From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Monday, April 20, 2009

10 Universiti Terbaik Asia


Salam... Pada entri kali ini kita ingin berkongsi dengan semua sedikit fakta berkenaan akademik. Jadi, berikut adalah senarai 10 universiti terbaik di Asia untuk tahun 2008/2009, seperti yang telah diterbitkan oleh majalah talian US News & World Report. Pada kedudukan berapa ya universiti dari Malaysia?

1. University of Tokyo, Jepun
Walaupun mempunyai jumlah bilangan pelajar yang besar, iaitu kira kira 30,000 orang pelajar, ia tidak menjadi masalah buat University of Tokyo untuk mencapai dan mengekalkan statusnya sebagai universiti terbaik di Asia untuk beberapa tahun. Sejarah universiti ini telah bermula lama sejak lebih seratus tahun dan telah melalui pelbagai fasa perubahan sehingga ke hari ini.

2. Kyoto University, Jepun
Sebuah lagi universiti dari Jepun, iaitu Kyoto University menghuni tangga kedua senarai. Sepertimana University of Tokyo, institusi ini juga telah lama bertapak di negara matahari terbit ini. Sebelum ini, Kyoto University tersenarai dalam kumpulan 7 universiti elit khas yang dipanggil Imperial Universities of Japan. Pada tahun 2007, Times Higher Education dari United Kingdom menyenaraikan Kyoto University sebagai universiti ketiga terbaik di Asia di belakang University of Tokyo dan University of Hong Kong.

3. University of Hong Kong
University of Hong Kong adalah institusi pengajian tinggi yang paling lama bertapak di Hong Kong, malah ada yang menganggapnya tertua di seluruh jajahan China. Institusi ini pada awalnya dilahirkan sebagai Hong Kong College and Medicine for Chinese. Bekas Gabenor Hong Kong, Sir Frederick Lugard kemudiannya melangkah setapak lagi dengan mencadangkan penubuhan sebuah universiti untuk bersaing secara sihat. Maka lahirlah University of Hong Kong yang kekal sehingga ke hari ini.

4. National University of Singapore
Singapura memang dikenali dengan kemampuannya melahirkan golongan pelajar yang bijak pandai dan mampu bersaing hebat di peringkat global. National University of Singapore atau NUS adalah antara universiti di negara itu yang banyak membentuk ahli politik, usahawan dan tokoh korporat. Antaranya ialah Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri Malaysia), Ho Ching (CEO Temasek Holding) dan sebagainya.

5. Hong Kong University of Science, Technology and Medicine
Hong Kong University of Science, Technology and Medicine ditubuhkan pada tahun 1991 dan dikira sebagai institusi yang agak baru dalam dunia pendidikan moden. Selain daripada US News dan World Report, beberapa syarikat penerbitan terkenal seperti Financial Times, Times Higher Education dan Economist Intelligent Unit seringkali menyeneraikan universiti ini di kalangan yang terbaik di Asia. Terdapat 9,000 pelajar di institusi ini, dengan didukung oleh lebih 400 tenaga pengajar bertauliah.

6. The Chinese University of Hong Kong
Chinese University of Hong Kong terdiri daripada beberapa buah kolej, dan pada waktu ini, terdapat beberapa lagi yang dalam proses pembinaan dan bakal menjadi sebahagian daripada universiti tersebut. Setiap daripada kolej ini mempunyai komuniti tersendiri dengan segala keperluan dan kemudahan lengkap disediakan kepada pelajar dan juga tenaga pengajar. Kursus akademik diajar dalam bahasa Cina dan juga Inggeris untuk meningkatkan daya kompetitif pelajar di peringkat global.

7. Osaka University, Jepun
Osaka University juga dahulunya tergolong dalam Imperial Universities bersama 6 lagi institusi pengajian tinggi lain. Institusi ini terkenal kerana kemampuannya menyediakan kemudahan pelajaran yang cemerlang terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan juga perubatan. Pada awal penubuhannya, Osaka University menawarkan kursus untuk pelajar ijazah sarjana muda, dan kemudiannya berkembang untuk menyediakan program ijazah sarjana dan juga sebagai pusat kajian.

8. Peking University, China
Peking University yang terletak di Peking, Beijing, bukan sahaja terkenal dengan tahap pendidikan yang tinggi, tetapi juga popular dengan reka bentuk semulajadi, landskap dan pembinaan arkitek. Universiti ini mengutamakan kecemerlangan dalam bidang kajian dan juga program ijazah sarjana dan ke atas, dan jumlah kursus akademik yang lebih menjurus ke arah lepasan ijazah menjadi bukti. Pada tahun 2006, universiti ini disenaraikan sebagai antara 15 universiti terbaik di dunia.

9. Seoul National University, Korea
Seoul National University adalah satu satunya institusi dari Korea yang berjaya menempatkan diri antara 10 universiti terbaik di Asia pada kali ini. Sehingga ke hari ini, institusi pengajian ini menjadi entiti penting negara yang telah berjaya membuat penemuan dan menghasilkan teknologi tinggi yang diterima di peringkat antarabangsa dan seterusnya mengharumkan nama negara Korea. Kim Young-sam, bekas Presiden Korea dan Ban Ki-moon, Setiausaha PBB adalah antara 2 graduan yang dilahirkan oleh Seoul National University.

10. Tsinghua University
Tsinghua University terletak di Beijing dan telah dibina pada awal kurun ke-20 sebagai kolej persediaan untuk pelajar dari China meneruskan pengajian di Amerika Syarikat. Pada masa perang dunia kedua, Tsinghua University bergabung seketika dengan Peking University bagi mengelakkan keruntuhan dan selepas tamatnya perang, kedua-dua institusi membuat keputusan untuk kembali berpisah dan beroperasi berasingan sehinggalah ke hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More