From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

My Tribute to: SAVE Syria!

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia. Maklumat terkini, layari http://www.facebook.com/savesyriamy

My Tribute to: Chelsea FC

Chelsea - The New UEFA Champions League 2012 Champions. Catch all the latest news and info about Chelsea football club, players, and fans.

Makkah al-Muqarramah

Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah. Impianku untuk ke sana.

Motivasi Kejayaan

Kejaayan tidak akan datang dengan sendiri, ia perlu dikejar dengan usaha dan kesungguhan.

My Tribute to: Muhammad SAW

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Showing posts with label Academic File. Show all posts
Showing posts with label Academic File. Show all posts

Sunday, August 05, 2012

Ramadhan Retreats: Where is Islam in Muslims?


Today, despite abundance of natural resources, the political turmoil in some Muslim countries has trapped them in cycle of agony. Tyranny goes on wildly leading to extreme poverty. Palestine, Syria, Somalia, and the latest minority Muslim in Rohingya are the cases of endless misery, to name a few.

Whilst in other (Muslim) nations, negligence on the basic right of Muslims such as intellectualism; health, safety and environment; family institution and economy, resulted a brain-drain phenomena which caused a disappointingly low contribution of sciences from the Muslim world.

Intellectualism in Muslim world as if freezing, in turn, rising intolerant social ambience across the Muslim regions, has had a devastating effect on Muslim thought and action leading to narrow interpretation of “deen” (Islam) in public discourses. Rationality was rejected just for the sake of defending status quo. Self-esteem appears no more in Muslim. Why?

Referring to the history of Prophet Muhammad (pbuh) and his companions, the key to success is to have a strong belief (faith) in Islam, indeed. In fact, it was mentioned so many times in Quran- the intellectual substance of human race. Such a firm principle has  transformed the society from the darkness of ignorance into the light of knowledge, producing many towering personalities across the Muslim expanses. This is evident since the revelation of Quran (which had occurred in Ramadhan) through to the golden age of Islam.

In the golden epoch of Islam, Muslim scholars came up with a remarkable rule of the empirical approach, introduced to the good scientific practices (i.e. observation, measurement, experiment, and conclusion) which emphasized wisdom (search for truth, not support of any favors ideas). The idea evolved through years and formed Muslims attitude in critical thinking. Muslims are free to debate base on tested evidences, hence inspired tolerance, and the advancement of knowledge throughout the dark ages of medieval Europe.

Now, the western appears as the superpower with overwhelmingly high contributions in science and technology. Why? Simply is because of their solid ‘faith’ in science. Even in politics they believe that only science can lead to a better democracy- “No Science, No evidence, No truth, No democracy”.

A question to ponder; what is the Muslim faith today? In this blessing month of Ramadhan, let us take the Quran, seek the answer and ask Allah for His guidance. “Guide us the straight path.  The path of those whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or those who are astray” [1:6,7]

Nevertheless, Muslim countries do have efforts but world has right to expect more scientific contributions especially from the richer Muslim countries. The latest release by the US National Science Foundation's science and engineering indicators 2012 confirms the rapid expansion of science and technology in Asian regions (China, Taiwan, South Korea, Singapore) with emerging Malaysia (the majority Muslim nation), Thailand and the non-Asian rising power, Brazil and Iran (another Muslim majority state).

The future can be bright but the Muslim intellectual tradition needs to be revived base on true faith in Quran and Sunnah by respecting the faith of others and standing up against the obscurantism, fanaticism, and xenophobia. Thus would promote the values of Islam in our societies (ie: justice, rationality, creativity, the search for truth). Islam encourages freedom: freedom to quest, to challenge, to think, and to envision the future through science. Only then when Islam returned to Muslim, will the glorious episode recur. 

References:

Ismail Serageldin. "Science in Muslim Countries ". Science. Vol 321 (2008). 745 pp. 24 July. 2012http://www.sciencemag.org/content/321/5890/745

Munir Nayfeh. "The Muslim diaspora - from brain drain to brain gain?." Online posting. 3 Oct

Scientists rally on Parliament Hill to mourn 'death of evidence'". CBC News Ottawa 09 July 2012. 25 July 2012http://www.cbc.ca/news/canada/ottawa/story/2012/07/09/f-scientists-rally.html ›.

Simon Margison."Asian Tigers roaring ahead in science and technology race". The Australian 01 Feb 2012. 25 July 2012http://www.theaustralian.com.au/higher-education/opinion/asian-tigers-roaring-ahead-in-science-and-technology-race/story-e6frgcko-1226258796085.

