From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

My Tribute to: SAVE Syria!

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia. Maklumat terkini, layari http://www.facebook.com/savesyriamy

My Tribute to: Chelsea FC

Chelsea - The New UEFA Champions League 2012 Champions. Catch all the latest news and info about Chelsea football club, players, and fans.

Makkah al-Muqarramah

Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah. Impianku untuk ke sana.

Motivasi Kejayaan

Kejaayan tidak akan datang dengan sendiri, ia perlu dikejar dengan usaha dan kesungguhan.

My Tribute to: Muhammad SAW

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Showing posts with label Blogger Tips. Show all posts
Showing posts with label Blogger Tips. Show all posts

Saturday, October 31, 2009

Menghilangkan Label Count Pada Blog

Tidak faham dengan tajuk di atas? Tak mengapa. Serasa sudah lama tidak berkongsi tips berkenaan dengan blog (bagi pengguna blogspot). Jadi pada entri kali ini, saya akan berkongsi cara bagaimana menghilangkan jumlah entri yang terdapat pada post label. Masih tidak mengerti? Aduhai… Nah lihat contoh di bawah.



Baik, sekarang sudah faham bukan. Kebanyakan orang tidak suka memaparkan jumlah entri yang terdapat pada kategori tulisan mereka, selain ianya kelihatan tidak berapa professional. Katakanlah, kita ada post di bawah kategori “Jalan-jalan” dengan 75 entri di dalamnya, sementara terdapat kategori “Makan-minum” dengan 5 entri di dalamnya. Dalam hal seperti ini akan lebih ramai orang memilih untuk klik pada kategori yang pertama berbanding yang kedua.

Cukup-cukup… Kita hentikan bebelan ini dan teruskan dengan trik menghilangkan pengiraan atau jumlah pada post label. Caranya sangat mudah. :-D

1. Masuk ke Blogger Dashboard » Layout » Edit html

2. Tandakan (√) pada kotak Expand Widget Templates dan padam bahagian di bawah ini dari template tersebut.

< dir='ltr'>(<data:label.count/>)</>

Sila lihat contoh di bawah.


3. Setelah padam, sekarang klik pada Save Template dan…

Selesailah! Hehe.. Senang bukan. :-D

Monday, November 24, 2008

Kaedah Menggantikan Address Bar Icon

Serasa ingin meninggalkan seketika hal-hal sekitar kemelut masalah manusiawi ini. Jadi untuk itu apa kita beralih kepada bagaimana menghiasi blog kita (bagi para bloggers lah...). :) OK, sekarang kita akan berkongsi cara bagaimana menggantikan address bar icon untuk blog kita.

Apa itu address bar icon? Tak tahu? Hmm... :t Begini, biasanya jika kita hendak menaip sesuatu alamat web kita akan tukar di kotak alamat web (address bar) yang biasanya terletak di bahagian atas aplikasi internet yang digunakan. Di sebelah kiri alamat web tersebut biasanya akan ada gambar (icon) bagi laman web tersebut, dan bagi bloggers (yang menggunakan blogspot) kita akan dapati icon seperti ini Photobucket. Ia sebenarnya adalah default icon bagi pengguna blogspot. Jadi kali ini kita akan sama-sama belajar bagaimana mengubah icon (gambar) tersebut kepada icon kita sendiri. Menarik bukan? :L

Caranya adalah mudah sahaja. ;)

1. Mula-mula anda perlu membuat gambar (sama ada dalam format jpg, gif, png, ico atau lain-lain) yang berukuran 32 x 32 pixel atau pun 42 x 42 pixel. Jika ingin membuat ukuran yang lebih besar boleh juga, tetapi dengan membuat ukuran yang lebih kecil (seperti yang dicadangkan ini), ia akan membantu proses membukanya agar lebih pantas.

2. Seterusnya anda perlu muat naik (upload) gambar tersebut ke image hosting anda di laman web. Kalau masih belum ada, anda boleh sahaja dengan mudah mendaftar dengan mana-mana image hosting seperti Flikcr, Photobucket, Imageshack dan lain-lain dengan percuma. Kemudian boleh lah memuat naik gambar tersebut ke dalam image hosting anda itu.

