From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Saturday, December 06, 2008

Tiada “Datuk” Untuk Politikus

Sekilas lalu terpandang kita tajuk berita yang amat menarik perhatian kita beberapa hari yang lalu. Lalu kita terus meneliti berita tersebut dan bercadang untuk dibicarakan hal tersebut dalam entri kali ini. Jadi inilah kisahnya... “Tiada penganugerahan kepada ahli politik bersempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Selangor”.

Berita ini kita petik dari surat khabar The Star bertarikh 2 Disember 2008 iaitu hari Selasa yang lalu. Untuk membaca berita penuh, teman-teman boleh baca di akhir entri ini nanti. Sebelum itu, apa kata kita sama-sama ‘bercakap-cakap’ tentang halnya khabar tersebut.

Menjelang Hari Korban yang kian hampir tiba kembali pada tahun 1429H ini tentu sekali ramai apabila berbicara tentu sekali akan mengaitkan makna pengorbanan dalam perkara yang ingin dikatakan. Tapi apa pula kaitannya dengan yang ini? Hmm... :t

Ingin kita tegaskan terlebih dahulu kita tidaklah berniat untuk mempersoalkan tradisi penganugerahan yang terlalu banyaknya dan berlebihan kepada individu-individu tertentu oleh Sultan-sultan di Malaysia ini. Namun kita ingin tegaskan tentang letak duduknya penganugerahan tersebut, berlandaskan apakah ia? Sumbang bakti dan pengorbanan kah? Yang bagaimana? Jika benar ia sesuatu yang penting, mengapa ia seperti ‘dikasi-kasi’ begitu sahaja? Di mana letak prestijnya? Akhirnya ia seakan memberi kesan kepada mendarjat-darjatkan susun lapis masyarakat pula. Jadi, di mana kesudahan yang baik dan bermanfaat kepada masyarakat amnya? Justeru, untuk apa ia dianugerahkan sebenarnya?

Kita memuji baginda-baginda sultan di negeri-negeri tertentu yang bijaksana yang tidak menjadi pak turut kepada penasihat baginda. Juga ingin kita puji baginda-baginda sultan yang tidak memakan duit rakyatnya, apalagi yang mengutamakan dan mesra rakyat sama ada di depan mahu pun di belakang media.

Cukuplah rasanya untuk catatan kali ini. Saja kita biarkan ia kelihatan tergantung, supaya yang membaca cuba berfikir mencari apa yang ingin difahami. Namun sebelum kita labuhkan tirai catatan, suka kita berkongsi rasa dengan teman-teman yang kita ini sedang derita jiwa dengan pemimpin-pemimpin di negara kita kini (terutamanya yang mengaku Muslim). Mujur ada segelintir yang mampu buat kita lega hati. Jadi ingin kita ajak teman-teman semua agar sama-sama mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat seluruhnya agar dikurniakan pemimpin yang ‘alim dan adil serta jangan putus dari rahmat dan redha Allah. Sangat khuatir kita jika Allah memurkai negara Islam ini dan seisi penghuninya.

Teman-teman, janganlah asyik tahu meminta kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja... :)

Sultan: No Titles For Politicians This Year

THE STAR, DEC 2, SHAH ALAM: No politician will be awarded a Datukship in conjunction with the Sultan of Selangor’s birthday on Dec 11. This is because Sultan Sharafuddin Idris Shah has put a freeze on awarding such titles to politicians this year.

“There will be no politicians – either from the past or present state government. The present state government is barely eight months old. Even a pregnancy is nine months,” the Sultan said in an interview at Istana Mestika here.

“I am sure there are deserving cases in the present state government but let us wait first. Let them focus on their work, not awards or rewards. Titles need not come with positions,” he said. The Sultan said Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim understood the decision after his explanation on the need to limit the number of awards.

“There is no such thing as a quota for the MB or myself. We agree it should not be freely given to maintain its prestige,” he said. He said he did not wish to talk about how certain states had given out the titles easily.

However, Sultan Sharafuddin said that if too many Datuk titles were given out, it would only “devalue the titles and the purpose of having these awards.” He said the state limited the number of Datukships to 40 each year but added that he had never given more than 30 each time. Except for the investiture ceremony on Dec 11 and the tea party with the people on the same day, the Sultan said that there would be no additional state functions.

“I have ordered the state administration to cut costs. There is no need for any unnecessary spending because of my birthday. This is a time to be prudent and not waste the rakyat’s money,” he said.

On the performance of the state’s elected representatives, Sultan Sharafuddin said he had instructed palace officials and even his brother to monitor their performance during the State Assembly sitting.

“I am not interfering in politics. I want to know precisely, not just from press reports, how they perform. Do they know what they are talking about and have they done their homework? Are they taking part or just sitting quietly to observe the proceedings with no contributions?”

The Sultan said his decision was not aimed at any particular party. “It does not matter if they are in the Pakatan Rakyat or Barisan Nasional. If they behave badly or ignore decorum, I will have a word with them because I expect high standards and correct behaviour because the rakyat is watching closely during the State Assembly.”


.

2 comments:

andai ditanya pendapat sy tentang institusi beraja di malaysia,jawapan sy mngkin akan menyebabkan sy merengkok di tahanan ISA, tp sy tak mahu la luahkan di entri anda.. takut2 kita merengkok bsama. kadang2 penganugerahan terhadap seseorang ini mnjadi tnda tanya kpda kita.. apakah kayu ukuran untk sesuatu anugerah tersebut?
kadang2 anugerah ini diberikan kepada orang yang tak layak dapt, malah bertambah truk ia nya boleh dijual beli..
biarlah dengan anugerah dunia ini, kita kejarkan anugerah di SANA yang kekal selamanya

Hurm.. Nasib baik tuan fikirkan tentang dan akibat kepada orang lain. Haha..

Tapi sebenarnya anugerah Datuk ini sungguh adalah anugerah "murahan" kerana sebarang-sebarang orang boleh memperolehinya. Yang penting ada unsur-unsur daya tarikan, komersial, hubungan politik, saudara atau apa sahajalah yang difikirkan patut oleh menteri besar atau ketua menteri.

Kalau ditanya pada saya, saya tak kisah langsung gelaran Datuk ini.

Datuk? Tua sangatkah saya? :~

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More