From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

My Tribute to: SAVE Syria!

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia. Maklumat terkini, layari http://www.facebook.com/savesyriamy

My Tribute to: Chelsea FC

Chelsea - The New UEFA Champions League 2012 Champions. Catch all the latest news and info about Chelsea football club, players, and fans.

Makkah al-Muqarramah

Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah. Impianku untuk ke sana.

Motivasi Kejayaan

Kejaayan tidak akan datang dengan sendiri, ia perlu dikejar dengan usaha dan kesungguhan.

My Tribute to: Muhammad SAW

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Showing posts with label Ilmi's Info. Show all posts
Showing posts with label Ilmi's Info. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

MRP: Bayar Sikit Jimat Banyak, Anda Suka?

Syukur Alhamdulillah, kes MRP pertama melalui pembayaran KWSP telah diluluskan oleh pihak bank akhirnya setelah melalui proses yang agak renyah sedikit. Namun apa yang menggembirakan hati ini ialah saya telah berjaya membantu seorang lagi peminjam perumahan di Malaysia menjimatkan wang daripada membayar beratus ribu bayaran atas faedah atau interest yang tidak sepatutnya kepada pihak pemberi pinjam.

At a glance. Tak boleh dedah banyak, tengok tu SULIT & PERSENDIRIAN. :D

Bayangkan dalam kes klien saya kali ini, beliau hanya perlu membayar tunai RM50 sahaja kepada saya sebagai yuran perundingan (jumlah sebenar yang patut dibayar ialah RM2,650) dan tidak perlu membayar  ansuran bulanan rumah beliau selama 16 bulan. PERCUMA 16 bulan! 

Lagi... Dengan hanya menambah RM184 kepada bayaran ansuran bulanan, beliau telah berjaya mendapat MENJIMATKAN sebanyak RM51,000 daripada jumlah interest yang sepatutnya dibayar kepada pihak bank selain MEMENDEKKAN tempoh pinjaman daripada 27 tahun kepada 13 tahun (JIMAT 14 TAHUN!).

Semua angka-angka ini adalah fakta, dan inilah saya kira kali pertama saya berkongsi di dalam blog ini mengenai MRP serta kehebatannya. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada usaha saya memberikan servis kepada masyarakat dan dalam masa yang sama memberikan rezeki kepada saya. Malahan berita ini telah menjadikan hari saya lebih ceria pada hari ini. Bukan sebab yuran perunding yang akan saya perolehi (saya hanya terima 20% sahaja dari jumlah tersebut, itu pun setelah ditolak cukai kerajaan 6%), tetapi ialah kepuasan dan kegembiraan saya kerana berjaya memberi kegembiraan kepada orang lain.

Fikir Rasa saya mungkin ada yang bertanya apa itu MRP? Insya-Allah diberi kesempatan saya akan berkongsi dengan teman-teman semua mengenai MRP ini suatu masa kelak.

Sunday, June 17, 2012

Cabaran Baru, Keyakinan & Kasih Tuhan

Entah kenapa serasa ingin "menjengah" laman blog yang agak "berlapuk" ini. Dan entah kenapa serasa timbul keinginan untuk mencoretkan sesuatu semula di laman ini yang selama ini telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjelasan (walau pun kesibukan memenuhi tuntutan dunia realiti di luar sana merupakan punca laman ini terbiar "seketika" selain kegagalan empunya blog ini yang konsisten dalam penulisan). 

Gambar ini sekadar hiasan :D

Sememangnya bidang penulisan bukanlah sesuatu yang begitu sinonim atau mesra dengan saya. Kalau dahulu semasa pengajian baik di bangku persekolahan mahu pun pengajian tinggi, saya lebih suka menulis esei yang 'straight forward' tanpa perlu "menggoreng" terlalu panjang. Bukan, saya bukan pakar menggoreng. Ramai lagi rakan-rakan lama yang lebih handal dalam kemahiran "menggoreng" ayat dalam penulisan esei mahu pun laporan tugasan.