Source from: 

Sunday, July 01, 2012

Bengkel Penulisan Tesis Cepat - Cepat Ke?

MEMANG CEPAT! Inilah kesimpulan yang saya boleh buat walau pun belum betul-betul mula menulis tesis saya sendiri. Tapi hasil aktiviti hands-on yang dijalankan sepanjang bengkel sehari ini saya mula mengkagumi teknik yang diajar oleh Dr. Othman Talib a.k.a Dr. OT. Alhamdulillah, semalam baru sahaja mengikuti dan mempelajari teknik hebat dalam penulisan iaitu Bengkel Sehari Penulisan Tesis Cepat Bersama Dr. OT yang bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri, UTM. 

Begini... Dr. OT sedang menunjukkan skill regangan jari sebelum menggunakan teknik menulis cepat. Hehehe...

Program yang berjalan santai dengan trainer yang sporting dan mantap walaupun usia hampir mencecah setengah abad (tapi tidak kelihatan seperti itu) memang sesuai dan tiba tepat pada masanya dikala saya akan memulakan kerja-kerja penulisan saya tidak lama lagi. Teknik ini sebenarnya tidaklah mengkhusus kepada penulisan tesis sahaja, tetapi untuk apa-apa jua bentuk penulisan lain yang menggunakan Microsoft Word sebagai medium utamanya seperti buku, jurnal, dan lain-lain yang seumpamanya.

Oh ya, berbicara tentang Microsoft Word, apa yang diperlukan untuk mempraktiskan teknik ini ialah, laptop dan perisian Microsoft Word (pastikan yang original ya...) sahaja. Hebat bukan? Sebenarnya banyak sekali yang telah disediakan oleh Uncle Bill melalui perisian yang dihasilkannya dengan susah-payah ini, cuma kita sahaja sebagai pengguna biasa-biasa ini yang tidak menyedarinya. Barulah saya sedar, kenapa perlu beliau menjualnya dengan harga sebegitu di pasaran.

Hurmm... Fikir Rasa saya mula membuka pandangan alam yang baru berkenaan dunia penyelidikan dan penulisan yang baru saya ceburi ini dengan penuh cahaya dan sinar. Ya, hidup ini bukan lumrahnya susah, cuma kita manusia yang menjadikannya susah atau nampak susah. Kadang-kadang tu sesuatu yang hebat itu mestilah melalui jalan yang sukar. Tapi kenapa tidak yang hebat itu boleh dapat dengan jalan yang mudah? Bukan menipu, tapi work smart

Apa guna teknologi hari ini kalau tidak dimanfaatkan untuk kebaikan dan kemudahan. Benar?

Wednesday, October 12, 2011

Pecutan Terakhir vs. Last Minute

Salam perpaduan buat teman-teman pembaca sekalian. Seketika terdetik kembali semangat saya untuk menulis  dan berkongsi idea-idea pembangunan diri. Apabila dalam ceramah-ceramah motivasi saya mutakhir ini yang lebih menjurus kepada persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang  “kecil” bagi sesetengah orang yang telah atau sedang berhadapan peperiksaan hidup yang jauh lebih besar, namun bagi para pelajar yang akan mendudukinya lagi 32 hari ini sudah pasti ianya merupakan sebuah medan yang sangat BESAR dan PENTING dalam hidup mereka.

Jadi di sini saya ingin menyampaikan berita gembira buat adik-adik di luar sana yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi ini dengan berkongsikan beberapa tips ketika belajar pada hari-hari terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan atau biasanya kita panggil dengan Pecutan Terakhir atau ada juga yang namakannya Study Last Minute.

Namun suka saya ingatkan anda di luar sana, Pecutan Terakhir atau Study Last Minute BUKAN bermaksud pada ketika itulah baru hendak mula membaca, pada ketika itu jugalah baru hendak faham dan pada ketika itu jugalah hendak menghafal. Jika berlakunya keadaan sedemikian, bagi saya tiada gunanya lebih-lebih lagi memandangkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Pecutan Terakhir ini ialah bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk kita belajar pada minit-minit akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Ini kerana masa sudah suntuk dan sangat hampir dengan peperiksaan. Ada yang boleh dan tak boleh dibuat. Ada yang sesuai dan tak sesuai dibuat. Semua ni perlu dan penting diambil kira kerana kalau silap langkah, ia boleh menjejaskan segala yang telah kita pelajari dan ulangkaji sebelum ini. Atau bagi yang belum “betul-betul” serius dalam mengulangkaji pelajaran mereka, inilah masa yang sangat kritikal bagi mereka dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Panjang juga penerangan “bebelan” saya ni, tapi tips tidak juga diberi (maaflah atas tabiat yang kurang elok ini, hehehe…). Baiklah, antara tips ketika belajar atau mengulangkaji adalah seperti berikut;

Pertama: Kesungguhan sebagai pra-syarat utama.

