From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, October 12, 2011

Pecutan Terakhir vs. Last Minute

Salam perpaduan buat teman-teman pembaca sekalian. Seketika terdetik kembali semangat saya untuk menulis  dan berkongsi idea-idea pembangunan diri. Apabila dalam ceramah-ceramah motivasi saya mutakhir ini yang lebih menjurus kepada persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang  “kecil” bagi sesetengah orang yang telah atau sedang berhadapan peperiksaan hidup yang jauh lebih besar, namun bagi para pelajar yang akan mendudukinya lagi 32 hari ini sudah pasti ianya merupakan sebuah medan yang sangat BESAR dan PENTING dalam hidup mereka.

Jadi di sini saya ingin menyampaikan berita gembira buat adik-adik di luar sana yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi ini dengan berkongsikan beberapa tips ketika belajar pada hari-hari terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan atau biasanya kita panggil dengan Pecutan Terakhir atau ada juga yang namakannya Study Last Minute.

Namun suka saya ingatkan anda di luar sana, Pecutan Terakhir atau Study Last Minute BUKAN bermaksud pada ketika itulah baru hendak mula membaca, pada ketika itu jugalah baru hendak faham dan pada ketika itu jugalah hendak menghafal. Jika berlakunya keadaan sedemikian, bagi saya tiada gunanya lebih-lebih lagi memandangkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Pecutan Terakhir ini ialah bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk kita belajar pada minit-minit akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Ini kerana masa sudah suntuk dan sangat hampir dengan peperiksaan. Ada yang boleh dan tak boleh dibuat. Ada yang sesuai dan tak sesuai dibuat. Semua ni perlu dan penting diambil kira kerana kalau silap langkah, ia boleh menjejaskan segala yang telah kita pelajari dan ulangkaji sebelum ini. Atau bagi yang belum “betul-betul” serius dalam mengulangkaji pelajaran mereka, inilah masa yang sangat kritikal bagi mereka dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Panjang juga penerangan “bebelan” saya ni, tapi tips tidak juga diberi (maaflah atas tabiat yang kurang elok ini, hehehe…). Baiklah, antara tips ketika belajar atau mengulangkaji adalah seperti berikut;

Pertama: Kesungguhan sebagai pra-syarat utama.

Kedua: Buat kata kunci. Jangan buat nota! Gunakan kaedah MNEMONICS Method.

Ketiga: Kaedah tangkap dan ingat. Ulang hafal sebanyak 3 kali kata kunci. 2 kali sebelum tidur dan 1 kali selepas solat subuh atau sebelum masuk ke dewan peperiksaan kalau di hari peperiksaan.

Keempat: Tidur awal. Bangun awal pagi seawal jam 3 pagi. Mulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, dan Solat Hajat. Selepas Subuh baca Surah Luqman sehingga habis (sebaiknya setiap hari).

Kelima: Rehat yang mencukupi. Selang masa rehat antara 15 hingga 30 minit selepas 1 jam sesi pembelajaran atau ulangkaji (ikut kesesuaian dan kemampuan diri).

Keenam: Suasana kondusif. Persekitaran yang sesuai yang boleh bantu untuk lebih fokus.

Ketujuh: Kata-kata semangat. Buat atau lukis dan tampal di mana-mana pintu atau tempat yang boleh selalu nampak di dalam rumah (kalau di asrama pastikan jangan tampal sewenang-wenangnya).

Itu sahaja buat masa ini, sampai tiba waktu lain insyaAllah saya akan cuba kongsikan teknik belajar atau mengulangkaji ketika membuat pecutan terakhir ini. Jazakallah.


3 comments:

Letak matlamat tinggi. Sepanjang yang saya selidiki anak-anak melayu terutama ketika saya di UPU. Masalah utama ialah anak melayu tidak jelas kenapa harus dia belajar, mengapa mereka harus melangkah ke menara gading. Kesimpulannya. Anak bangsa kita (termasuk saya) satu ketika dahulu adalah tidak jelas dan tidak tahu cita-cita.

sepanjang pengalaman saya terutama ketika di UPU ialah anak bangsa kita yang majoritinya umat Islam ialah tidak tahu kenapa perlu belajar , kenapa perlu melangkah ke menara gading.Kesimpulannya ialah anak melayu kita tiada CITA-CITA yang jelas dan MATLAMAT hidup yang jelas.

Sangat benar tuan! Asas utama pastinya matlamat dan cita-cita. Kalau tiada matlamat dan tidak tahu lagi apa cita-cita, maka hidup jadi sia-sia sebab ada mata tak mahu melihat, ada hati tak mahu memahami, ada telingan tak mahu mendengar. Bila hidup sia-sia begitu, itu yang dikatakan Allah dalam firmanNya iaitu golongan ini lebih teruk dari binatang ternak (rujuk surah Al-A'raaf ayat 179).

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More