Kajian yang dilakukan oleh Harvard Business School dalam menentukan faktor yang menyumbang kepada kejayaan menunjukkan bahawa 7 peratus daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan ialah ilmu, pengetahuan dan kemahiran. Namun, 93 peratus daripada faktor yang membawa kepada kejayaan ialah sikap. Ini bermakna apa? Apa yang berlaku pada seorang yang cerdik, akalnya pintar, hartanya banyak, kawannya ramai dan seumpamanya, tetapi malas. Berjaya? Apa pula yang berlaku pada seorang yang miskin, anak yatim dan tiada duit, tetapi rajin. Berjaya? Ini bermakna kejayaan ditentukan oleh sikap. Kalau kita mampu mengubah sikap kita ke arah yang lebih baik maka kita akan mampu dan berjaya mencapai kejayaan yang diinginkan.
Mari kita lihat kedudukan sikap. Ia boleh diumpamakan sebagai bongkahan ais di mana yang kelihatan atau berada di atas permukaan air itu sedikit berbanding yang tidak kelihatan atau yang berada di bawah permukaan air. Inilah sikap. Pada bahagian atas itulah akhlak.
Manakala pada bahagian bawah yang tidak kelihatan itulah sikap yang terdiri daripada sistem nilai, pandangan hidup dan sistem kepercayaan. Akhlak itu ialah tindakan luaran yang terbentuk daripada soal dalaman iaitu sikap. Apakah yang akan berlaku jikalau sebuah bongkah ais itu dipotong pada bahagian di antara atas permukaan dan bawah permukaan air? Ke manakah perginya bahagian yang di atas itu? Ke bawah? Ke manakah pula perginya bahagian yang di bawah itu? Ia juga akan tenggelam jatuh ke bawah.
Justeru, yang menentukan kita semua ini di atas atau ke bawah ialah sikap. Kalau kita semua ini sistem nilainya tidak benar, pegangan hidupnya tidak benar, sistem kepercayaannya tidak benar, maka kita semua juga akan jatuh ke bawah. Kerana tindakan atau akhlak itu terhasil daripada sikap kita. Kenapa malas? Kenapa tidak boleh fokus? Kenapa suka main-main? Semua persoalan ini di atas atau di bawah? Persoalan ini jika tidak dijawab dengan baik, dengan sebab itu akhlaknya huru-hara.
Kita ambil analoginya begini. Seorang pelajar yang ditangkap kerana menghisap rokok di sekolah. Lihat apakah hukuman yang dikenakan. Dirotan, dimarah, digantung sekolah dan sebagainya. Persoalannya adakah pelajar ini akan berhenti merokok jika dirotan, dimarah, digantung sekolah dan sebagainya? Jadi, mari kita lihat sebenarnya masalah menghisap rokok itu masalah di atas (luaran) atau di bawah (dalaman)? Ia adalah berpunca daripada masalah yang di bawah iaitu dalaman. Tetapi yang dipukul itu hanyalah pada bahagian atas (luaran) sahaja. Namun, pada bahagian dalaman itu (sikap) pula tidak diusik, tidak betulkan dan tidak berubah. Sebab itu pelajar itu tidak akan berubah. Malah tidak pernah dilihat seorang itu akan berhenti merokok kerana dipukul atau tindakan-tindakan seumpama yang bersifat fizikal.
Sikap apabila diulang-ulang menjadi tabiat. Dan apabila sudah berubah menjadi tabiat, maka ianya akan sukar diubah. Kalau seseorang itu sikapnya suka berbohong, maka lama-kelamaan ia akan menjadi sebahagian dari tabiat hidupnya.
Oleh yang demikian, sebenarnya apa sahaja yang dipupuk oleh sikap itu pasti akan berubah menjadi sebahagian dari hidup atau peribadi kita. Kalau negatif sifatnya, maka buruklah kita. Namun, kalau sikap positif yang dipupuk, maka akan lahirlah manusia yang cemerlang. Insan cemerlang. Jika kita ingin memperkatakan tentang modal insan itu, modal insan ini, maka kaedahnya atau penyelesaiannya atau tindakannya perlu bermula dari hal sikap ini. Dengan lahirnya insan-insan yang cemerlang ini, maka barulah kita boleh berbicara tentang umat atau masyarakat atau negara bertamadun.
Jadi teman-teman, apa sikap kalian kini? Sikap yang bagaimana kalian akan ambil setelah membaca entri ini? Hurmm...

0 comments:
Post a Comment