From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

My Tribute to: SAVE Syria!

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia. Maklumat terkini, layari http://www.facebook.com/savesyriamy

My Tribute to: Chelsea FC

Chelsea - The New UEFA Champions League 2012 Champions. Catch all the latest news and info about Chelsea football club, players, and fans.

Makkah al-Muqarramah

Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah. Impianku untuk ke sana.

Motivasi Kejayaan

Kejaayan tidak akan datang dengan sendiri, ia perlu dikejar dengan usaha dan kesungguhan.

My Tribute to: Muhammad SAW

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Hantu Yang Menghantui Kita

Serasanya kisah hantu, jembalang, pontianak, saka, dan lain-lain yang sekaum kerabat dengannya kalau nak diceritakan mahupun didebatkan sudah lama ianya bertapak dalam kehidupan kita. Sedari kecil lagi saya juga telah dikisahkan dengan pelbagai kisah-kisah benar seram oleh mereka yang lebih dewasa.

Malah kebanyakan pengusaha dan penggemar filem kini pun semakin “syok” dengan filem-filem bergenre seram (sama ada untuk menakutkan ataupun untuk berlawak). Malah mungkin “yang paling tepat” ialah seram yang memberi pengajaran dan nasihat.

Tuan-tuan… terutamanya mereka yang beragama dan mengaku Islam di luar sana, tuhan dan nabi kita tidak pernah mengajar untuk kita takut-menakutkan dengan sesuatu SELAIN Allah dan Azab di Neraka. Memanglah perasaan takut itu fitrah semulajadi manusia. Tapi haruskah kita DENGAN SENGAJA membiarkan kita untuk takut selainNya?

Dari sudut manakah filem-filem atau cerita-cerita seram (bila seram sudah pasti unsur menakutkan itu ada) ini boleh benar-benar memberi iktibar, pengajaran dan nasihat? Tanyalah sesiapa pun yang menonton cerita seram pasti perkara pertama dan utama yang terlintas dan tertanam dalam diri mereka ialah rasa takut yang kemudiannya barulah dicampuri dengan lain-lain rasa.

Saya tidaklah berniat untuk mengulas panjang isu ini mahu pun memanjangkan ulasan kerana isu ini sudah acap kali dibangkitkan dan dihujahkan dari pelbagai perspektif oleh pelbagai pihak dan individu sehingga yang terkini isu filem Hantu Bonceng.

Suka saya memberi INGATAN SERIUS kepada mereka yang menyokong akan pembikinan cerita-cerita berunsur seram ini supaya ingat akan ajaran agama Allah dan RasulNya. Sebenarnya persoalan besar disebalik semua ini bukanlah siapa takut dan siapa tidak takut, memberi pengajaran atau pun tidak, tapi silap haribulan kita yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, dari penerbit hingga ke krew filem sampailah kepada penonton semuanya boleh jatuh SYIRIK!

Ramai yang akan marah kalau mereka itu dikatakan syirik. Tapi mereka tak mahu menerima hakikat kesilapan yang telah dilakukan. Di pihak yang menghasilkan filem, bukankah membuat sesuatu dengan tujuan menakutkan manusia lain kepada sesuatu yang lain selain Allah itu boleh jatuh kepada syirik!? Di pihak yang menonton pula, bukankah sengaja membiarkan diri menonton sesuatu yang boleh menyebabkan mereka rasa takut kepada sesuatu yang lain selain dari Allah itu juga boleh jatuh kepada syirik!?

Ini baru perasaan takut itu sahaja dibincangkan, belum lagi unsur-unsur lain yang boleh menghina agama, selain kesannya kepada pendidikan dan perkembangan akal dan moral manusia terutamanya kanak-kanak.

Ini bukan soal perkembangan industri filem. Apa guna kita sibuk bersorak gembira kerana sambutan yang hebat dan berjaya mengaut keuntungan yang tinggi tapi dengan menjadikan kita dan ramai orang lain kepada syirik? Na’uzubillah…

Tuan-tuan… Biarlah rezeki yang kita perolehi itu diberkati dan diredhai Allah, dan biarlah duit kita itu disalurkan ke jalan yang diberkati dan diredhai Allah. Hidup ini hanya sekali dan cuma sementara, yang kekal abadi hanyalah Allah dan kepadaNya jua akhirnya nanti kita akan kembali.

Akhirnya saya lontarkan persoalan ini kepada penggemar filem seram, Apa seronoknya menonton filem seram? Sepatutnya SERAMLAH KITA AKAN AZAB API NERAKA ALLAH.

Sunday, November 22, 2009

3 Kekuatan, 3 Pegangan



~Pertama, kekuatan minda. Minda ialah ilmu. Kita mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

~Kedua, kekuatan hati. Hati ialah iman. Hati kita mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.

~Ketiga, kuat fizikal. Pertama-tama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.

Sebagai Muslim, selain tiga kekuatan di atas, kita sebaiknya juga berpegang kepada 3 perkara, iaitu :-

~Pertama, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita.

~Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuknya.

~Ketiga, surah Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit. surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.


Friday, November 20, 2009

3 Golongan Manusia

MANUSIA yang hidup di dunia ini diibaratkan sebagai orang yang belayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal yang menuju ke daratan yang jauh. Setelah sekian lama di lautan, daratan masih jua tidak kelihatan. Maka pada suatu hari, kapal itu singgah di sebuah pulau. Maka orang yang turun itu terbahagi kepada 3 golongan.

Golongan Pertama:
Mereka tahu dan sentiasa ingat bahawa mereka di dalam perjalanan. Setelah mereka melihat sebentar lalu mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau ini yang menjadi tujuan utama.

Golongan Kedua:
Mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak, mereka terpegun dan terlena tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat tempat duduk mereka sudah diduduki oleh orang lain.

Golongan Ketiga:
Inilah golongan yang malang. Setelah dibunyikan siren kapal yang pertama mereka masih leka dengan keindahan pulau dan tidak mempedulikan panggilan itu. Begitu juga apabila siren yang kedua dan ketiga dibunyikan, mereka masih tidak menghiraukannya. Kapal pun berangkat. Setelah kapal itu jauh barulah mereka terpanggil-panggil. Tetapi mereka sudah terlambat. Merekalah golongan yang malang dan rugi.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More