Kedua: Buat kata kunci. Jangan buat nota! Gunakan kaedah MNEMONICS Method.

Ketiga: Kaedah tangkap dan ingat. Ulang hafal sebanyak 3 kali kata kunci. 2 kali sebelum tidur dan 1 kali selepas solat subuh atau sebelum masuk ke dewan peperiksaan kalau di hari peperiksaan.

Keempat: Tidur awal. Bangun awal pagi seawal jam 3 pagi. Mulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, dan Solat Hajat. Selepas Subuh baca Surah Luqman sehingga habis (sebaiknya setiap hari).

Kelima: Rehat yang mencukupi. Selang masa rehat antara 15 hingga 30 minit selepas 1 jam sesi pembelajaran atau ulangkaji (ikut kesesuaian dan kemampuan diri).

Keenam: Suasana kondusif. Persekitaran yang sesuai yang boleh bantu untuk lebih fokus.

Ketujuh: Kata-kata semangat. Buat atau lukis dan tampal di mana-mana pintu atau tempat yang boleh selalu nampak di dalam rumah (kalau di asrama pastikan jangan tampal sewenang-wenangnya).

Itu sahaja buat masa ini, sampai tiba waktu lain insyaAllah saya akan cuba kongsikan teknik belajar atau mengulangkaji ketika membuat pecutan terakhir ini. Jazakallah.


Friday, May 08, 2009

Membaca Buku Membaca Masa Depan


Salam sejahtera buat semua. Ingin kita bertanya akan satu perkara, berapa banyak bukukah yang kalian sudah baca? Tahukah anda, ramai orang atau individu yang berjaya juga merupakan “ulat buku”?

William Henry Gates III atau lebih dikenali dengan nama Bill Gates a.k.a “Manusia Terkaya Di Dunia” gemar membaca buku-buku berkaitan pengurusan dan perniagaan. Sementara itu, Warren Buffet, orang No. 2 terkaya di dunia suka membaca buku-buku berkenaan saham sejak dari zaman sekolah tinggi lagi. Dari dunia selebriti pula, bekas aktor No. 1 Hollywood pada zamannya, yang terkenal dengan watak James Bond 007, Sean Connery, hobi pada waktu lapang mahupun pada masa-masa senggangnya ialah membaca novel. Manakala Bradley J. Sugars pula telah mencadangkan supaya kita semua banyak membaca buku kerana melaluinya akan menentukan kantung duit dan masa depan kalian. Dan kita juga percaya Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Ari Ginanjar, H.M. Tuah Iskandar pasti gemar dan banyak membaca, terutamanya bagi menjadi bekalan di dalam seminar-seminar. Malah dengan membaca buku juga, kita semua akan mampu terselamat dan berjaya di dunia akhirat nanti yang lebih kekal abadi.

Justeru, marilah kita meniru kebiasaan orang-orang yang telah berjaya ini supaya nanti kita semua juga boleh sama-sama berjaya. Disebabkan kita ini juga masih dalam perjalanan menuju kejayaan yang ingin dikecapi, maka kita juga seakan “ketagih” untuk membaca buku (walaupun kadang-kadang masanya agak terbatas tapi buku-buku yang menunggu giliran untuk dibaca juga sudah berderetan panjangnya, huhu…). Apapun ingin kita kongsikan dengan teman-teman senarai buku yang berada di rak buku kita.

1. Al Quran
2. Al-Ma’thurat
3. Rahsia Kebangkitan Islam Di China
4. Keranda 152
5. Seteguh Tekad
6. Wahai Remaja
7. Rahsia Ekonomi Orang Cina
8. Acuan Minda
9. Umar Al-Khattab
10. Salahuddin Al-Ayyubi
11. Sherlock Holmes 1 & 2
12. Tuhan Manusia
13. Soal Jawab Fikah Harian
14. PASAK
15. Wang, Anda & Islam
16. SIHAT
17. Bedar Sukma Bisu
18. 1511
19. 1515H (Kombat)
20. Manikam Kalbu
21. Karbala
22. Saasatul Ibaad
23. Bila Tuhan Berbicara
24. Advancer Si Peniup Ney
25. Nama Beta Sultan Alauddin
26. Surat-surat Perempuan Johor
27. Siri-siri Detektif Indigo
28. Dan lain-lain... (yang sudah dibeli tapi belum lagi dibaca-baca, huhu..)

