Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru mulai esok.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan lalu. Menurutnya, harga-harga penyelarasan baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan lalu. Menurutnya, harga-harga penyelarasan baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92.
''Berdasarkan harga RM2.50 bagi harga minyak diesel ujar beliau, subsidi yang ditanggung kerajaan ialah sebanyak 50 sen setiap liter,'' kata Abdullah dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Perdana Menteri berkata, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi Julai 2008 berbanding Julai 2007 telah menunjukkan peningkatan pada kadar 8.5 peratus.
"Adalah menjadi harapan kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Keputusan kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa,'' kata Abdullah.
Pada 1 Ogos lalu kata beliau lagi, kerajaan telah mengumumkan harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter. ''Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter,'' ujarnya. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter kata Perdana Menteri, harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.
Pandangan dan Komen Orang Awam
Seorang eksekutif jualan, Faridzul Anuar Narawi, 22, berkata, pengurangan harga petrol itu boleh membantunya mengurangkan perbelanjaan bahan api antara 15 hingga 20 peratus. “Saya banyak melakukan kerja di luar kawasan. Sebelum ini, kos perbelanjaan bahan api boleh mencecah sehingga RM400 sebulan, jadi dengan pengurangan harga minyak ini, ia boleh menjimatkan perbelanjaan,’’ katanya.
Pekerja syarikat swasta, Haslindaroha Hawari, 26, berkata, penurunan harga bahan api itu membolehkannya merancang semula perbelanjaan harian terutama bagi yang sudah berumahtangga selain membolehkan menabung untuk masa depan.
Pekerja swasta, Muhaizenizam Abd. Karim, 29, pula menyifatkan penurunan harga minyak tersebut terlalu sedikit berbanding kenaikan pada Jun lalu. ‘‘Bagi saya, turun sebanyak 15 sen tidak beri banyak kesan, terutama kepada golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Di JOHOR BAHRU, ahli perniagaan, Mohammad Fauzi Ishak, 35, berkata, walaupun sekadar turun 15 sen, namun apa yang penting, trend penurunan harga petrol runcit telah mula dilaksanakan oleh kerajaan.
Pengurus restoran, Mohd. Fairuz Zainal, 28, pula berkata, penurunan harga runcit petrol itu sedikit sebanyak dapat membantunya mengurangkan perbelanjaan minyak motosikal yang mencecah RM200 sebulan sejak kenaikan minyak, Jun lalu. Mohd. Fairuz gembira dengan langkah yang diambil kerajaan yang sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang semakin terbeban dengan kenaikan harga barangan.
Berbeza dengan seorang tukang masak, Mohd. Rafaei Mohamed, 28, yang beranggapan penurunan harga runcit petrol masih lagi rendah jika dibandingkan dengan kenaikan mendadaknya sebanyak 78 sen sebelum ini. ‘‘Masa naik 70 sen, tetapi turun hanya 15 sen padahal harga minyak dunia mengalami kejatuhan yang ketara, ’’ katanya yang menggunakan kereta untuk ke tempat kerja.
Di IPOH, seorang pengguna Nizam Ramli, 37, yang turut melahirkan rasa lega dengan penurunan itu berharap kerajaan mengkaji kadar harga baru itu dari semasa ke semasa bagi kepentingan pengguna terutama golongan berpendapatan rendah.
Seorang kakitangan awam, Zuraidah Adnan, 51, berkata, penurunan itu perlu diikuti dengan langkah menurunkan harga barangan keperluan pengguna bagi mengelakkan ia terus membebankan rakyat.
Md. Yusof Ali, 45, berkata, penurunan harga minyak ini membuktikan kerajaan memahami masalah yang dihadapi rakyat di negara ini.
Seorang pengguna, Yao Cheng Kim, 59, berkata, penurunan harga minyak itu boleh membantu rakyat tetapi ia sepatutnya diturunkan dengan kadar yang lebih rendah berbanding kadar sekarang. ‘‘Saya tidak setuju kalau kerajaan menurunkan harga minyak 15 sen ini kerana ia tidak banyak membantu rakyat,” katanya.
Seorang pemandu teksi, S. Subramaniam, 50, berkata, penurunan harga petrol dan diesel dapat mengurangkan beban yang dihadapi oleh pemandu teksi di bandar raya ini.
Di BUKIT MERTAJAM, seorang peniaga makanan, Fauzi Sazali, 35, memberitahu, beliau menyambut baik langkah kerajaan mengumumkan penurunan harga petrol walaupun jumlah hanya 15 sen. ‘‘Baguslah, saya menanti-nantikan pengumuman harga minyak diturunkan dan akhirnya setelah beberapa bulan terpaksa menanggung kos yang tinggi, harga minyak akhirnya turun.
1 comments:
Tak nak cerita atau komen banyak. Syukur Alhamdulillah... Aku tak nak ambil pusing tentang isu-isu lain yang berkaitan dengan harga minyak walaupun masih kurang berpuas hati dengan nilai penurunan harga dan tempoh yang diambil untuk tindakan sedemikian (negara lain dah dari haritu lagi turun). Macam mana tak jadi begitu, dah sibuk dengan kerja-kerja "memenggal" & "menyumpah" DSAI.
Apa pun aku tetap bersyukur dan berterima kasih pada Allah swt atas rahmat ini. Oh iye terima kasih juga lah kepada para pak menteri ye.(tapi dah memang ini kereje & tanggungjawab kome pun..)
Post a Comment