From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Monday, November 24, 2008

Kaedah Menggantikan Address Bar Icon

Serasa ingin meninggalkan seketika hal-hal sekitar kemelut masalah manusiawi ini. Jadi untuk itu apa kita beralih kepada bagaimana menghiasi blog kita (bagi para bloggers lah...). :) OK, sekarang kita akan berkongsi cara bagaimana menggantikan address bar icon untuk blog kita.

Apa itu address bar icon? Tak tahu? Hmm... :t Begini, biasanya jika kita hendak menaip sesuatu alamat web kita akan tukar di kotak alamat web (address bar) yang biasanya terletak di bahagian atas aplikasi internet yang digunakan. Di sebelah kiri alamat web tersebut biasanya akan ada gambar (icon) bagi laman web tersebut, dan bagi bloggers (yang menggunakan blogspot) kita akan dapati icon seperti ini Photobucket. Ia sebenarnya adalah default icon bagi pengguna blogspot. Jadi kali ini kita akan sama-sama belajar bagaimana mengubah icon (gambar) tersebut kepada icon kita sendiri. Menarik bukan? :L

Caranya adalah mudah sahaja. ;)

1. Mula-mula anda perlu membuat gambar (sama ada dalam format jpg, gif, png, ico atau lain-lain) yang berukuran 32 x 32 pixel atau pun 42 x 42 pixel. Jika ingin membuat ukuran yang lebih besar boleh juga, tetapi dengan membuat ukuran yang lebih kecil (seperti yang dicadangkan ini), ia akan membantu proses membukanya agar lebih pantas.

2. Seterusnya anda perlu muat naik (upload) gambar tersebut ke image hosting anda di laman web. Kalau masih belum ada, anda boleh sahaja dengan mudah mendaftar dengan mana-mana image hosting seperti Flikcr, Photobucket, Imageshack dan lain-lain dengan percuma. Kemudian boleh lah memuat naik gambar tersebut ke dalam image hosting anda itu.

3. Setelah itu, pergi ke menu Layout dan pilih Edit HTML. Cari kod </head> dan tempatkan kod di bawah ini betul-betul sebelum kod tersebut.

<link href='http://i485.photobucket.com/albums/rr220/findilmi/iconbar/icon_myquest.png' rel='SHORTCUT ICON'/>

Di sini anda perlu menggantikan kod yang ditebalkan (bold) dengan pautan (direct link) bagi gambar yang ingin di gantikan tersebut. Save Template anda dan perhatikan hasilnya.

4. Selesai lah sudah! :~

Selamat mencuba kawan-kawanku semua! Jika terdapat masalah jangan segan-segan berkongsi.

.

2 comments:

wah!!! tak sangka ada tips utk modify blog kat sini. in BM pulak tu. thanks a lot! what a very good job here. hehe, speaking skit. tapikan kalau boleh dibanyakkan lg post ttg tips2 spt ni mesti lg bagus.

apapun nice blog! thanks again, bro ilmi. :D

tenkiu the very much!
da tukar dah..^^

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More