Rintihan dan tuntutan umat Islam Palestin :
"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya..."

DUBAI, 31 Dis (Bernama) - Pemerintah Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengarahkan agar semua bentuk sambutan tahun baru di negara itu dibatalkan sebagai menghormati nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang menjadi mangsa serangan Israel. Sebaliknya Dubai akan menyambut kedatangan 2009 dalam keadaan suram sebagai tanda perpaduan dengan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza, demikian menurut media rasmi di sini. Hampir 400 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh sejak Sabtu lepas apabila Israel melancarkan serangan udara ke wilayah itu.
Palestin, Januari 2, 2009 : 400 Maut 2000 Cedera
Serangan terbaru oleh pesawat pejuang Israel awal pagi ini memusnahkan bangunan Parlimen Palestin serta dua bangunan kerajaan lain dan 25 penduduk awam dilaporkan cedera. Rejim Zionis turut melepaskan tembakan ke atas kedudukan Hamas di tepi laut bagi melumpuhkan kekuatan mereka. Letupan kuat turut menggegarkan kawasan penyeludupan bawah tanah di kawasan sempadan Gaza dan Mesir.
Serangan terbaru itu turut mengorbankan seorang pemimpin kanan Hamas, Nizar Rayan apabila rumahnya di Jabaliya dibom oleh tentera Zionis. Arwah merupakan pegawai tertinggi Hamas yang terbunuh sejak Israel melancarkan serangan pada Sabtu lalu.
Sementara itu, rumah pemimpin Ezzedin al-Qassam iaitu sayap kanan Hamas, Abu Anas Chabana turut menjadi sasaran tentera Israel, malam tadi. Serangan itu mengorbankan tiga penduduk Palestin termasuk seorang wanita berusia 35 tahun dan mencederakan lapan yang lain. Bagaimanapun Abu Anas tiada di rumah ketika kejadian.
Pegawai Hamas menganggarkan seramai 399 orang terbunuh setakat ini dengan lebih 180 merupakan orang awam. Hampir 2,000 lagi cedera dalam kekejaman tentera Yahudi ini yang dilengkapi peralatan peperangan canggih berbanding pejuang Palestin.
Tentera Israel semalam turut menambah jumlah tentera di sempadan Gaza sebagai langkah berjaga-jaga untuk melancarkan serangan darat dalam waktu terdekat. Mereka turut dilengkapi dengan kereta kebal dan pelancar roket canggih dan dilihat berlegar-legar di luar Gaza dan komander mereka bersiap sedia untuk melancarkan serangan pada bila-bila masa.
Di Malaysia???
.

1 comments:
sungguh byk & > ramai masyarakat malaysia t'utamanya yg islam lagi2 para pemimpinnya benar2 zalim. kenapa sy katakn zalim? zalim ialah lwn kpd adil. adil itu meletakkan ssuatu di tmpt yg betul. mrk tidak adil dlm meletakkn keutamaan kpd rakyat palestin. yg mrk utamakn ialah keseronokan & kgembiraan sndiri shj. sbb itu mrk sy nilaikan sbg zalim thadap rakyat islam palestin. sungguh!
Post a Comment