From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, December 03, 2008

Chelsea Bermasalah Di Gelanggang Sendiri

Menjenguk seketika ke persada sukan bola sepak Eropah...


Sebagai kipas susah mati pasukan Chelsea tetapi tidaklah pula sampai fanatik, kita cuba menenung prestasi pasukan The Blues mutakhir ini. Kali akhir selepas kekalahan kepada pasukan Roma di peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah, berikut kita sertakan keputusan yang telah dicapai oleh Chelsea yang mana perlawanan terakhir Chelsea merakamkan kekalahan ketiga di tempat sendiri (kali ini kepada Arsenal). Huhu... :(

Barclays Premier League : Chelsea 1 - 2 Arsenal
UEFA Champions League : Bordeaux 1 - 1 Chelsea
Barclays Premier League : Chelsea 0 - 0 Newcastle
Barclays Premier League : West Brom 0 - 3 Chelsea
Carling Cup : Chelsea 1 - 1 Burnley
Barclays Premier League : Blackburn 0 - 2 Chelsea

Yang berwarna merah itu adalah bagi menunjukkan kekalahan yang dialami oleh Chelsea. Bagi perlawanan menentang Burnley, walaupun keputusannya seri namun pasukan kita ni telah kalah dalam penentuan penalti. Huhu, sedih-sedih... :c

Serasa kita kini Scolari “The Big Phil” pasti sudah makin merasai bahang dan tekanan persaingan tertinggi di peringkat kelab lebih-lebih lagi dalam keadaan membimbing sebuah pasukan yang hebat seperti Chelsea. Namun, selaku penyokong pasukan kita sentiasa optimis tentang peluang Chelsea untuk memenangi piala-piala kejohanan walaupun hanya pada musim pertama Scolari di Chelsea di samping bebanan untuk membawa perubahan kepada corak permainan pasukan yang menghiburkan.

Bagi kita, sebenarnya Scolari tidak perlu memenangi kejohanan untuk musim pertamanya di Stamford Bridge. Pada hemat kita jika benar Chelsea serius ingin melakukan revolusi dalam corak permainan bola sepak (terutamanya bagi pasukan ini sendiri), pihak pengurusan dan Encik Roman Abramovich sendiri perlu akur bahawa ia memerlukan suatu tempoh masa yang munasabah.

Kita berpandangan untuk tempoh masa yang singkat ini The Big Phil serta pemain sudah berjaya melakukan tugas mereka dengan baik sekali. Lihat saja statistik yang terhasil setelah setiap perlawanan yang dilalui oleh Chelsea. Semuanya menunjukkan peratus penguasaan bola (ball posession) yang tinggi di pihak Chelsea. Malah corak permainan hantaran yang dipamerkan oleh para pemain juga menarik (ini diakui sendiri oleh ramai pemerhati dan penganalisis bola sepak antarabangsa), walaupun ianya kadang-kadang (mungkin juga kerap) tidak menjadi dan terlepas bola. Hee... :D

Namun jika pihak pengurusan dan pentadbiran Chelsea mampu bersabar, kita yakin suatu masa nanti pasukan Chelsea akan mampu menghasilkan corak permainan semenarik Barcelona selain merangkul semua kejuaraan yang disertai.

Apa pun, Go Chelsea Go!!! :y

.

3 comments:

go chelsea..go! :)
x minat bola sepak pon sbnarnye..

tapi team dari hull (hull city fc) skrg ni among new comers dalam saingan bola sepak tertinggi di UK yang perlu diberi perhatian. rumah dekat dengan stadium tak syahida?

orang di sana (even women) sampai tua pun masih minat dengan bola sepak. di UK ni bola sepak adalah hampir segala-galanya. em, kalau ada ke london ziarah abang ajin boleh la jenguk-jenguk stamford bridge... :D

Chelsea! Lawan Tetap Lawan. hehe

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More