From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, September 03, 2008

Political Players : "Saasatul Ibaad" by FT

Akhirnya... Saya dapat juga menatap buku karangan terbaru dari penulis kegemaran saya Faisal Tehrani (FT), "SAASATUL IBAAD". Hebat bukan tajuknya? Saya pun tidak tahu maksudnya pada awalnya. Masih sangat 'segar' di pasaran. Tapi persoalannya ialah, bilakah akan saya mula meneroka pembacaan novel sejarah ini? Masih ada satu dua buku yang masih tersisa belum lagi disudahkan. Tapi kegairahan untuk menjelajahi penulisan FT memang sangat mengujakan. Tapi prinsip saya pula yang sudah dimula mesti diselesaikan dulu. Bagaimana ini... Tidak mengapalah, tinggalkan 'masalah' saya ini seketika. Saya berikan sedikit prolog (eh betul ke?) untuk buku ini yang dicedok dari blog FT. Inginkan bacaan lanjut silalah ke sini.


Era 1688 sehingga 1699 masehi di Johor Lama, latar masa tersebut kurang disentuh oleh sejarawan tempatan, ini termasuklah tiadanya sebarang novel sejarah yang menekuni period ini.


Saasatul Ibaad yang bermaksud 'pelaku siasah' (atau political players) membuka lembaran sejarah Johor Lama yang kurang dimesrai dengan ‘penyingkiran’ Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Lantas Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dinafikan peranannya sebagai bendahara selama ini kembali memperolehi kuasa. Menyedari kesilapan Tun Abdul Jamil yang tidak melibatkan Majlis Orang Kaya dalam setiap tindakannya, termasuklah menandatangani perjanjian 1685 dengan Belanda di Melaka; Tun Habib mengambil pendekatan yang lebih berbeza iaitu bersikap lebih diplomatik, yakni dengan cara merundingkan setiap masalah negeri dengan pembesar istana. Tekanan dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Belanda, ancaman keluarga Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang mahu membalas dendam, dan pergolakan di negeri-negeri naungan seperti Minangkabau dan Siak menyebabkan Tun Habib membawa Sultan Mahmud Syah yang masih kanak-kanak ke Kota Tinggi dan mendirikan kerajaan Johor Lama di sana.

2 comments:

salam syeikhh...FUHHH DASYATNYERRR

salam kembali.. apa nya yang dahsyat?ada kelapangan beli la buku ni. bagus dan menarik. FT nak beri tau bahawa alam melayu kita ni lebih hebat dan terkedepan dalam banyak perkara. malah zaman revolusi juga telah dimulai oleh kita sebelum era revolusi di eropah. hebat bukan? sebenarnya sejak penjajah datang sejarah sebenar kita telah banyak dipesongkan dan disembunyikan. silibus sejarah untuk pelajar sekolah perlu digubal semula.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More