From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H

Berlalu sudah setahun kini,
Penghujung tahun 30 Zulhijjah,
Seputar alam silih berganti,
Salam Muharram 1430 Hijrah.

Ahlan Wa Sahlan Ya Muharram 1430H! Selamat tahun baru buat semua muslim yang beriman. Kini sah kita berada di landasan baru bagi menempuh cabaran yang akan tiba. Berlalu sudah tahun 1429H. Tinggal-lah ia sebagai kenangan, tauladan, pengajaran dan iktibar. Apakah yang kalian sudah perolehi?

Biasanya suatu yang cukup sinonim dengan ketibaan tahun baru ialah AZAM. Jadi apa azam baru? Bagaimana pula dengan azam yang lama? Bagi kita, ketibaan tahun baru ini sangat dinanti. Tidak sabar ingin menempuh cabaran dan dugaan yang bakal hadir. Malah, bahangnya sudah begitu dirasai. Bersediakah kita? Hmm…

Ingin kita berkongsi dengan teman-teman, bahawa terdapat 3 peringkat nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap yang hidup di bumi Allah ini pastinya memperoleh nikmat yang pertama iaitu NIKMAT KEHIDUPAN. Baik kita ini Islam atau kafir laknatullah, mahu pun yang solat atau yang meninggalkannya, manusia atau binatang, setiap makhluk Allah, kita semua tetap dapat menghirup nafas untuk terus bernyawa. Sedarlah pula bahawa di antara semua ciptaan Allah hanya manusia dan jin yang mendapat nikmat yang kedua iaitu NIKMAT KEMERDEKAAN. Merdeka ertinya boleh memilih. Kita dikurniakan akal dan nafsu untuk digunakan dan dimanfaatkan. Namun sayang, tidak semua yang menggunakan dan memanfaatkan akal dengan sebaiknya.

Wahai teman-teman, nikmat tertinggi yang dikurniakan oleh Allah ialah NIKMAT HIDAYAH. Inilah setinggi-tinggi darjat disisi Allah. Inilah yang kita semua kejarkan. Namun perlu diingat, ia hanya akan singgah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Sudah tentu Allah tidak akan pilih mereka yang tidak berusaha. Untuk berusaha ke arah itu perlulah dengan ilmu. Al-‘Ilmunnurun, ilmu itu ialah cahaya. Cahaya itulah hidayah. Dengan ilmu sahajalah baru kita semakin hampir kepada hidayahNya. Nah, lantaran itu berusahalah kita mencari dan menambah ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Tingkatkanlah daya berfikir kita semua. Sedar dan bangkitlah! Umat dan agama Islam semakin ditindas kini. Masih terbit rasa gembira dan selesakah kalian? Berfikir dengan bijak dan matang. Ilmu itu tidak hanya terbatas di sekolah atau di universiti. Ia di mana-mana. Kejarlah ia, tuntutlah ia.

Seseorang yang pandai belum tentu ia bijak. Seseorang yang tidak pandai belum tentu ia bodoh. Hanya mereka yang berasa pandai dan mereka yang berasa tidak pandai lalu mengabaikan ilmu selain yang diperoleh dari kelas dan peperiksaan, mereka inilah sebenarnya yang tidak bijak lagi bodoh.

Apakah kata-kata kita ini? Kalian rasa?

Moga hari-hari yang mendatang dalam tahun yang tiba ini akan sentiasa lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya dan diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT. Salam Maal Hijrah 1430H. :)

.

2 comments:

moge Allah jadikan SubuhMu cahaYa, ZohoRmU gemBira, Asar Mu SronoK, MaghriBmu keAmpunaN, iSya'mu khusYuk, dan doaMu diTeriMa, diLuasKan RezkiMu dan diBerkati UsiAmu, diBuka PadaMu PinTu SyuRga taNpa SempaDan...
moGe 1430H ini akan membri Sinar barU dLm keHidupaN kiTa...AMIN

Ameen.. syukran kasiran ya ukhtie.. ada seorang teman pernah memberikan kata-kata nasihat seperti berikut ini..

"berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan....
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran...
hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada Allah walau DIA tidak kelihatan.
Bukti kasihNYA... kita wujud di dunia pinjaman ini...
Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNYA yang mengaku keimanan padaNYA .
Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu,
Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi..
moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuh insani.."
:) Moga Allah meredhai kita semua (muslim yang beriman).

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More