Tapi kini tidak mahu tidak, suasana semasa menuntut saya untuk rapat dan biasa dengan kerja-kerja penulisan (tapi tidaklah "menggoreng"). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi cabaran baru dalam hidup ini dan ruang kemajuan dalam diri dan hidup yang diberikan oleh Allah SWT. Cabaran ini mencabar diri kerana telah lama meninggalkan bidang akademik secara khusus seperti ini lebih-lebih lagi yang melibatkan pengajian dan penyelidikan yang mendalam dan terperinci, ditambah dengan status sebagai suami dan bapa yang menuntut tanggungjawab yang tinggi. 

Namun, insyaAllah saya yakin dengan semua ujian dan cabaran yang datang dalam hidup ini boleh didepani kerana Allah telah menjanjikan melalui firman-Nya dalam ayat ke-286 surah Al-Baqarah bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Justeru saya mengajak teman-teman untuk sentiasa positif dan optimis terhadap segala ujian dan cabaran yang datang dalam hidup kita, kerana ada nikmat dan kasih sayang Allah dalamnya. 

Selamat Hari Bapa dan semoga Allah memberkati umat Islam yang beriman semuanya. (",)

Saturday, October 01, 2011

Pandang Fikir, Timbang Rasa

As-salamu’alaikum, salam perpaduan. Salam fikir rasa. Agak lama juga rasanya meninggalkan medan blogging ini jika dilihat entri terakhir saya dalam blog ini. Namun usah kita bicarakan perkara yang telah berlalu. Kini saya telah kembali, namun dengan ruang dan pola fikir yang agak berbeza dan insyaAllah lebih dekat lagi kepadaNya.

Kenapa Fikir Rasa?

Pada tika rasa untuk kembali ber’blogging’ ini kembali, terfikir saya bagaimana mahu mencorakkan blog ini semula. Lantas lahirlah Fikir Rasa. Inilah tulisan yang bersandarkan pandang fikir dan timbang rasa saya dalam hal-hal dan isu-isu yang saya kira perlu dan mampu saya lontarkan di ruang ini.

Azam saya moga akan istiqamah dan komited dalam “perjuangan” kecil di ruang kecil ini. Inilah medan saya, Ilmi Ahmad, FIkir Rasa. Jazakallah.

Thursday, May 14, 2009

Cinta Si Ketupat Dari Faisal Tehrani

At last, here it is! The latest book from my # 1 author, Faisal Tehrani. Kini buku terkini daripada FT telah berada di tangan kita. Tajuknya "Ketupat Cinta". Telah lama kita nanti-nantikan kemunculannya. Betapa gembiranya hati ini bila melihat bungkusan pos ekspres yang dihantar oleh ujanailmu.com telah berada di atas meja bila pulang ke rumah malam tadi. Hilang sedikit penat dan kelelahan seharian semalam. Seperti kebiasaan yang selalu kita buat sebaiki membeli buku baru (walau pun buku yang belum dibaca masih bersusun, huhu..), kita akan membaca sekurang-kurangnya 1 bab terlebih dahulu. Hasilnya?

Seperti kebiasaan yang FT selalu jelmakan dalam setiap bukunya, pasti ada kelainan dan keunikan di mana-mana. Bagi peminat setia FT mungkin akan lebih mudah memahami pembuka ceritanya kerana ia ada sangkut-paut dengan kisah "Nama Beta Sultan Alauddin". Namun yang pasti "Ketupat Cinta" menghadirkan rasa unggul dalam diri masyarakat kita dari hal warisan dan seni masakan yang dimiliki.

Dan seperti kebiasaan yang akan kita lakukan tatkala buku karya FT berada dalam barisan rak buku-buku yang perlu dibaca, nampak gaya kita "terpaksa" meninggalkan buku-buku lain buat sementara waktu. Maaf ya "teman-teman", kita potong queue. Hee.. :D Baiklah, kita ingin memulakan pengembaraan ilmu di dalam siri cinta si ketupat ini. Oh Tun Lepat...

Apa pun, tabik spring untuk abang FT!