Monday, April 20, 2009

10 Universiti Terbaik Asia


Salam... Pada entri kali ini kita ingin berkongsi dengan semua sedikit fakta berkenaan akademik. Jadi, berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia untuk tahun 2008/2009, seperti yang telah diterbitkan oleh majalah talian US News & World Report. Pada kedudukan berapa ya universiti dari Malaysia?

1. University of Tokyo, Jepun
Walaupun mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar, iaitu kira kira 30,000 orang pelajar, ia tidak menjadi masalah buat University of Tokyo untuk mencapai dan mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Asia untuk beberapa tahun. Sejarah universiti ini telah bermula lama sejak lebih seratus tahun dan telah melalui pelbagai fasa perubahan sehingga ke hari ini.

2. Kyoto University, Jepun
Sebuah lagi universiti dari Jepun, iaitu Kyoto University menghuni tangga kedua senarai. Sepertimana University of Tokyo, institusi ini juga telah lama bertapak di negara matahari terbit ini. Sebelum ini, Kyoto University tersenarai dalam kumpulan 7 universiti elit khas yang dipanggil Imperial Universities of Japan. Pada tahun 2007, Times Higher Education dari United Kingdom menyenaraikan Kyoto University sebagai universiti ketiga terbaik di Asia di belakang University of Tokyo dan University of Hong Kong.

3. University of Hong Kong
University of Hong Kong adalah institusi pengajian tinggi yang paling lama bertapak di Hong Kong, malah ada yang menganggapnya tertua di seluruh jajahan China. Institusi ini pada awalnya dilahirkan sebagai Hong Kong College and Medicine for Chinese. Bekas Gabenor Hong Kong, Sir Frederick Lugard kemudiannya melangkah setapak lagi dengan mencadangkan penubuhan sebuah universiti untuk bersaing secara sihat. Maka lahirlah University of Hong Kong yang kekal sehingga ke hari ini.

4. National University of Singapore
Singapura memang dikenali dengan kemampuannya melahirkan golongan pelajar yang bijak pandai dan mampu bersaing hebat di peringkat global. National University of Singapore atau NUS adalah antara universiti di negara itu yang banyak membentuk ahli politik, usahawan dan tokoh korporat. Antaranya ialah Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia), Ho Ching (CEO Temasek Holding) dan sebagainya.

5. Hong Kong University of Science, Technology and Medicine
Hong Kong University of Science, Technology and Medicine ditubuhkan pada tahun 1991 dan dikira sebagai institusi yang agak baru dalam dunia pendidikan moden. Selain daripada US News dan World Report, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti Financial Times, Times Higher Education dan Economist Intelligent Unit seringkali menyeneraikan universiti ini di kalangan yang terbaik di Asia. Terdapat 9,000 pelajar di institusi ini, dengan didukung oleh lebih 400 tenaga pengajar bertauliah.

6. The Chinese University of Hong Kong
Chinese University of Hong Kong terdiri daripada beberapa buah kolej, dan pada waktu ini, terdapat beberapa lagi yang dalam proses pembinaan dan bakal menjadi sebahagian daripada universiti tersebut. Setiap daripada kolej ini mempunyai komuniti tersendiri dengan segala keperluan dan kemudahan lengkap disediakan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar. Kursus akademik diajar dalam bahasa Cina dan juga Inggeris untuk meningkatkan daya kompetitif pelajar di peringkat global.

7. Osaka University, Jepun
Osaka University juga dahulunya tergolong dalam Imperial Universities bersama 6 lagi institusi pengajian tinggi lain. Institusi ini terkenal kerana kemampuannya menyediakan kemudahan pelajaran yang cemerlang terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan juga perubatan. Pada awal penubuhannya, Osaka University menawarkan kursus untuk pelajar ijazah sarjana muda, dan kemudiannya berkembang untuk menyediakan program ijazah sarjana dan juga sebagai pusat kajian.

