan waktu dengan menguruskan masa yang diberikan oleh Allah dengan baik, dan mengelak daripada memberi alasan tidak punya waktu yang cukup. Kerana kita semua punya waktu yang sama panjang sehari semalam.

Sejak mula menulis proposal bagi tesis pengajian sarjana pada bulan November yang lalu, satu demi satu cabaran yang datang. Baru kini terasa cabaran sebenar menulis tesis berbanding disertasi apatah lagi projek sarjana muda. Bila dibaca-baca semula laporan projek sarjana muda dulu terasa serba tidak kena pula. Haha.

Apa pun pengajian sarjana melalui mod penyelidikan ini benar-benar memberi banyak pengalaman yang bermakna dalam kehidupan. Walau pun kini masih lagi terkejar-kejar untuk menyelesaikan sebahagian bab 2 dan 3, saya bersyukur kerana semua ini akan lebih berjaya mendesak saya supaya lebih berdisiplin dan teliti dalam menguruskan masa dan tanggungjawab yang ada.

Fikir Rasa saya, tanggungjawab itu memang sentiasa ada dan tidak akan terlepas daripada diri kita selagi mana kita hidup di dunia ini sebagai hambaNya. Harus sentiasa diingat bahawa setiap manusia itu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah dilakukan di alam dunia ini pada hari akhirat kelak. Berdoalah kita selalu agar dosa-dosa kita akan sentiasa diampunkan Allah Yang Maha Pengampun.

Apa? Tesis? Haha, entri ini bukan tentang penulisan tesis saya, hanya sedikit pengajaran dan tauladan yang boleh diambil darinya yang saya kira boleh dikongsilan dengan teman-teman. Mungkin insyaAllah pada waktu lain akan saya kongsikan sedikit berkenaan isi penyelidikan tersebut untuk pengetahuan bersama. Jom, sambung menulis!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More