Sunday, March 22, 2009

I Am Back to My Quest

What is this feeling? Hurmm.. I think at last I am back. I am back to My Quest. Yes, I am back. (But not about my back problem. Huhu...) But the most important thing is, I have my confident that I will be back very soon enough. It had been a hard times to go through in the last two months (unfortunately the whole year i expect, huhu..), but here am I writing this post to tell the readers (that already leave me I guess, huhu..) that I am back. Hope they will visit me again soon. My spirit is back. My strength is back. My blog template is back OK now. My idea and my vision are back as well. What else yar? My desire is back. My passion. My thought. My time. My mind. My quest is back on track. Thank you Allah for giving me all these back.

Alhamdulillah... May Allah will give me the consistency I need to keep maintain my pace in this world of blogging. (Since i have three website to look for. Huhu..) OK then, I leave it here for this time. My next post will be the real post of My Quest. Not just about me. It's all about Insan (human) development.

Monday, March 02, 2009

Damai Bersama Mu

Aku termenung di bawah mentari
Di antara megahnya alam ini
Menikmati indahnya kasih Mu
Ku rasakan damainya hatiku

Sabda Mu bagai air yang mengalir
Basahi panas terik di hatiku
Menerangi semua jalanku
Ku rasakan tenteramnya hatiku

Jangan biarkan damai ini pergi
Jangan biarkan semuanya berlalu
Hanya pada Mu tuhan
Tempat ku berteduh
Dari semua kepalsuan dunia

Bila ku jauh dari diri Mu
Akan ku tempuh semua perjalanan
Agar selalu ada dekat Mu
Biar ku rasakan lembutnya kasih Mu

Monday, January 19, 2009

Kerja Oh Kerja...

Serasa terlalu banyak yang perlu, sedang dan akan dilakukan mutakhir ini. Sampai bila? Tidaklah kita akan mampu ketahui kerana berapa banyak lagi masa yang tinggal untuk kita, itu adalah urusanNya dan hanya berada dalam pengetahuanNya. Benar kata As-Syahid Imam Hassan Al-Bana, "Tanggungjawab itu lebih banyak dari masa yang ada". Jadi pelik bila melihat "mereka" yang seperti telebih-lebih masa dan suka membuang masa. Adakah TANGGUNGJAWAB kita semua ini hanya kerja? Kerja yang 8 pagi 5 petang itukah? Kerja yang ada gaji di hujung bulan itukah? Inilah hasil kejayaan kapitalis barat, BEKERJA = DUIT.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Berlalu sudah setahun kini,
Penghujung tahun 30 Zulhijjah,
Seputar alam silih berganti,
Salam Muharram 1430 Hijrah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharram 1430H! Selamat tahun baru buat semua muslim yang beriman. Kini sah kita berada di landasan baru bagi menempuh cabaran yang akan tiba. Berlalu sudah tahun 1429H. Tinggal-lah ia sebagai kenangan, tauladan, pengajaran dan iktibar. Apakah yang kalian sudah perolehi?

Biasanya suatu yang cukup sinonim dengan ketibaan tahun baru ialah AZAM. Jadi apa azam baru? Bagaimana pula dengan azam yang lama? Bagi kita, ketibaan tahun baru ini sangat dinanti. Tidak sabar ingin menempuh cabaran dan dugaan yang bakal hadir. Malah, bahangnya sudah begitu dirasai. Bersediakah kita? Hmm…

Ingin kita berkongsi dengan teman-teman, bahawa terdapat 3 peringkat nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap yang hidup di bumi Allah ini pastinya memperoleh nikmat yang pertama iaitu NIKMAT KEHIDUPAN. Baik kita ini Islam atau kafir laknatullah, mahu pun yang solat atau yang meninggalkannya, manusia atau binatang, setiap makhluk Allah, kita semua tetap dapat menghirup nafas untuk terus bernyawa. Sedarlah pula bahawa di antara semua ciptaan Allah hanya manusia dan jin yang mendapat nikmat yang kedua iaitu NIKMAT KEMERDEKAAN. Merdeka ertinya boleh memilih. Kita dikurniakan akal dan nafsu untuk digunakan dan dimanfaatkan. Namun sayang, tidak semua yang menggunakan dan memanfaatkan akal dengan sebaiknya.

