From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Sunday, August 24, 2008

A Tribute To "Sang Kenari"

MANTAP! HEBAT! CEMERLANG! GEMILANG! TERBILANG! BERKUASA! UNGGUL!


Lihat! Pasukan ini berjaya menjadi pasukan pertama (the only so far..) yang berjaya meraih kejuaraan berganda tiga (triple champions) di Malaysia. Mereka memenangi piala liga utama (Liga Super), Piala FA dan Piala Malaysia. Ini mereka lakukan pada musim lepas, tahun 2007. Rekod ini saja sebenarnya sudah cukup mengagumkan. Namun apa yang lebih mengagumkan menyusul kemudian pada tahun ini, apabila mereka sekali lagi berjaya meraih pencapaian yang sama buat TAHUN KEDUA BERTURUT2!!! Tidakkah ini mengagumkan! !??

Perlawanan yang berlangsung hebat di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dimulai dengan jaringan pendahuluan oleh Frank Seator pada minit ke-11 untuk Selangor mendahului. Namun Kedah membuktikan keunggulan mereka dengan menjaringkan 3 gol dalam tempoh 7 minit. Bermula dengan Marlon Alex James (minit-31), disusuli dengan ledakan hebat Nelson San Martin (minit-32) dan gol ketiga disudahi oleh Fadly Baharom dengan cantik pada minit ke-37. Walaupun Selangor kembali menunjukkan kegarangan mereka di separuh masa kedua termasuk rembatan lencong dari luar kotak penalti oleh Safee Sali yang menghadirkan gol kedua buat Gergasi Merah Kuning pada minit ke-77, Kedah tetap gah bertahan sehingga tamat masa permainan.

Pasukan bola sepak Kedah telah berjaya menjulang kejuaraan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut apabila berjaya menewaskan Selangor dengan kemenangan 3-2 malam tadi. Kemenangan tersebut sekaligus menyaksikan pasukan 'Sang Kenari' ini berjaya mengulangi pencapaian hebat musim lalu dengan memenagi 3 kejuaraan utama termasuk Piala Liga Super dan Piala FA. 

Apa lagi yang boleh kita labelkan terhadap "Pasukan Kebangsaan Malaysia" ni? Orang Kedah, bagaimana? Apa komen? Walaupun pasukan-pasukan dari negeri Johor (negeri saya) tak berjaya seperti 'Sang Kenari' tapi saya bukan menilai itu (semangat kedaerahan), Namun yang lebih utama ialah kekaguman saya terhadap kesungguhan, usaha dan kejayaan yang dicapai oleh pasukan bola sepak Hijau Kuning ini. Memang benar-benar mengagumkan. Malah jika diperhatikan tidak kurang juga pemain bola sepak kebangsaan yang menyarung jersi Kedah.

Kalau dulu Micheal Urukalo (ketika itu jurulatih "Pasukan Emas Johor") menjadi jurulatih pertama membawa sebuah pasukan bola sepak dalam negara meraih kejuaraan berganda (Piala Liga dan Piala Malaysia), tetapi kini Mohd Azraai Khor Abdullah (jurulatih Kedah) seorang jurulatih tempatan dan merupakan anak jati Malaysia telah membuktikan warga Malaysia bukan saja boleh malah memang berkebolehan dan hebat dengan membawa pasukan Kedah menjuarai semua kejohanan utama bola sepak di Malaysia selama dua tahun berturut-turut!!

Bersamaan dengan tajuk entri saya pada kali ini, memang saya menyanjung tinggi pasukan bola sepak Kedah. Jadi janganlah beranggapan atau berasa seolah-olah saya terlalu mengagung-agungkan mereka pula. Memang ini sebuah tribute kepada mereka! I wonder.. (just wondering) kalaulah pasukan Kedah ini bermain berlawan dengan pasukan Malaysia, siapalah yang akan menang agaknya. Adakah pasukan Kedah lebih baik dari pasukan Malaysia? Atau patutkah mereka saja yang mewakili pasukan Malaysia?

Satu lagi fakta, penjaga gol Kedah (dan juga pasukan kebangsaan kini), Helmi Eliza Elias telah dinobatkan sebagai MVP (Most Valuable Player) atau Pemain Paling Bernilai a.k.a Pemain Terbaik bagi kejohanan bola sepak di Malaysia tahun ini oleh FAM. OK lah, cukup-cukuplah setakat ini dulu. Nanti saya dikata berpaling tadah kepada Kedah pula. Hehe.. Namun tiada yang perlu dirisaukan kerana saya tetap menyokong pasukan Johor (Johor FC dan Johor PG) walaupun pasuka-pasukan ini 'belum berapa nak menang'.

Juga tidak dilupakan kepada pasukan favourite dan utama saya iaitu, CHELSEA...!!! Malam ini ada perlawanan membabitkan Chelsea, jadi saya akan cuba menyempatkan diri untuk menonton perlawanan tersebut.

1 comments:

tahniah team kedah @ kenari @ hijau kuning...!!! hangpa memang layak untuk menang. tapi kan kalo pemain2 import tu bole diganti dengan player tempatan mesti lagi best kan.. harap2 ada local player yang bole mengisi tempat mereka & bermain setaraf @ lagi baik dari depa tuh. ye la tengok je la scorer untuk kedah tu. 2 daripadanya ialah player import. tapi still tabik spring coz yang assist untuk tiap2 gol tu player malaysia. kalo sume player import tu dapat digantikan, aku rasa lepas ni team malaysia tak yah susah2 nak cari player @ coach untuk pasukan utama sebab team kedah tu lah team kebangsaan malaysia. pastu team kebangsaan yang coach skrg satianathan pulak jadi second team. untuk perlawanan2 tak penting. hohoho...

malaysia boleh!!!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More