Ketibaan tahun baru saban tahun pasti disambut dengan meriah dengan penganjurannya sehingga ke peringkat nasional. Detik-detik ke penghujung masa tahun yang lama akan dihitung untuk ditinggalkan sekaligus mengira sama detik-detik ketibaan masa tahun yang baru. Semua yang hadir di tempat kejadian terutamanya pasti merasa bahang dan waktunya. Semua bagaikan tidak sabar menanti detik jam 12.00 tengah malam 31 Disember. Bila jam tiba ke 12.01 minit pagi semua bersorak gembira bagai menyambut kemenangan.
Kemenangan? KEMENANGAN APA? SIAPA yang menang sebenarnya? Tapi yang lebih utama dari itu ialah, UNTUK APA? Hmm… :t
Begitulah, saban tahun sambutan tahun baru diadakan untuk menyambut ketibaan tahun baru, membilang setiap detik ke tahun baru. Hahaha… kasihan sungguh. Ada apa ya dengan “mereka” ini…
Kita cuba mengimbas kembali… Tempoh hari tiba Awal Muharram 1430H “beramai-ramai” orang berkumpul di masjid dan surau membaca doa akhir tahun dan awal tahun bermunajat kepada ALLAH, TUHAN YANG MAHA MULIA DARI SEGALA DULI-DULI YANG ADA. Bagaimana pun bila tiba Tahun Baru 2009 “bersesak-sesak” orang berkumpul di dataran, dewan, stadium, hotel, pusat hiburan, dan lain-lain lagi tempat berhibur dan bersuka ria hingga lewat malam dan akhirnya mengira detik-detik ketibaan tahun baru, lalu bersorak dan menjerit gembira dengan letupan bunga api “sekejap” yang bernilai beribu-ribu RM untuk setiap letupan.
Ahh!!! Kenapa ini!? Apa semua ini?? :#
Sungguh menjengkelkan bagi kita. Kita sungguh tidak boleh terima keadaan ini. Kenapa ia begitu sukar untuk membawa anak-anak atau diri kita sendiri (paling tidak) untuk meluangkan masa tidak sampai 1 jam membaca doa akhir tahun, solat maghrib berjemaah, dan membaca doa awal tahun kemudiannya. Tapi! Boleh sahaja “hendak seribu daya” untuk bawa bersama-sama keluarga dan ajak kawan-kawan lagi untuk pergi menyambut tahun baru, sanggup tunggu berjam-jam berdiri bersesak-sesak sehingga lewat malam. Pertimbangan apakah ini? Rasionalkah ia?
Oh… ada yang bilang, hendak baca doa awal dan akhir tahun tidak semestinya mesti ke masjid atau ke surau. Alah, ia bukan wajib lagi pun. Ini… alasan apakah ini!?? Guru mana yang ajar?
Astaghfirullah… Kalaulah Allah berkehendakkan musibah dan bencana kepada negara Malaysia dan rakyat yang rata-ratanya muslim ini, pastilah Dia sudah punya alasan yang sangat banyak dan kukuh. Subhanallah… betapa sayangnya Allah kepada kita semua ini. Di tengah penderitaan saudara muslim kita di bumi Palestin dihenyak teruk dan dianiaya, umat Islam di Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam terbaik di dunia masih lalai, leka, alpa, lupa, cuai, dan mampu membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit hanya semata-mata untuk menyambut tahun baru yang penuh dengan kebencian Allah di dalamnya.
Aduh… teman-teman, kenapa ya dengan masyarakat muslim Malaysia? Islam yang bagaimanakah kita semua ini? Terlalu sedih dan sakit hati dan jiwa kita ini. Ingin sangat kita melaung-laung, memberi peringatan dan menyedarkan saudara-saudara muslim kita yang lain ini. Tapi, siapalah kita. Kita ini hanya rakyat biasa yang hanya biasa-biasa sahaja. Kita bukan PERDANA MENTERI, juga bukan MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BAHAGIAN AGAMA ISLAM, bukan MENTERI BESAR, bukan juga MUFTI, apatah lagi SULTAN atau AGONG. Kita bukan siapa-siapa. Kita ini hanyalah HAMBA-NYA.

.
3 comments:
bila penulis stress kan apa yang baru? sape yang menang.. bila dfikirkan semula btul gak apa yang dipersoalkan oleh penulis tu.. musykil beta..hu
mmg btul pe yg dinyatakan oleh penulis tu, tp bg org yg x memahaminya mereka rse perlu utk mymbut thn br krn dpt mmbuktikan bhw mreka tlh bjaya mgharungi sgale rintngan pd thn leps dan ini sbg pmulaan utk memulakan thn yg akan dtg.. yg slhnye ialh care mreka mymbutnye dgn pg konsert dan sbgnye yg xde faedah..
siape yg harus dislhkn????
krn smua generasi tlh bkumpul dictu..(tua-muda)..
JWPN: slhkn diri sendiri..:$
Wahai sdr penulis yg disegani, sesungguhnya mahkluk yg bnama manusia ini smemangnya lekas alpa. Lagi2 Melayu itu pula sinonimnya "cepat lupa". Insan ini begitu sukar insaf & sedar, tapi cepatlah pula lalainya. Mereka ini agaknya @ mungkin juga lebih sesuai "ditegur" dengan musibah bencana. Itupun sekejap saja sedih & sedarnya. Itupun hanya bagi yg tkenalah juga. Yang tidak kene mengena? Ha.. mereka tetap riang & rialah selagi belum ditimpa malapetaka.
Hai.. mnusia2.. Tidak sedar sungguh bhw diri kita ini cumalah HAMBA. Tepat sekali kata penulis, kita semua ini hanyalah hamba, hamba kpd yg benar2 MAHA Mulia lg Esa.
Post a Comment