Wahai teman-teman, nikmat tertinggi yang dikurniakan oleh Allah ialah NIKMAT HIDAYAH. Inilah setinggi-tinggi darjat disisi Allah. Inilah yang kita semua kejarkan. Namun perlu diingat, ia hanya akan singgah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Sudah tentu Allah tidak akan pilih mereka yang tidak berusaha. Untuk berusaha ke arah itu perlulah dengan ilmu. Al-‘Ilmunnurun, ilmu itu ialah cahaya. Cahaya itulah hidayah. Dengan ilmu sahajalah baru kita semakin hampir kepada hidayahNya. Nah, lantaran itu berusahalah kita mencari dan menambah ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Tingkatkanlah daya berfikir kita semua. Sedar dan bangkitlah! Umat dan agama Islam semakin ditindas kini. Masih terbit rasa gembira dan selesakah kalian? Berfikir dengan bijak dan matang. Ilmu itu tidak hanya terbatas di sekolah atau di universiti. Ia di mana-mana. Kejarlah ia, tuntutlah ia.

Seseorang yang pandai belum tentu ia bijak. Seseorang yang tidak pandai belum tentu ia bodoh. Hanya mereka yang berasa pandai dan mereka yang berasa tidak pandai lalu mengabaikan ilmu selain yang diperoleh dari kelas dan peperiksaan, mereka inilah sebenarnya yang tidak bijak lagi bodoh.

Apakah kata-kata kita ini? Kalian rasa?

“Moga hari-hari yang mendatang dalam tahun yang tiba ini akan sentiasa lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya dan diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.” Salam Maal Hijrah 1430H. :)

.

Friday, December 19, 2008

Mengkritik, Memuji, Menegur

Memetik kata-kata seorang sahabat kita...
MENGKRITIK bukan bererti MENENTANG,
MEMUJI tidak semestinya MENYOKONG,
MENEGUR tidak bermakna MEMBENCI.

Tapi, kalau yang seperti ini? Bagaimana?


Kata-kata kita pula...

MENGKRITIK kerana ia PERLU DIKRITIK,
MEMUJI kerana ia HARUS DIPUJI,
MENEGUR kerana ia PATUT DITEGUR.

:D :$ ;)

Wednesday, October 29, 2008

Life Is Beautiful, But Its Complicated


Sudah terlalu lama rasanya 'meninggalkan' blog ini terbiar... :( Biarlah, yang berlalu biarlah berlalu. Kita harus belajar dari perkara yang lalu. Ada pepatah mengatakan, "YESTERDAY was a history, leave it. TOMORROW is a future, forget it. But TODAY is a promise, take it." Suatu hakikat baru yang ditemui setelah beberapa ketika mencari dan akhirnya ketemu juga. "LIFE IS BEAUTIFUL" But... ITS COMPLICATED my friends. From now on, i will take on any challenges that come across to my path, no matter how hard i has to suffer because of it. I will not let my quest fall apart. :D

Sunday, September 07, 2008

The Amazing Voice of Sami Yusuf


Atas permintaan abang Syakir, jadi saya telah usahakan untuk memuat naik lagu-lagu Sami Yusuf dari album Al Mu'allim (dalam format MP3). Album ini telah dikeluarkan pada tahun 2003. Tapi inilah satu-satunya koleksi Sami Yusuf yang saya miliki. Memang merdu suara beliau, kalau ditambah dengan penghayatan terhadap lirik lagu-lagu tersebut beserta melodi yang menenangkan, kita akan terkenangkan kebesaran Allah SWT. InsyaAllah.

Elok juga di bulan Ramadhan ini kita luangkan lebih banyak masa untuk mendengar lagu-lagu yang membina jiwa seperti ini. Oh ya, lagu ini bukan untuk abang Syakir sahaja. Jadi sesiapa yang berminat boleh juga muat turun lagu ini ok. Tiada masalah.

Senarai lagu-lagu yang terdapat dalam album Al Mu'allim.

