From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Friday, July 17, 2009

Menjawab Lima Persoalan Kehidupan (#3)

#3 Why Do I Live This Life? (Kenapa Saya Hidup Di Atas Muka Bumi Ini)

Ingin kita ajukan soalan kepada tuan-tuan. Yang mana satu, hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Bagaimana pula kalau diajukan soalan ini, yang mana satu, hidup untuk mati atau mati untuk hidup? Berapa ramai yang menjawab makan untuk hidup? Berapa ramai pula yang menjawab hidup untuk mati?

Tuan-tuan, sebenarnya jawapan yang paling tepat ialah makan untuk Yang Maha Hidup. Makan, minum, tidur, belajar, bekerja semuanya kerana Allah. Berapa ramai dalam solat yang mengatakan ini jawapannya? Ingat tidak di dalam solat, kita semua mengatakan ini jawapannya. Ingat? Kalau ingat, pada ayat yang mana? Biar kita berikan ayatnya...

“Sesungguhnya solat ku dan amal ibadah ku dan hidup ku dan mati ku hanya untuk Tuhan Pemilik sekalian alam.”

Inilah ayat atau sumpah keramat kita semua sebagai muslim yang kita janjikan dengan Allah dalam setiap waktu solat. Tetapi, kenapa masih ramai yang menyembah benda atau perkara yang lain selain Allah? Kita perhatikan sahaja pada waktu azan dilaungkan. Berapa ramai yang terus menyahut seruan azan untuk melakukan solat? Kebanyakannya masih terus dengan kerja masing-masing. Masih duduk di hadapan televisyen. Sebab itu kita semua yang mengaku muslim ini tidak boleh makan sembarangan. Pakai juga tidak boleh sebarangan. Hidup ini ada peraturan, ada undang-undangnya. Hidup ini bukan untuk sebarangan. Oleh itu, hidup bukan untuk makan dan makan juga bukan untuk hidup. Hidup kita ini semuanya untuk Yang Maha Hidup iaitu Allah. Begitu juga dengan mati. Justeru, hidup dan mati adalah untuk Yang Maha Menghidupkan dan Yang Maha Mematikan. Siapa? Ya, Allah SWT.

Berapa lama manusia dalam sejarah boleh hidup tanpa makan? Sehari? Seminggu? Sebulan? Atau setahun? Berapa? Ayuh, kita fikirkan bersama. Tuan-tuan, manusia dalam sejarah boleh hidup tanpa makan dan minum adalah selama lebih 300 tahun. Percaya? Kalian perlu percaya, kerana Ashabul Kahfi di dalam Al-Quran hidupnya lebih 300 tahun tanpa makan, tanpa minum dan tanpa apa sahaja.

Mari kita berikan sedikit analogi untuk sama-sama kita semua fikirkan. Apa ya makanan kegemaran tuan-tuan? Baik, katakanlah tuan-tuan meminati nasi ayam. Tapi sekiranya tuan-tuan sedang demam, adakah tuan-tuan rasa ingin makan nasi ayam tersebut? Pasti kebanyakan kita akan mengatakan tidak berselera untuk makan walaupun ia makanan kegemaran kita. Jadi, yang memberi rasa sedap itu di mana? Atau siapa? Sebab itu kalau kita demam diajarkan untuk makan panadol atau jika kita sakit dinasihatkan bertemu dengan doktor, tapi yang menyihatkan kita itu bukannya panadol atau ubat-ubat yang diberi mahu pun doktor yang merawat. Itu semua hanyalah wasilah atau jalan. Kerana yang sebenarnya yang memberi kesihatan atau sakit itu adalah Allah.

Oleh yang demikian, yang lebih penting adalah Allah dan bukannya makanan. Ini kerana yang menghidupkan kita semua ini adalah Allah dan bukannya makanan. Namun hakikatnya kini, manusia ini lebih mengingati makanan daripada Allah.

Di dalam surah Adz-Dzaariyaat ayat 56 Allah berfirman, “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” Tuan-tuan, inilah tujuan sebenar kehidupan kita semua ini. Melakukan pekerjaan yang halal itu ibadah. Menuntut ilmu itu ibadah. Menghadiri majlis-majlis atau program-program ilmu itu juga suatu ibadah. Namun persoalannya, berapa yang serius dalam beribadah?

1 comments:

Assalamualaikum w.b.t.

sudilah kiranya memuatkan komen saya yang tak seberapa ini.. bukanlah sangat komen, kerana komen itu kalau diterjemahkan dalam budaya kemelayuan, ia agak memberi gambaran yang negatif.. mungkin ini sekadar perkongsian pengalaman, atau mungkin pandangan peribadi saya..

saya rasa sudah cukup cantik perbahasan yang ditebarkan.. seimbas baca, mengingatkan saya semula akan jemaah Tabligh yang pernah saya ikuti masa belajar dulu, walaupun tidak lama kebersamaan saya ketika itu, tapi ia cukup memberi kesan.. kesan kepada keyakinan diri tentang siapa sebenarnya yang menguasai kita..

benar kata saudara, tapi kalau Allah permudahkan manusia itu secara jelas nampak apa yang dikurniakan Allah itu terus diterima oleh manusia lalu dirasai nikmat pada ketika itu juga, saya rasa amat mudah untuk terpanjatnya keyakinan akan kuasa Ilahi.. namun ia tidak begitu mudah, perasaan dan keyakinan itu hanya mampu diperolehi dengan kadaran betapa intimnya hubungan kita dengan Allah (hablumminAllah)..

dan, di tengah2 pertalian ini, Allah sengaja meletakkan 'nafsu' sebagai penghalang, untuk melihat betapa hebatnya manusia mampu mengawalnya.. dan nafsu itu pula, dijadikan sebagai seperkara yang amat disukai oleh syaitan untuk menggodanya..

maka tertipulah manusia jika mereka itu tunduk kepada nafsu mengiringi seperjalanannya mengharungi kehidupan.. seolah2nya pertalian tadi terputus di tengah jalan.. lalu, tidak mungkin mereka dapat merasakan segala nikmat yg ada pada kita ini.. berkata tentang nikmat, segala2nya merupakan nikmat.. hatta 'keupayaan' untuk bernafas ini juga dari Allah.. lalu, apa yang nak dibanggakan sangat tentang diri kita? semuanya pinjaman.. masyaAllah.. betapa kerdilnya kita?

mungkin tuan yang empunya blogger dapat bahaskannya dengan lebih mendalam.. saya suka meletakkan diri sebagai pencetus idea (kerana kalau saya komen panjang sangat nanti macam dah jadi satu entri pula, hihi).. saya mohon maaf kerana mencuri ruang dan tumpuan dalam blog ini.. segala2nya itu dari Allah cuma yang buruk itu disandarkan atas kelemahan diri saya yang gagal mendidik jiwa..

Wassalam..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More