8. Peking University, China
Peking University yang terletak di Peking, Beijing, bukan sahaja terkenal dengan tahap pendidikan yang tinggi, tetapi juga popular dengan reka bentuk semulajadi, landskap dan pembinaan arkitek. Universiti ini mengutamakan kecemerlangan dalam bidang kajian dan juga program ijazah sarjana dan ke atas, dan jumlah kursus akademik yang lebih menjurus ke arah lepasan ijazah menjadi bukti. Pada tahun 2006, universiti ini disenaraikan sebagai antara 15 universiti terbaik di dunia.

9. Seoul National University, Korea
Seoul National University adalah satu satunya institusi dari Korea yang berjaya menempatkan diri antara 10 universiti terbaik di Asia pada kali ini. Sehingga ke hari ini, institusi pengajian ini menjadi entiti penting negara yang telah berjaya membuat penemuan dan menghasilkan teknologi tinggi yang diterima di peringkat antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama negara Korea. Kim Young-sam, bekas Presiden Korea dan Ban Ki-moon, Setiausaha PBB adalah antara 2 graduan yang dilahirkan oleh Seoul National University.

10. Tsinghua University
Tsinghua University terletak di Beijing dan telah dibina pada awal kurun ke-20 sebagai kolej persediaan untuk pelajar dari China meneruskan pengajian di Amerika Syarikat. Pada masa perang dunia kedua, Tsinghua University bergabung seketika dengan Peking University bagi mengelakkan keruntuhan dan selepas tamatnya perang, kedua-dua institusi membuat keputusan untuk kembali berpisah dan beroperasi berasingan sehinggalah ke hari ini.

Tuesday, September 30, 2008

Comparative Research : Da’ie Perspective

Tatkala menyorot kembali firman Allah SWT melalui surah Hud (ayat 118 - 119), akan membawa kita kepada dapatan bahawa mencari rahmat Allah di sebalik perbezaan, atau lebih tepat dikatakan sebagai ‘kepelbagaian pendapat’ adalah satu ujian yang amat hebat. Namun, bagi seorang muslim yang hebat, tidak akan sesekali perkara tersebut (ujian yang hebat) menyebabkan mereka kalah, sebaliknya ia menjadikan ujian tersebut sebagai pemangkin untuk menambah kehebatan dirinya. Dengan izin Allah jua...

When the going gets tough, the tough gets going!”.

Persoalan yang sering bermain di dalam diri pendakwah dan sebahagian besar daripada mereka menganggap bahawa medan dakwah sunyi daripada perbezaan pendapat. Mereka menyangka pendakwah sentiasa bersetuju dalam kata yang satu semasa mereka menunaikan tanggungjawab dakwah. Jadi sesetengah mereka inginkan suasana perdebatan dan perbezaan yang sihat agar salur dakwah itu tidak beku dan tepu. Mereka tidak ingin pendakwah menjadi alat mekanik yang bergerak tanpa naluri perasaan atau seperti barangan elektronik yang diprogramkan tanpa membantah apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya. Sekurang-kurangnya inilah yang hendak dielakkan.

Harus diingat bahawa kita semua dituntut untuk menyampaikan dakwah kepada sesama manusia, menjelaskan keindahan Islam, berusaha membawa hidayah kepada mereka, menanamkan Fikrah Islamiah di dalam jiwa mereka dan mentarbiyyah mereka dengan sempurna dan selari dengan manhaj Islam. Tugas ini menjadi lebih ketara bagi mereka yang mahu bergelar pendakwah atau da’ie. Namun jangan dilupa, kita juga dituntut untuk menerima pelbagai pendapat sesama pendakwah dan saling meraikan sikap dan tingkah laku antara pendakwah di dalam saf. Dakwah itu seni yang harus dikembangkan dan dikuasai. Bukan hanya setakat perlu ada ilmu untuk didakwahkan, tapi sama penting juga ilmu atau seni berdakwah itu sendiri. Seorang pendakwah harus belajar teknik berbicara dan menyatakan pendapat agar apa yang ingin disampaikannya diterima oleh orang lain dengan hati yang terbuka dan difahami dengan jelas.