01 - Al Mu'allim [5:45]
02 - Who Is The Loved One [5:10]
03 - The Crave of Hira [4:50]
04 - Allahu [6:30]
05 - The Creator [6:51]
06 - Meditation [3:08]
07 - Ya Mustafa [5:39]
08 - Supplication [4:05]

Untuk muat turun, sila klik pada link di bawah ini. Apa pun selamat mendengar. :)
Muat turun : Sami_Yusuf_-_Al-Mu_allim.rar.html

Wednesday, September 03, 2008

Political Players : "Saasatul Ibaad" by FT

Akhirnya... Saya dapat juga menatap buku karangan terbaru dari penulis kegemaran saya Faisal Tehrani (FT), "SAASATUL IBAAD". Hebat bukan tajuknya? Saya pun tidak tahu maksudnya pada awalnya. Masih sangat 'segar' di pasaran. Tapi persoalannya ialah, bilakah akan saya mula meneroka pembacaan novel sejarah ini? Masih ada satu dua buku yang masih tersisa belum lagi disudahkan. Tapi kegairahan untuk menjelajahi penulisan FT memang sangat mengujakan. Tapi prinsip saya pula yang sudah dimula mesti diselesaikan dulu. Bagaimana ini... Tidak mengapalah, tinggalkan 'masalah' saya ini seketika. Saya berikan sedikit prolog (eh betul ke?) untuk buku ini yang dicedok dari blog FT. Inginkan bacaan lanjut silalah ke sini.


Era 1688 sehingga 1699 masehi di Johor Lama, latar masa tersebut kurang disentuh oleh sejarawan tempatan, ini termasuklah tiadanya sebarang novel sejarah yang menekuni period ini.


Saasatul Ibaad yang bermaksud 'pelaku siasah' (atau political players) membuka lembaran sejarah Johor Lama yang kurang dimesrai dengan ‘penyingkiran’ Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Lantas Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dinafikan peranannya sebagai bendahara selama ini kembali memperolehi kuasa. Menyedari kesilapan Tun Abdul Jamil yang tidak melibatkan Majlis Orang Kaya dalam setiap tindakannya, termasuklah menandatangani perjanjian 1685 dengan Belanda di Melaka; Tun Habib mengambil pendekatan yang lebih berbeza iaitu bersikap lebih diplomatik, yakni dengan cara merundingkan setiap masalah negeri dengan pembesar istana. Tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Belanda, ancaman keluarga Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang mahu membalas dendam, dan pergolakan di negeri-negeri naungan seperti Minangkabau dan Siak menyebabkan Tun Habib membawa Sultan Mahmud Syah yang masih kanak-kanak ke Kota Tinggi dan mendirikan kerajaan Johor Lama di sana.

Tuesday, September 02, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Al-Mubaraq

Allah SWT telah merakamkan 'kenyataan-Nya' berkenaan Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat ke-2, bahawa Al-Quran itu merupakan petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa. Dan bersaksilah bahawa Allah juga telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke-183, ibadah puasa mempunyai hubungan yang sangat rapat dalam mengejar tingkat ketaqwaan di sisi Allah. Maka di sinilah perlu dan pentingnya umat Islam 'menuntut latihan' dengan berpuasa di bulan Ramadhan, moga-moga kita mampu mencapai darjat ketaqwaan di dalam segenap ruang lingkup kehidupan dan persekitaran kita. Salam Ramadhan 1429H, moga setiap detik dalam Ramadhan yang dilalui kita ini akan mendapat keberkahan dan redha dari Ilahi.

Happy "Merdeka" Day Malaysia !!!

31st August will always be a special day for Malaysians. It's our Independence Day since 'a man' raise his right hand and shouting "Merdeka" then were followed by everyone for seven times on the very historic day and moment back to the year 1957. Full stop! Baiklah, saya sebenarnya sangat berbangga berbahasa Melayu. Kenapa? Ini negara kita yang bahasa rasminya ialah Bahasa Melayu. Tapi bukan untuk Melayu sahaja, namun untuk semua warga Malaysia. Jadi lebih tepat kita panggil Bahasa Malaysia. Kemerdekaan kali ini buat saya tergerak untuk 'mengungkit' tentang 'hak' bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa rasmi. Teringat pak cik saya yang merupakan seorang sarjana dan pejuang bahasa ini. Tertanya, bukankah kebanyakan negara maju di dunia ini mengagungkan bahasa mereka? Malah pernah didengar bahawa Bahasa Malaysia ialah antara bahasa yang paling mudah dikuasai. Jadi? Hm...

