From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Tuesday, July 21, 2009

Menjawab Lima Persoalan Kehidupan (#4)

#4 Where Will I Go After Life? (Ke Mana Saya Akan Pergi Selepas Hidup Ini)

Ke mana ya akan kita semua ini pergi selepas berakhirnya kehidupan ini? Alam Barzakh? Mahsyar? Tuan-tuan pasti? Baiklah, mari kita sama-sama perhatikan diari kehidupan seseorang manusia yang bermula dari alam bayi kemudian membesar masuk ke alam kanak-kanak, seterusnya meningkat usia melangkah ke alam remaja. Setelah itu masuk pula ke alam belia dan meningkat dewasa (alam dewasa). Akhir sekali akan sampai ke penghujung usia iaitu ke alam tua. Selepas dari itu, maka ajal (kematian) pun menjelang tiba. Lalu berakhirlah kehidupan seseorang manusia itu.

Namun, persoalannya di sini ialah, bolehkah kita (manusia) ini dari alam bayi terus menemui ajal? Atau dari alam kanak-kanak terus bertemu ajal? Atau juga pada alam remaja terus bertemu ajalnya? Sudah pasti jawapannya boleh bukan. Justeru kalau begitulah jawapan atau keadaannya, sudah bersediakah kita semua ini? Bersedia menemui ajal? Ya, kerana baru sebentar tadi tuan-tuan semua telah mengakui bahawa ajal itu boleh ditemui oleh sesiapa jua tanpa mengira usia, kanak-kanakkah ia, remajakah ia mahu pun dewasakah ia. Kerana mati (ajal) itu tiada syarat tua.

Tuan-tuan, setiap manusia yang hidup itu akan melalui 6 alam kehidupan. Mahu percaya atau tidak, kita semuanya ini akan tetap melaluinya. Lantas, apakah alam-alam itu? Ingin tahu? Alam-alam tersebut ialah Alam Roh, Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Barzakh, Alam Mahsyar dan Alam Akhirat. Inilah enam alam yang dimaksudkan tersebut.

Tetapi pentingkah mengetahuinya? Ya, adalah sangat penting mengetahuinya iaitu mengetahui apa yang berlaku pada setiap alam tersebut. Dengan pengetahuan tersebut akan membolehkan kita semua ini tahu ke mana arah tujuan kehidupan kita dan destinasi akhir yang akan atau ingin dituju. Oleh yang demikian akan membolehkan kita semua menentukan cara hidup kita di dunia ini supaya selari dengan matlamat atau destinasi akhir yang akan/ingin dituju tersebut.

bersambung...

1 comments:

askm, jadi apa yg akan blaku pd 6 alam tsebut?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More