From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Tuesday, August 11, 2009

Menjawab 5 Persoalan Kehidupan (#4) - Siri 3

Sekarang ini tuan-tuan sudah faham akan keenam-enam proses alam yang akan setiap manusia itu mesti lalui. Tuan-tuan juga sudah yakin dan percaya yang di akhir kehidupan kita semua ini nanti ialah sama ada ke syurga atau pun ke neraka. Pastinya jika diajukan soalah mana satukah pilihan tuan-tuan antara dua tempat tersebut jawapannya adalah syurga, tempat yang indah-indah belaka dan untuk orang-orang yang baik-baik belaka.

Namun masih terdapat persoalan lain yang timbul. Lalu, ingin kita ajukan soalan kepada semua.

Kita semua hanyalah melalui enam proses bermula dari Alam Roh hingga ke Alam Akhirat untuk menuju syurga atau neraka. Namun, antara keenam-enam alam ini, alam yang manakah yang akan menentukan seseorang itu ke syurga atau ke neraka? Alam yang mana? Ya, pada Alam Dunia. Hanya pada Alam Dunia ini sahaja yang akan menentukan seseorang itu akan ke syurga atau ke neraka. Inilah alamnya, alam yang sedang tuan-tuan semua lalui ini. Benar atau tidak tuan-tuan? Ya, memang benar. Tapi...

Kenapa pada alam yang satu inilah masih ramai di kalangan kita semua ini yang hidupnya masih main-main? Masih terlalu mengejar keseronokan sahaja? Yang hidupnya hanya mahu untuk bergembira-gembira sahaja? Hidup seolah-olah tidak akan mati! Buat apa sahaja tanpa mengira halal haramnya! Lebih banyak meninggalkan suruhan dan melanggar larangan Allah daripada melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya! Maaf, kerana kita sedikit beremosi. Tetapi inilah hakikatnya tuan-tuan.

Lihat sahajalah pada persekitaran dan masyarakat di sekeliling tuan-tuan semua. Lihatlah apa yang berlaku. Hiburan sahaja di mana-mana. Itu yang lebih utama dari menuntut ilmu atau membudayakan ilmu pengetahuan. Berapa ramai remaja, belia dan dewasa yang telah rosak akhlaknya? Adakah mereka kira hendak tunggu tua baru ingin membuat amal kebajikan dan beribadah di jalan Allah? Tapi sedarkah mereka atau pastikah mereka yang mereka akan bertemu usia tua itu? Astaghfirullah... Ampunilah dosa-dosa kami ya Allah jika kerana kurangnya usaha kami dalam menyampaikan dakwah atau mengajak kepada kebaikan menyebabkan ramai di kalangan hambaMu yang ingkar dan lalai.

Jangan ditanya berapa ramai yang beribadah. Tanyalah berapa ramai yang serius dalam beribadah. Lihat sahaja berapa juta umat Islam melakukan ibadah haji setiap tahun, namun lihat pula berapa ramai umat Islam Palestin dan umat-umat Islam di banyak negara lain yang tertindas dan ditindas dengan sewenang-wenangnya tanpa pembelaan yang secukupnya dan seadilnya. Lihatlah juga berapa banyak sekolah-sekolah agama didirikan dan masjid-masjid didirikan dengan kos yang berjuta-juta, namun selidikilah juga berapa ramai anak-anak Islam yang tidak mengenal atau tahu membaca Al-Quran apatah lagi yang memahami isi kandungan Al-Quran itu. Berapa ramai pula yang solatnya cukup 5 waktu sehari semalam? Ya Allah... ampunilah dosa-dosa kami ya Allah.

Lalu tuan-tuan, apakah yang tuan-tuan fikirkan sekarang? Ya... Apakah tugas dan tanggungjawab kita semua sebenarnya. Apa yang perlu kita lakukan selepas ini. Marilah bersama-sama kita mengambil amanah yang semakin dilupakan oleh ramai manusia sebagai seorang khalifah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran (amal makruf nahi mungkar). Walau tidak dapat melakukannya sendiri sekalipun, bantulah dan sokonglah orang-orang atau pihak-pihak yang berusaha melakukan amal makruf nahi mungkar tersebut. Janganlah pula tuan-tuan yang menjadi penghalang kepada usaha tersebut. Nauzubillah...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More