From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, July 29, 2009

Menjawab 5 Persoalan Kehidupan (#4) - Siri 2

Setiap manusia yang hidup akan bermula dari Alam Roh. Ingatkah tuan-tuan apa yang berlaku pada alam ini? Allah telah merekodkan sebuah perjanjian yang telah semua roh (manusia) yang hidup telah persetujui dan berikrar janji terhadapnya dalam surah Al-A’raaf pada ayat 172. Sebuah perjanjian dengan tuhan yang menciptakan kita semua iaitu Allah SWT.

Dan ingatlah ketika Tuhan mu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhan mu?”. Mereka menjawab, “Betul, kami bersaksi (Engkau Tuhan kami)”. Demikian itu agar engkau tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami lalai dari (perjanjian) ini”.

Selepas dari itu, setiap roh yang telah mengikat perjanjian ini akan ditiupkan ke dalam rahim (perut) ibu-ibu yang sedang mengandung. Di sinilah (Alam Rahim) yang akan menentukan seseorang itu Islam atau pun tidak pada saat kelahirannya nanti. Justeru, bersyukurlah kita semua (muslim) yang telah dilahirkan dalam keluarga Islam sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana telah memilih kita semua ini sebagai penganut agamaNya yang mulia dan boleh mengaku sebagai seorang muslim sehingga ke hari ini. Semua ini adalah sebagai sebahagian tanda kasih sayangNya pada kita semua. Subhanallah...

Setelah beberapa bulan lamanya di dalam perut ibu, maka lahirlah tuan-tuan semua sebagai seorang manusia, seorang khalifah, seorang hamba Allah. Inilah Alam Dunia yang sedang kita semua nikmati sekarang ini. Di alam inilah ramai di antara kita semua yang menikmati kehidupannya dengan sepuas-puasnya. Ya, sampai kadang-kadang manusia itu lupa yang hidup di Alam Dunia ini Cuma sementara kerana pada alam inilah satu-satunya alam yang boleh kita (manusia) diberi peluang untuk mengawal hampir segala-galanya. Namun, adakah alam ini akan kekal selamanya? Sudah tentu tidak. Kerana selepas ini masih ada alam lain yang perlu tuan-tuan lalui lagi, yang menanti bila-bila sahaja.

Itulah Alam Barzakh. Sebuah alam yang akan tuan-tuan lalui setelah ajal ditemui, maut datang menjelma. Alam setelah kita (manusia) menemui kematian. Bilakah alam ini akan tiba? Setahun lagi? Atau 10 tahun lagi? Atau bila? Tuan-tuan, jawapan itu hanya ada pada Allah sahaja yang mengetahuinya. Walau malaikat Izrail sekalipun tidak mengetahuinya melainkan dengan izin Allah jua apabila sudah tiba saatnya nyawa seseorang itu perlu dicabut.

Persoalannya, apakah yang akan berlaku pada alam ini? Ya, pada alam inilah kita semua ini baik siapa pun dia akan disoal siasat tentang apa yang telah tuan-tuan lakukan pada kehidupan di dunia dahulu oleh “Penyisat Allah” yang sangat tegas dan sangat amanah. Di sini, tiada siapa yang boleh mengikat jamin seseorang itu melainkan 3 perkara iaitu doa anak yang soleh/solehah, amal jariah atau harta waqaf, dan ajaran-ajaran ilmu agama dan baik yang diamalkan oleh orang menerima pelajarannya dari kita (manusia).

Seterusnya, tuan-tuan akan masuk pula ke Alam Mahsyar, sebuah alam yang dahsyat. Mengapa kita menyatakan sedemikian? Kerana pada alam ini ia mengumpulkan semula seluruh umat manusia dari manusia yang mula-mula sekali iaitu Nabi Adam a.s. sehinggalah manusia yang terakhir sekali dilahirkan nanti sebelum berlakunya kiamat (kehancuran dunia). Cubalah tuan-tuan bayangkan diri sendiri tersangkut dalam kesesakan lalu lintas atau beratur untuk mengambil giliran dan tuan-tuan pula berada di dalam barisan yang paling belakang sekali. Bagaimana rasanya? Stress?

Berapa juta manusia? Atau bilion? Hurm... tidaklah kita ketahui jumlah sebenarnya. Apa yang pasti jumlahnya adalah sangat ramai dan setiap orang termasuklah tuan-tuan akan beratur menunggu giliran masing-masing untuk diperbicarakan di mahkamah agung yang tiada peguambela atau hakim korup yang dapat menyelamatkan seseorang itu kerana yang akan membicarakan kita semua ini nanti adalah Allah SWT. Terlalu banyak bukti dan saksi yang akan membicarakan dan menghukum tuan-tuan mengikut amal perbuatan yang telah dilakukan. Dan sebab lain kita mengatakan ia dahsyat kerana pada waktu itu nanti matahari sudah berada hanya sejengkal sahaja di atas kepala kita semua. Jadi bayangkanlah sendiri bagaimana keadaannya pada waktu itu nanti kalau tidak kita membuat persiapan untuk bekalan kita di sana dari sekarang ini.

Dan, alam terakhir yang akan tuan-tuan tiba nanti ialah Alam Akhirat. Di sinilah penghujung kehidupan semua manusia yang hidup, namun tiada berpenghujung. Inilah destinasi akhir kita semua. Di sini kita semua akan kekal abadi dan selama-lamanya berada di tempat yang kelak akan ditentukan kepada kita semua berdasarkan perbicaraan dengan Allah yang telah dilalui sebelum ini.

Pada alam ini, hanya ada dua pilihan atau kesudahan sahaja buat manusia. Syurga atau neraka. Namun yang menentukan ke syurga atau ke neraka bukan lagi diri kita semua ini lagi tuan-tuan. Kita semua tiada berhak untuk memilih. Tiada sebarang peluang akan diberikan lagi. Di sini yang berkuasa untuk bercakap adalah Allah dan amal-amal perbuatan kita semua dahulu semasa di Alam Dunia sama ada baik atau buruk. Amalan-amalan itulah yang akan menentukan di mana akan tuan-tuan berada sebagai destinasi terakhir yang kekal selamanya dan tiada penghujung atau penamatnya, iaitu di syurgakah atau di nerakakah. Inilah Alam Akhirat, alam pembalasan, destinasi tujuan kehidupan kita semua ini dan juiga jawapan kepada persoalan kehidupan yang keempat ini.

bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More