Mari perhatikan proses penciptaan manusia berikut...
Di mana ya kita boleh tahu semua ini? Tuan-tuan, tiada satu pun yang tertinggal di dalam Al-Quran itu. Penemuan sains yang kita pelajari sekarang ini hanya mensahihkan atau mengesahkan sahaja apa yang telah dicatatkan dalam Al-Quran. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran melalui surah Al-Mukminuun pada ayat 12 – 14 yang maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati tanah kemudian kami jadikan pati itu setitis air pada penempatan yang kukuh kemudian kami ciptakan air itu menjadi sebuku darah beku lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya”
#2 Where Am I Coming From? (Dari Mana Asal Saya)
Dari mana asal tuan? Johor Bahru? Kuala Lumpur? Kuantan? Ipoh? Ini semua asal yang biasa. Tapi dari mana asal kita semua ini sebenarnya? Ya, jawapannya ialah TANAH. Kita semua ini berasal dari tanah. Tuan-tuan, tanah itu di atas atau di bawah? Dipijak atau dijunjung? Justeru, kalau sedar diri ini hamba dan asalnya dari bawah, bagaimana seseorang manusia itu boleh sombong? Tetapi kenapa ya banyak di kalangan kita semua ini yang sombong? Sebabnya, dia sudah lupa siapa dirinya yang sebenarnya.
Mari lihat analoginya begini. Karim ialah hamba kepada Kasim. Jadi jikalau Kasim memarahi atau memukul Karim, bolehkah Karim marah kepada Kasim? Pasti jawapannya tidak boleh, sebab Karim hanyalah hamba. Tetapi bagaimana pula jikalau Karim ingin meninggi suara atau menyuruh Kasim, bolehkah Karim melakukannya pada Kasim? Sudah pasti juga tidak boleh, kerana Karim hanyalah hamba. Bagaimana boleh seorang hamba melebih-lebih daripada tuannya. Jadi apa yang akan anda buat kalau anda ada seorang hamba yang sombong? Sebab itu, Saidina Bilal bin Rabbah, diseksa oleh tuannya Abu Jahal dengan diletakkan batu besar di atas badannya. Itu hanyalah hamba fizikal. Tetapi di dalam hatinya disebut apa? Ahad. Siapa? Allah SWT. Dia bebas dirinya, jiwanya daripada cengkaman nafsu manusia.
Baiklah, mari kita semua sama-sama buat sedikit aktiviti ringan. Cuba anda angkat tinggi kedua-dua tangan anda. Kemudian pusingkan kepala ke sebelah kanan. Kemudian lagi tundukkan sedikit kepala tersebut. Bagaimana? :D Bau apa ya? Wangi? (Kalau baru pakai minyak wangi atau dedoron pastinya wangi. Tapi secara semulajadi atau asalnya wangikah ia?) Tuan-tuan, angin yang kita semua buang dari belakang itu baunya apa? Itu angin bersihkah? Oleh kerana itu, bagi orang yang mempunyai akal dan berfikir, sudahlah dirinya hamba, asalnya dari tanah, badannya berbau busuk, yang dibawa ke mana-mana adalah najis, boleh sombongkah orang itu? Boleh membuli orang lain kah? Boleh bercakap besarkah dia?
Tuan-tuan, manusia itu ialah khalifah dan khalifah itu tugasnya pemakmur. Untuk apa? Memakmurkan dunia ini. Lantas, sebagai pemakmur, manusia itu mempunyai tanggungjawab terhadap empat unsur. Pertamanya kepada tuhan (Allah), keduanya kepada diri sendiri, ketiganya kepada masyarakat dan keempatnya kepada alam. Jadi mari kita semua sama-sama fikir-fikir, renung-renung, sudahkah kita semua ini menjalankan tanggungjawab kepada keempat-empat unsur ini? Sudah? Sejauh mana? Justeru, sedarlah tuan-tuan. Kini tahu sudah kita ini siapa dan asalnya dari mana. Lalu, apa seterusnya?

1 comments:
bila ye akan keluar lg episod yg sterusnya? x sabar nak baca.. hee..
Post a Comment