From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Thursday, September 04, 2008

APEX University : New Transformers

“Pada 3 September yang lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan bahawa Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai Universiti Apex pertama, selepas mendapati USM memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan iaitu tahap kesediaan, pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah.”

Universiti Apex? Macam tidak pernah kedengaran bukan? Universiti baru? Bagi masyarakat universiti ‘mungkin’ perkara ini bukan perkara baru sejak ia dilancarkan pada tahun lalu. Pada entri kali ini kita akan menyorot keberadaan Universiti Apex yang cuba direbut oleh tujuh buah universiti awam dan dua buah universiti swasta.

Universiti Apex (Accelerated Program for Excellence) ditubuhkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 27 Ogos 2007. Universiti Apex merupakan satu konsep yang bermatlamatkan kewujudan satu institusi mercu dan menjadi pusat akademik negara yang unggul. Ia merupakan pendekatan utama yang diperlukan untuk mencapai universiti berstatus dunia.

Penubuhan Universiti Apex ini diperincikan oleh sebuah pasukan petugas atau jawatankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar akademik tempatan dan antarabangsa, tokoh-tokoh dalam industri pendidikan, wakil-wakil dari universiti awam dan swasta, tokoh-tokoh korporat dan wakil kerajaan.

Kementerian Pengajian Tinggi telah membahagikan universiti-universiti kepada tiga kumpulan iaitu Universiti Apex, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif. Universiti Apex ialah universiti paling tersohor yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Berdasarkan pengalaman universiti terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia. Ia turut memiliki keistimewaan dari segi tahap autonomi, di mana universiti berkenaan akan menikmati autonomi yang lebih luas berbanding universiti awam antaranya dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Pengurusan Universiti


Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang terdiri daripada profesional berkaliber mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. Pemilihan pihak pengurusan tertinggi universiti itu juga akan dibuat berdasarkan merit calon dari dalam mahupun luar negara. LPU akan melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi di universiti. Bagaimanapun, pengurusan universiti itu masih tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Ahli Akademik Cemerlang

IPT akan mempunyai ahli akademik cemerlang dan kesarjanaan yang tersohor. Universiti Apex akan melantik staf pengurusan dan akademik terbaik termasuk daripada IPT seluruh dunia dengan pakej ganjaran yang menarik. Pihak universiti juga boleh mengambil lebih ramai pensyarah asing bagi membolehkan ia melahirkan para penyelidik bertaraf Nobel Laureate. Malah boleh menawarkan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji yang lebih baik kepada pensyarah dari luar negara supaya ia menjadi lebih kompetitif.

Pelajar Terbaik

Universiti Apex juga akan memilih pelajar berdasarkan merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holistik termasuk melalui temu duga. Walaubagaimanapun, komposisi kumpulan pelajar perlu mewakili pelbagai etnik tanpa kompromi dalam kelayakan akademik. IPT boleh menawarkan kemasukan pelajar asing sehingga 20 peratus berbanding amalan hanya dua hingga tiga peratus pelajar asing di universiti awam sekarang.

Universiti Apex juga akan menawarkan pengajian di peringkat ijazah pertama dan lepasan ijazah kepada para pelajar asing berbanding universiti awam yang hanya mengambil pelajar peringkat ijazah lanjutan.

Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti Apex akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini. Bantuan kewangan kepada universiti itu juga akan ditentukan terus oleh pihak kerajaan. Dari aspek pembiayaan ini akan dimasukkan dalam setiap bajet tahunan yang akan diumumkan kerajaan dalam merangka pelan transformasi selama lima tahun.

Bagaimanapun USM, sebagai Universiti Apex perlu berada di antara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia pada 2020. Dalam tempoh berkenaan pencapaian USM akan dilihat dan dinilai, dan selepas itu barulah keputusan akan dibuat sama ada perlu pemilihan Universiti Apex lain atau tidak.

2 comments:

Langkah menjadikan USM sebagai Universiti APEX itu semestinya mewujudkan persaingan dan cabaran kepada pelajar serta tenaga pengajar tempatan. Tibalah masanya untuk rakyat Malaysia mempersiapkan diri bagi membuktikan kemampuan kita untuk bersaing dan memastikan bahawa kita tidak terkebelakang dalam semua bidang. Tahniah USM!

hmm...tahniah2.. enta pun warga usm gak kan? ni kira cabaran utk enta jugak ni.. tapi memang warga usm akan memikul beban yg berat. moga2 lebih byk universiti tempatan lain mencontohi usm, terutamanya nc usm yg cukup akademis & mmg SELAYAKNYA berada di jwtn tsebut.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More