Kita meyakini bahawa lapangan dakwah adalah lapangan manusia iaitu di dalamnya berlaku apa sahaja situasi dan masalah yang turut juga berlaku pada mana-mana suasana masyarakat sama ada perbezaan pendapat atau kesilapan. Kita juga tidak mendakwa para pendakwah sebagai maksum (terpelihara) daripada dosa dan kesalahan. Setiap perbezaan pendapat berlaku dengan melihat dari kaca mata fitrah insaniah dan masih lagi dibatasi oleh sempadan ukhuwwah dan saling nasihat menasihati. Perbezaan pendapat yang berlaku di antara para pendakwah hanyalah untuk mencari kebenaran, bertukar-tukar pandangan dan sentiasa dalam syariat agama. Ini kerana para pendakwah ingin bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT dalam setiap perkataan yang mereka lafazkan. Mereka hanya mengharapkan redha Allah SWT dalam setiap perbuatan dan tindakan. Maka tiada ruang untuk perdebatan yang hangat, saling berdendam atau memenangkan pendapat peribadi dengan tujuan dakwah dan maslahahnya. Inilah yang membezakan sikap para pendakwah dengan kelompok manusia yang lain. Justeru itu, kita pasti bahawa pendakwah juga adalah manusia biasa dan boleh melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Dalam perkara ini, harus ditanami terlebih dahulu objektif dakwah yang kita usahakan itu ke dalam diri dan hati. Objektif dakwah yang agung memerlukan peribadi yang berdisiplin dalam melaksanakannya, efisien dalam menyampaikan dakwah, meraikan segala suasana masyarakat yang diseru. Tidak mampu untuk dibayangkan seorang pendakwah yang ingin memperbaiki urusan masyarakat, membawa hidayah kepada mereka dan memikul bebanan dakwah akan menyalahkan saudara seperjuangannya di dalam satu saf jika berlaku perselisihan, meninggikan suara dalam berbicara, menggunakan perkataan yang kurang enak didengar ataupun memboikot antara satu sama lain. Sememangnya medan amal dakwah tidak akan sunyi daripada masalah walaupun sehari. Setiap masalah yang timbul mesti diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dipersetujui oleh semua pihak dalam suasana tawadhu’ (rendah diri) dan mencari keredhaan Allah SWT sehinggalah dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. 1. Bermaaf-maafan - Seorang pejuang kebenaran sekalipun diselubungi kesedihan atau marah dengan sikap saudara seperjuangan, dia tetap meyakini bahawa di sana ada jalan keluar bagi setiap kesempitan urusan duniawi ini. Dia mudah untuk memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya. Dia tidak mudah menuduh secara melulu atau memperbesarkan lagi masalah yang telah timbul. Dari Abu Mansur bin Abdullah al-hirawi, aku mendengar Abu Ali Ath-thaqafi berkata: “Jika kamu merasa terhina oleh tindakan daripada salah seorang saudaramu, carilah untuknya 70 alasan, jika hatimu tidak mampu menerima alasan tersebut. Ketahuilah bahawa kamulah yang bersalah kerana tidak mampu untuk menerima walaupun 70 alasan untuk saudaramu”. 2. Menyerahkan kepada niatnya - Setiap perbuatan manusia bergantung kepada niatnya. Hadis Rasulullah saw: “Sesungguhnya perbuatan itu dikira dengan niat”(Riwayat Bukhari) . Selagimana setiap perbuatan itu berkait rapat dengan niat, kita serahkan urusan itu kepada Allah swt. Hanya Allah swt yang mengetahui niat dalam perbuatan seseorang dan bukanlah tugas kita untuk mengetahui niat sebenar di sebalik sesuatu tindakan. 3. Menolak prasangka - Ini tidak bermaksud untuk kita diam dalam perbincangan sekiranya saling berbeza pendapat atau mengetepikan kebebasan hak untuk bersuara dan melontarkan pendapat, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah tidak gopoh sehinggalah jelas sesuatu perkara kerana ada kemungkinan seseorang yang telah melakukan kesilapan akan meminta maaf apabila tersedar. Ini dapat memberi peluang kepada kita untuk berfikir dan mengkaji sesuatu masalah tanpa cepat marah. Selain itu, ia dapat memberi kesempatan kepada pihak yang tersilap untuk segera memohon kemaafan dan membetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Dan juga mereka dapat menjelaskan isu sebenar kerana mungkin kesalahan yang dilakukan itu disebabkan oleh sifat lupa, kurang pengetahuan, tidak sedar dan sebagainya. Nota: Intipati artikel diambil dari beberapa pandangan. Mohon halal ilmu yang ‘disedut’ dari pemunya ilmu dan pendapat. Moga bermanfaat untuk semua muslim. Ameen.


