From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Monday, April 06, 2009

Perubahan


Secara umumnya semua orang inginkan ilmu, pengalaman, dan kejayaan. Terdapat tiga kategori insan iaitu orang yang untung, orang yang rugi dan orang yang celaka. Apakah perbezaannya antara untung rugi dan celaka? Orang yang untung ialah harinya lebih baik dari sebelumnya. Orang yang rugi pula harinya sama sahaja seperti sebelumnya. Manakala orang yang celaka, harinya lebih teruk dan buruk dari sebelumnya.

Apakah yang membezakan di antara ketiga-tiga kategori insan ini? Bagaimana kita ingin membezakan ketiga-tiga kategori insan ini? Allah telah berfirman dalam Surah Ar-Ra’d pada ayat ke-11 yang bermaksud...

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah (sendiri) apa yang terdapat di jiwa mereka.

Jadi yang membezakannya adalah perubahan.

Mari kita mengenal diri kita semua ini terlebih dahulu. Terdapat empat unsur dalam diri kita atau seseorang insan itu, iaitu intelektual (nilai/akal), fizikal (material/luaran), emosi (perasaan) dan spiritual (kerohanian). Inilah juga yang disebut sebagai IQ, PQ, EQ, dan SQ. Baik, kalau ditanyakan soalan apa khabar anda? Jawapannya pada kebiasaannya ialah baik. Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan baik tersebut? Adakah akalnya baik, rohaninya baik, fizikalnya baik, atau pun emosinya baik? Namun pada kebanyakan kita ini hanya banyak ditumpukan pada kebaikan fizikalnya sahaja.

Sebagai contoh, berapa banyak kita habiskan atau peruntukkan duit kita untuk penjagaan rupa fizikal seperti pada muka, rambut, kulit dan lain-lain? Sekarang ini bermacam-macam produk kecantikan dihasilkan dan kita beli untuk menjaga kecantikan tubuh fizikal kita. Itulah yang dilakukan untuk unsur fizikal kita. Namun, berapa banyak pula kita habiskan atau peruntukkan untuk mencantikkan atau membangunkan kerohanian kita? Apakah yang kita lakukan untuk mantapkan rohani kita? Unsur spiritual ini perlu dijaga dan dicantikkan dengan berzikir, berselawat, solat dan lain-lain seumpamanya. Bagaimana pula dengan akal? Berapa pula kita habiskan duit untuk membangunkan minda kita? Berapa ringgit kita belanjakan duit kita untuk membeli buku-buku ilmiah contohnya, atau menghadiri majlis-majlis ilmu? Emosi? Sebab itu kebanyakan kita ini tidak seimbang. Emosi tidak stabil. Cuba lihat, dikutuk sedikit hendak marah, orang terlanggar sedikit sudah nak bergaduh, orang salah sedikit sudah mahu melempang. Inilah semua ciri-ciri orang yang tidak seimbang.

Perlu kita teliti keempat-empat unsur insan yang berada dalam diri kita ini. Apakah fungsinya yang sebenarnya pada kita sehingga perlu kita jaga dan seimbangkannya? Pertama, unsur akal (IQ) itu menjawab persoalan apa yang kita fikirkan. Betul atau salah sesuatu tindakan itu, bermoral atau tidak, baik atau buruk dan sebagainya. Kemudian unsur spiritual (SQ) itu menjawab persoalan apa yang kita percaya. Unsur emosi (EQ) pula menjawab persoalan apa yang kita rasa. Manakala unsur fizikal (PQ) menjawab persoalan apa yang kita lakukan melalui pancaindera yang kita miliki. Apa yang kita lihat, yang kita dengar, yang kita sentuh dan sebagainya. Jadi, kesemua empat unsur dalam diri kita ini juga adalah anugerah yang tidak terhingga yang dianugerahkan pada diri kita, manusia sebagai makhluk terbaik ciptaanNya oleh Allah swt. Kesemuanya ini membahagi kepada dua iaitu jiwa (akal, spiritual dan emosi) dan raga (fizikal).

Justeru, untuk melakukan perubahan itu perlu bermula dengan atau dari dalam jiwa kita yang baru akan kemudiannya diterjemahkan oleh raga kita. Tapi jiwa yang bagaimana? Inilah dia teman-teman, jawapan kepada persoalan perubahan ini. Perlu kita tahu bahawa dalam jiwa itu adanya sikap. Dan sikap inilah yang perlu diubah. Ya... sikap.

Sekarang ini, kita ingin mengajak teman-teman semua membuat sedikit aktiviti berkenaan perubahan. Jikalau kalian diajukan dengan perubahan, dan diberikan pilihan jawapan seperti di bawah ini, yang mana satukah jawapan atau kata hati anda?

(1) Aku mahu lakukan perubahan positif. (2) Aku sedang berubah kearah yang positif. (3) Aku mesti berubah sekarang. (4) Aku akan berubah. (5) Berubah? Nantilah. (6) Entahlah, aku pun tidak tahu nak jawab apa. (7) Aku dah OK dah, tak payahlah berubah lagi. (8) Tak mengapa… Aku selesa dengan keadaan aku sekarang. (9) Alamak, bosannya… Apa ni? Lantaklah, jawab jelah. (10) Hmmm……

Sekarang, buatlah pilihan kalian sendiri...

2 comments:

Owh ya, berkata tentang perubahan ini... kita baru juga mendapat Perdana Mentari yang baru. PM kita yang ke-6 ini namanya Mohd Najib Abdul Razak. Er... itu saja lah kot. Tak tahu hendak dikomentarkan apa ya tentang PM baru ini. Cuma doakan yang terbaik untuk agama Islam, rakyat Malaysia dan negara tercinta ini.

:)

salam. wah, hebat sungguh artikel kali ni. agak berat isinya. tapi sbnrnya perkara yg basic shj. walau camne pun sy tertarik dgn blog saudara ni. kelihatan spt baru kembali. kembali dr mana ya? tapi tajuk perubahan ini adakah disengajakan dgn situasi smasa atau kbetulan? hmm....:?

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More