3. Setelah itu, pergi ke menu Layout dan pilih Edit HTML. Cari kod </head> dan tempatkan kod di bawah ini betul-betul sebelum kod tersebut.

<link href='http://i485.photobucket.com/albums/rr220/findilmi/iconbar/icon_myquest.png' rel='SHORTCUT ICON'/>

Di sini anda perlu menggantikan kod yang ditebalkan (bold) dengan pautan (direct link) bagi gambar yang ingin di gantikan tersebut. Save Template anda dan perhatikan hasilnya.

4. Selesai lah sudah! :~

Selamat mencuba kawan-kawanku semua! Jika terdapat masalah jangan segan-segan berkongsi.

.

Tuesday, November 11, 2008

Kaedah Membuat "Read More..." di Blogger

Beberapa teman blogger telah bertanya saya mengenai bagaimana membuat link "Read More..." seperti yang terdapat dalam blog saya ini. Kata mereka, ianya cukup bermanfaat untuk mereka memperkemaskan paparan blog mereka agar tidak kelihatan berserabut jika mereka menulis entri yang panjang. Sebenarnya untuk blogger yang menggunakan wordpress, ia adalah mudah kerana telah tersedia automatik di dalam template. Namun bagi blogger (yang menggunakan blogspot), ia perlukan sedikit trik untuk menghasilkan itu. Itu? Apa 'itu'? Oh, link "Read More..." lah :$.

Justeru... nah, demi teman-teman yang dikasihi semua :D saya dengan ini ingin memberikan tips untuk membuat itu (link "Read More..."). Sebenarnya sudah agak lama juga baru akhirnya kali ini saya berikan panduannya di sini :p. OK, jangan merepek yang bukan-bukan lagi. Ayuh kita mulakan! :y Begini...

1. Buka menu Layout kemudian pilih Edit HTML.
2. Berikan tanda (check) pada "Expand Widget Template".
3. Cari kod berikut </head> di dalam template anda (Kalau mahu mudah tekan Ctrl+F pada keyboard, kemudian copy dan paste kod yang ingin dicari).
4. Kemudian copy kesemua kod dari halaman ini sebelum kod tersebut.

5. Seterusnya cari pula kod di bawah ini (yang berwarna gelap) dan tambahkan kod-kod (yang berwarna merah) seperti contoh di bawah.

<div class='post-body' expr:id=' "post-" + data:post.id' >

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>#fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>#fullpost{display:none;}</style>

<p><data:post.body/></p>

<span id='showlink'>
<a expr:href='data:post.url'>Read More......</a>
</span>
<script type='text/javascript'>
checkFull("post-" + "<data:post.id/>");
</script>
</b:if>

<div style='clear: both;'/> <!-- clear for photos floats -->
</div>

6. Sekarang pergi ke menu Settings seterusnya ke Formatting. Di bahagian bawah halaman tersebut anda akan berjumpa dengan kotak teks yang berlabel "Post Template". Copy dan paste barisan perkataan di bawah (yang berwarna merah) ke dalam kotak teks tersebut dan terus save (simpan) tetapan tersebut.

Type your summary here
<span id="fullpost">
Type rest of the post here
</span>

7. Langkah yang terakhir ialah...


Mana ada lagi, dah selesai sudah. Hehe.. :p Baiklah, anda sudah boleh cuba untuk menulis entri (post) baru dengan pergilah ke menu Posting dan pada bahagian penjuru kanan atas kotak teks pilih Edit HTML. Nanti anda akan perhatikan terdapat tulisan seperti berikut...

Type your summary here (Ganti dan tulis ringkasan entri anda yang ingin kelihatan di sini)
<span id="fullpost">
Type rest of the post here (Ganti dan tulis entri anda yang selebihnya di sini)
</span>

Sekian saja untuk kali ini. Kalau ada masalah, sudi-sudilah tinggalkan komen anda di kotak komentar di bawah entri ini. Selamat mencuba! ;)

...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More