Friday, September 19, 2008

Al-'ilmunnurun : Science Is A Light

Ilmi Jadi Asas Kekuatan Bangsa

LEBIH enam dekad yang lalu, Jepun telah menjadi padang jarak padang tekukur, gara-gara little boy dan fat man yang telah digugurkan oleh pihak tentera Amerika Syarikat. Tragedi ini tersemat di hati semua pencinta keamanan tentang betapa tingginya harga kedamaian dan keharmonian yang perlu dibayar akibat peperangan.

Mungkin Amerika Syarikat telah menghancurkan Jepun dari aspek material. Tetapi ledakan little boy dan fat man tidak dapat membunuh semangat serta budaya keilmuan yang telah membenih di jiwa masyarakat Jepun sejak dinasti Maharaja Meiji. Kini rakyat Jepun telah bangkit membebaskan minda mereka dari diselubungi sejarah hitam yang telah mereka lalui.

Budaya ilmu telah menjadikan negara Jepun maju hanya dalam masa lebih kurang 50 tahun selepas berlakunya tragedi pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki. Jepun kini menjadi antara gergasi ekonomi dunia terutamanya di Asia.

Budaya keilmuan juga telah menganjak paradigma masyarakat Jepun untuk menerokai bidang Sains dan Teknologi merentas pelbagai bidang merangkumi elektronik, permotoran, industri, optik, semikonduktor, besi, kimia, robotik dan mesin. Tidak hairanlah kini Jepun merupakan antara negara yang sangat dihormati dan disegani.

Dalam konteks Malaysia, tradisi keilmuan masih tidak membudaya di kalangan masyarakat. Malah di menara gading pun, menurut Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Dr. Zaini Ujang, personaliti yang mempunyai kaitan dengan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu juga semakin tidak menyerlah.


Apabila pengijazahan telah dijadikan sebagai fokus universiti maka hampir semua program kampus berorientasi dan dinilai secara akademik, termasuk berpersatuan, bermasyarakat dan bersukan. Dalam keadaan sedemikian, nilai kesukarelaan dan komitmen sosial yang menjadi satu asas penting pembangunan minda kelas pertama menjadi semakin tidak relevan.

Sebab itu, tidak ramai mahasiswa hari ini mampu tampil menjadi juru bicara ummah dalam konteks mengartikulasi sesuatu permasalahan secara intelektual. Ironinya ada sesetengah mahasiswa yang mengambil pendekatan untuk cepat popular dengan hanya mencedok sesuatu idea tanpa asas keilmuan dan terus memomokkannya tanpa mengetahui sesuatu isu itu secara tuntas dan mendalam. Senario yang tidak sihat ini sebenarnya boleh mendedahkan generasi muda kepada manipulasi pihak berkepentingan serta mudah juga diperkotak-katikkan.

Penemuan hasil dari Laporan Profil Membaca Rakyat Malaysia tahun 2005 menunjukkan bahawa membaca bukanlah aktiviti kegemaran masyarakat berbanding menonton televisyen di waktu lapang. Jika dilihat dalam konteks bahawa membaca merupakan suatu juzuk terpenting dalam budaya ilmu, maka penemuan ini bukanlah suatu cerminan yang positif terhadap budaya keilmuan di Malaysia.

Transformasi Sejarah telah membuktikan bagaimana sesuatu bangsa itu dimartabatkan dengan ilmu. Bangsa jahiliah di Mekah misalnya, merupakan suatu bangsa barbarian yang lemah minda serta rendah moralnya. Tetapi apabila misi pencerahan telah dilakukan oleh baginda Muhammad SAW menerusi semangat Iqra' serta asas nilai Rabbani, maka masyarakat jahiliah telah pun mengalami transformasi spiritual serta moral yang hebat sehinggakan di iktiraf oleh Allah SWT sebagai ummah terbaik.

Demi mencapai pembangunan yang bakal menjamin kebahagiaan dunia mahupun akhirat, budaya ilmu perlu dipugar di segenap lapisan masyarakat agar mereka menjadi lebih beradab, terpelajar serta mampu berperanan untuk kemajuan negara.

Apabila ilmu dan adab telah dipinggirkan, manusia mula bercakaran untuk mencapai agenda tertentu. Kepentingan peribadi lebih diutamakan melebihi kepentingan umum. Manusia menjadi "opportunist". Segala bentuk kepentingan dieksploitasi asalkan tuntutan nafsu dapat dipuaskan.

Justeru, budaya ilmu di Malaysia perlu diperkasakan di mana ilmu dihargai sebagai sifat dan nilai yang utama. Semua keputusan penting harus ditentukan berdasarkan wibawa ilmu dan hikmah, sementara kenyataan-kenyataan yang cuma berdasarkan sesuatu sentimen, agak-agak serta kepentingan tertentu perlulah dielakkan.