Friday, August 22, 2008

The Great & Humble Sultan Alauddin


Hmm.. Hari ini terasa cukup 'sedar' bagi menginsafi diri dan kejadian alam dan perilaku makhluk (manusia) di dalamnya. Masih berbaki 3 hari lagi sebelum pementasan drama "Dua Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun" yang akan memulakan pementasannya pada 25 hinggalah 29 Ogos nanti. Hmm, tempatnya di Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan akan bermula pada jam 8.15 malam (setiap malamkah?). Aduhai.. teringin sangat hendak menonton sama hasil cetusan hebat abang FT, tapi adakah akan diberi ruang dan kemudahan olehNya? Akan saya usahakan (walaupun agak jauh), selebihnya serah pada Yang Maha Satu (macam lagu UNIC pula).


Saya sekarang benar-benar berkecamuk dengan pelbagai kerenah dan mehnah duniawi dan tuntutan ukhrawi macam dah sedikit longlai. Aduh takut sekali bila tadi mendengar khutbah Jumaat tentang Hari Permulaan kepada Pembalasan (Hari Kiamat-lah). Tapi urusan kerja memang ada dan penting untuk survival dunia untuk juga kelangsungan akhirat. Untuk jemaah sebenarnya. Apapun moga akan saya diberi kekuatan oleh Allah yang tercinta kerana hanya Dia yang benar-benar memahami diri ini.

Oh ye.. Nak tolong promosi sikit untuk abang FT (walaupun saya rasa kalau lambat-lambat takut-takut penuh saja nanti. Huhu...). Bagi yang berminat untuk menonton, tiket boleh ditempah mulai sekarang (dah lama juga tiket ni dibuka sebenarnya) dengan membuat pesanan melalui, DR ABU HASSAN HASBULLAH +60179747331 atau email muringwien@mac.com. Juga boleh menghubungi produser: HAMZAH AMIR +60172052409 atau email hamzah_oc@yahoo.com atau SAIFUL DIWAN di +60175331002. Maklumat lanjut silalah hubungi diorang ni lah, pastu tengok sendiri di blog FT ok. 
Klik sini http://www.tehranifaisal.blogspot.com

Thursday, August 21, 2008

ILMI'S TODAY

"Pagi yang gelap, kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang...."

Bila melihat kertas-kertas apa ntah atas meja ni membuatkan saya rasa macam nak kena penyakit lama saya iaitu 'krem'. Tapi tiba-tiba dapat idea dan kebetulan tengah buka blog ini, so saya lepaskan masalah saya ni ke dalam blog. Haha, bijak ke tidak? Saya pun tidak pasti. Macam iklan DIGI lah, kami pun tak pasti, tapi apa yang pasti ialah jam sudah menunjukkan pukul 2:28 minit petang dan saya harus selesaikan perkara depan mata saya ini dan terus pergi menghadap Ilahi. Mudah-mudahan dengan berkat dan redha dari-Nya, segala kerja dan urusan untuk hari ini dipermudahkan.

Eh! Tiba-tiba sedang menaip entri ni saya dapat ilham untuk isu atau topik apa yang akan saya utarakan dalam entri untuk hari ini. Saya sudah dapat! Ya Allah, besarnya nikmat dan rahmat Mu... Sebelum tirai dilabuhkan hari ini saya akan menyempatkan diri untuk menyiapkan entri-entri tersebut. InsyaAllah.

ilmi: Lagu kumpulan Hujan yang aku petik sedikit rangkapnya di atas tu memang layan .Biasa aku syok dengar lagu ni pagi-pagi sebelum gi kerja. Seperti memberi sinar harapan yang baru walaupun kadang-kadang takde sinar pagi itu sebab hujan. Huhu.. "Hujan yang turun bagaikan airmata.." Lagu Sudirman.. isk, isk, isk, sedih la pula... Tisu! Tisu!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More