Erm… Kita ingin bertanya lah di sini. Apa agaknya ya yang kalian faham kalau kita menyatakan begini, “Wife, Wife, Wife, Wife, Husband”. Tahu? Pasti mudah bukan, maksudnya, empat isteri satu suami. :) Faham? Inikah maksud sebenarnya? Bagi yang gemar berfikir ringan, maaflah pasti akan salah tafsiran kalian itu. Sebenarnya apa yang ingin kita bawakan dari frasa tadi ialah 4 W 1 H yang membawa makna kepada lima persoalan berikut, (1) Who am I? (2) Where am I coming from? (3) Why do I live this life? (4) Where will I go after life? (5) How should I live this life?
Tapi apa kenanya dengan lima persoalan ini? Inilah yang kita maksudkan dengan lima persoalan kehidupan. Kali ini kita ingin mengajak teman-teman semua untuk sama-sama menjawab lima persoalan kehidupan ini. Boleh?
#1 “Who am I?” (Siapa saya?)
Sekarang kita ajukan kalian satu soalan. Siapa anda? Ahmad? Ali? Abu Bakar? Umar? Fatimah? Zainab? Aisyah? Benarkah jawapan ini? Hurmm, bagaimana pula jikalau tiba-tiba terdengar suara garau lagi jerih, bengis dan bingar dijeritkan pada diri dan hati anda dengan soalan yang sama, ”Siapa anda...!!!!???” Kali ini kira-kiranya apakah jawapan yang akan diberikan ya. Siapa? Hamba? Hamba siapa? Ya, tepat sekali jika jawapan tersebut ialah hamba Allah. Jadi siapakah kita semuanya ini? Ya, kita semuanya ini baik bangsa apa atau rakyat mana atau penganut agama apa atau perdana menteri atau menteri atau ketua hakim atau mufti negara mana sekali pun, kita semuanya ini adalah HAMBA ALLAH. Inilah asas kepada mengenal diri kita yang sebenar-benarnya.
Namun kenapa semakin ramai yang sudah sombong diri? Kerana diri kita yang berada dalam hamba Allah itu tidur. Teman-teman, nafsu, diciptakan Allah kemudian dipanggil menghadap Allah dan ditanyakan soalan, ”Man anta wa man ana?” (Siapa kau dan siapa aku?). apa jawab nafsu, engkau adalah engkau dan aku adalah aku. Lalu Allah mencampakkan nafsu ke dalam api neraka yang paling panas selama seratus tahun. Kemudian setelah itu Allah memanggil nafsu buat kali kedua dan bertanya, ”Siapakah engkau dan siapakah aku?”. Nafsu menjawab, ”Anta anta, wa ana ana” (Engkau adalah engkau dan aku adalah aku). Lihat, betapa sombongnya nafsu. Tapi kenapa ya kebanyakan kita menjawab jawapan yang sama dengan nafsu? Sebab nafsu sudah melupakan siapa dirinya siapa tuhannya. Sebab itulah juga ramai di kalangan manusia kini yang sombong, merasakan dirinya kuat, merendah-rendahkan orang lain dan bermacam-macam lagi.
Kemudian nafsu dicampakkan lagi ke dalam neraka yang paling sejuk selama seratus tahun lagi. Apabila dipanggil menghadap Allah semula dan diajukan soalan yang sama, nafsu masih tetap dengan jawapannya, keangkuhannya, kesombongannya. Lalu dicampakkan semula nafsu ke dalam neraka dengan siksaan yang paling teruk dan azab sekali sehingga nafsu menjadi tidak bermaya, dan kemudian dipanggil bertemu Allah. Pada kali ini diajukan semula soalan ”Siapa engkau dan siapa aku?”, barulah pada kali ini nafsu menjawab, ”Anta Rabbi wa ana abdul rhaif” (Engkau tuhanku dan aku hamba Mu yang lemah). Kita menjadi sombong kerana kita cukup makan, cukup duit, cukup tidur. Nafsu diuji dengan kemewahan untuk lupa dirinya. Sebab itu jikalau ada orang yang sudah lupa dirinya, itu senang sekali menyepak, menujal, memukul, mengganggu orang dan sebagainya kerana yang hidup itu ialah nafsu sebenarnya. Nafsu sudah bermaharajalela. Kalau sudah kenal diri sebagai hamba, hamba boleh sombong atau tidak? Pastinya tidak kerana dia adalah hamba. KITA SEMUA ADALAH HAMBA.
Allah ada mengisahkan di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah ayat ke-30 yang maksudnya seperti berikut ;
Khalifah itu pula siapa? Pemimpin? Imam? Ustaz? Pendakwah? Motivator? Jawapan yang tepat ialah kita semuanya ini adalah khalifah. Khalifah secara istilahnya bermaksud pengganti. Jadi kita ini adalah pengganti. Tapi siapa yang kita semua gantikan? Apa pula yang digantikan? Teman-teman, kita semua ini adalah pengganti kepada Allah yang diamanahkan untuk mentadbir di alam dan di dunia ini. Justeru tugas khalifah itu ialah untuk memakmurkan muka bumi.
Sekarang ini, mari teman-teman semua sama-sama perhatikan keadaan ini. Kita semua adalah hamba dan pada masa yang sama juga adalah khalifah. Oleh yang demikian, kita (manusia) ini merupakan hamba yang diberikan amanah (jawatan) sebagai khalifah. Justeru perlulah kita semua ingat walau besar atau hebat mana sekali pun diri kita ini, kita masih tetap seorang hamba. Lihatlah begini, seorang hamba walau diberikan pelbagai tugas dan jawatan apa pun, selagi dia tidak dimerdekakan, dia akan tetap kekal sebagai seorang hamba. Dia tetap perlu akur lepada tuannya.
Justeru, kita ingin mengajak teman-teman semua untuk sama-sama ingat dan sedar dengan sedalam-dalamnya bahawa kita semuanya ini hanyalah hamba. Lantas, sebagai seorang hamba patutkah kita ingkar suruhan dan larangan Tuan kita? Sombong dengan Tuan kita di muka bumi yang dimiliki dan dicipta oleh Tuan kita?
Lalu apa? Fikir-fikirkan dan ambil lah tindakan yang sewajar dan sepatutnya.

0 comments:
Post a Comment