Dalam konteks Malaysia, usaha untuk memperkasa kompetensi bangsa serta membangunkan negara sehingga ke tahap kemajuan yang setaraf negara Jepun misalnya, memerlukan cara serta pendekatan tersendiri. Semangat keilmuan Jepun itu harus diseimbangkan bersama ethos keislaman yang telah menjadi asas keharmonian masyarakat Malaysia.

Apabila ilmu dan iman berpadu, manusia akan mula menghargai nilai jujur dan ikhlas. Di sinilah manusia akan memberi kebaikan serta manfaat kepada kehidupan dan alam. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib Al Attas, manusia yang baik bukan sekadar manusia yang berpengetahuan, berketerampilan serta faham tanggungjawab kewarganegaraan, malahan lebih penting dari itu ialah kekayaan nilai yang menjadikan manusia itu jujur, ikhlas, amanah, adil, bertolak ansur dan bijaksana. Sesungguhnya kekayaan nilai yang disemai dengan benih keilmuan merupakan asas kekuatan bangsa untuk menjadi masyarakat unggul serta terus berbakti dan berjasa kepada keharmonian negara.

Thursday, September 04, 2008

APEX University : New Transformers

“Pada 3 September yang lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai Universiti Apex pertama, selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.”

Universiti Apex? Macam tidak pernah kedengaran bukan? Universiti baru? Bagi masyarakat universiti ‘mungkin’ perkara ini bukan perkara baru sejak ia dilancarkan pada tahun lalu. Pada entri kali ini kita akan menyorot keberadaan Universiti Apex yang cuba direbut oleh tujuh buah universiti awam dan dua buah universiti swasta.

Universiti Apex (Accelerated Program for Excellence) ditubuhkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 27 Ogos 2007. Universiti Apex merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul. Ia merupakan pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia.

Penubuhan Universiti Apex ini diperincikan oleh sebuah pasukan petugas atau jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar akademik tempatan dan antarabangsa, tokoh-tokoh dalam industri pendidikan, wakil-wakil dari universiti awam dan swasta, tokoh-tokoh korporat dan wakil kerajaan.

Kementerian Pengajian Tinggi telah membahagikan universiti-universiti kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif. Universiti Apex ialah universiti paling tersohor yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Berdasarkan pengalaman universiti terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia. Ia turut memiliki keistimewaan dari segi tahap autonomi, di mana universiti berkenaan akan menikmati autonomi yang lebih luas berbanding universiti awam antaranya dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Pengurusan Universiti


Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang terdiri daripada profesional berkaliber mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. Pemilihan pihak pengurusan tertinggi universiti itu juga akan dibuat berdasarkan merit calon dari dalam mahupun luar negara. LPU akan melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi di universiti. Bagaimanapun, pengurusan universiti itu masih tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Ahli Akademik Cemerlang

IPT akan mempunyai ahli akademik cemerlang dan kesarjanaan yang tersohor. Universiti Apex akan melantik staf pengurusan dan akademik terbaik termasuk daripada IPT seluruh dunia dengan pakej ganjaran yang menarik. Pihak universiti juga boleh mengambil lebih ramai pensyarah asing bagi membolehkan ia melahirkan para penyelidik bertaraf Nobel Laureate. Malah boleh menawarkan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji yang lebih baik kepada pensyarah dari luar negara supaya ia menjadi lebih kompetitif.

Pelajar Terbaik

Universiti Apex juga akan memilih pelajar berdasarkan merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holistik termasuk melalui temu duga. Walaubagaimanapun, komposisi kumpulan pelajar perlu mewakili pelbagai etnik tanpa kompromi dalam kelayakan akademik. IPT boleh menawarkan kemasukan pelajar asing sehingga 20 peratus berbanding amalan hanya dua hingga tiga peratus pelajar asing di universiti awam sekarang.

Universiti Apex juga akan menawarkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan lepasan ijazah kepada para pelajar asing berbanding universiti awam yang hanya mengambil pelajar peringkat ijazah lanjutan.

Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini. Bantuan kewangan kepada universiti itu juga akan ditentukan terus oleh pihak kerajaan. Dari aspek pembiayaan ini akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun.

Bagaimanapun USM, sebagai Universiti Apex perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. Dalam tempoh berkenaan pencapaian USM akan dilihat dan dinilai, dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More