From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Sunday, June 17, 2012

Cabaran Baru, Keyakinan & Kasih Tuhan

Entah kenapa serasa ingin "menjengah" laman blog yang agak "berlapuk" ini. Dan entah kenapa serasa timbul keinginan untuk mencoretkan sesuatu semula di laman ini yang selama ini telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjelasan (walau pun kesibukan memenuhi tuntutan dunia realiti di luar sana merupakan punca laman ini terbiar "seketika" selain kegagalan empunya blog ini yang konsisten dalam penulisan). 

Gambar ini sekadar hiasan :D

Sememangnya bidang penulisan bukanlah sesuatu yang begitu sinonim atau mesra dengan saya. Kalau dahulu semasa pengajian baik di bangku persekolahan mahu pun pengajian tinggi, saya lebih suka menulis esei yang 'straight forward' tanpa perlu "menggoreng" terlalu panjang. Bukan, saya bukan pakar menggoreng. Ramai lagi rakan-rakan lama yang lebih handal dalam kemahiran "menggoreng" ayat dalam penulisan esei mahu pun laporan tugasan.

Tapi kini tidak mahu tidak, suasana semasa menuntut saya untuk rapat dan biasa dengan kerja-kerja penulisan (tapi tidaklah "menggoreng"). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi cabaran baru dalam hidup ini dan ruang kemajuan dalam diri dan hidup yang diberikan oleh Allah SWT. Cabaran ini mencabar diri kerana telah lama meninggalkan bidang akademik secara khusus seperti ini lebih-lebih lagi yang melibatkan pengajian dan penyelidikan yang mendalam dan terperinci, ditambah dengan status sebagai suami dan bapa yang menuntut tanggungjawab yang tinggi. 

Namun, insyaAllah saya yakin dengan semua ujian dan cabaran yang datang dalam hidup ini boleh didepani kerana Allah telah menjanjikan melalui firman-Nya dalam ayat ke-286 surah Al-Baqarah bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Justeru saya mengajak teman-teman untuk sentiasa positif dan optimis terhadap segala ujian dan cabaran yang datang dalam hidup kita, kerana ada nikmat dan kasih sayang Allah dalamnya. 

Selamat Hari Bapa dan semoga Allah memberkati umat Islam yang beriman semuanya. (",)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More