(MalaysiaKini, 25 Ogos 2008) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tidak melihat sebarang masalah dengan penyanyi punk pop wanita kelahiran Kanada, Avril Lavigne, yang akan mengadakan konsertnya Jumaat ini. Presidennya Mohd Hilmi Ramli berkata penyanyi itu yang dianggap sesetengah pihak di negara ini sebagai seksi "lebih baik sedikit daripada artis-artis luar negara" yang pernah membuat persembahan.
"Avril Lavigne OK sebenarnya. Tidak ada elemen yang tidak baik. Personalitinya lebih baik," tambahnya. "Muziknya OK sikit."
Oleh itu, PKPIM tidak merancang untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert 29 Ogos ini seperti diura-urakan oleh sesetengah pihak. "Dan kami tidak ada niat untuk mengadakan demonstrasi," kata Mohd Hilmi kepada Malaysiakini.
Oleh itu, PKPIM tidak merancang untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert 29 Ogos ini seperti diura-urakan oleh sesetengah pihak. "Dan kami tidak ada niat untuk mengadakan demonstrasi," kata Mohd Hilmi kepada Malaysiakini.
PKPIM bagaimanapun, kata Mohd Hilmi, berpendapat pemilihan tarikh untuk mengadakan konsert itu tidak sesuai. "Cuma tarikh konsert itu diadakan dekat dengan Ramadhan dan kemerdekaan, seolah-oleh kerajaan tidak sensitif dengan keadaan dan waktu," kata Mohd Hilmi.
Demonstrasi berhubung isu yang sama berulang-ulang akan "menjatuhkan imej" PKPIM sebagai pertubuhan dakwah, tambahnya, dan ia tidak mahu kelihatan mengambil "pendekatan keras."
Demonstrasi berhubung isu yang sama berulang-ulang akan "menjatuhkan imej" PKPIM sebagai pertubuhan dakwah, tambahnya, dan ia tidak mahu kelihatan mengambil "pendekatan keras."
Konsert tersebut dibenarkan kembali oleh kerajaan Sabtu lalu selepas dilaporkan mahu ditangguhkan beberapa hari sebelumnya. PKPIM sering menyuarakan bantahannya dalam beberapa konsert penyanyi tempatan dan asing, termasuk konsert penyanyi pop Gwen Stefani (foto kiri) pada 21 Ogos tahun lepas. Penganjuran konsert tersebut mendapat bantahan daripada PAS dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mulai awal bulan ini.
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan semalam menyeru beberapa organisasi seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menyertai bantahannya.
"Pemuda (PAS) Wilayah melihat seolah-olah menteri-menteri Umno tunduk kepada tekanan luar apabila tiba-tiba sahaja bersetuju meluluskan konsert berkenaan. Menteri-menteri Umno bacul kerana tidak dapat mempertahankan maruah umat Islam dan Melayu di negara ini.
"Pemuda Wilayah akan menghantar semula memorandum kepada pihak kerajaan bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya kelulusan yang telah diberikan. Jika perlu Pemuda Wilayah akan turun berdemonstrasi di jalan raya membantah konsert Avril," satu kenyataan di blog Dewan Pemuda PAS itu dipetik.
Timbalan pengerusi hal-ehwal wanita Gamis, Zafirah Zainuddin hari ini tidak bersetuju dengan pendirian PKPIM.
"Mengikut permerhatian Gamis, video-video klip dan gambar-gambar, penampilannya keterlaluan, mendedah (badan) dan tidak seiring dengan budaya kita. Ia mempengaruhi pemakaian anak muda. Ia membawa muzik punk dan punk memberi kesan negatif kepada anak muda," katanya kepada Malaysiakini.
Konsert penyanyi punk berusia 23 tahun itu dijangka akan berlangsung di Stadium Merdeka jam 8 malam. Isu memprotes konsert Lavigne mula serius apabila ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad berbincang dengan wakil Pusat Setempat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar (Puspal) agar konsert itu dibatalkan.
Rabu lalu, wanita Gamis yang diketuai naib presidennya Rafidah Jannah Salleh menghantar memorandum bantahan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung penganjuran konsert tersebut. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada hari yang sama dilaporkan menimbangkan untuk menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain yang bersesuaian dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini.
Diminta mengulas keputusan baru kerajaan itu, Zafirah berasa cukup kecewa dengan langkah meneruskan semula konsert itu. "Kami membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert tersebut," katanya. Zafirah berkata wanita Gamis akan menghantar memorandum kepada kementerian berkenaan jam 11 pagi Rabu ini untuk membantah konsert tersebut. Tambahnya, Gamis juga akan mengedarkan risalah kepada orang ramai sebagai bantahan.
Agak mustahil kerajaan boleh memantau konsert itu agar tidak timbul masalah sosial di kalangan anak muda seperti berdua-duaan, berkelakuan sumbang dan minum arak, kata Zafirah lagi.
"Tidak ada impak positif kepada anak muda. Tidak ada kesan pembinaan sahsiah mereka. Konsert (ini) menyumbang kepada keruntuhan akhlak, melemahkan pemikiran dan minda anak muda," katanya.
2 comments:
terkejut aku bila pertama kali membaca berita ini di malaysiakini. buat seketika aku rasa curiga, namun bercampur2 dengan rasa "biar betul hilmi ni!?". jadi aku sedut dulu masuk dalam blog aku ni la.
aku borak2 dengan kawan2 masih dalam pkpim atau yang dah ex-pkpim (sebab aku pun dulu pkpim jugak), betul ke ni???? aku walaupun tak rapat sangat dengan hilmi (atau biasa panggil dia berg aje, eh betul ke ejaan aku nih??) tapi setidak2nya aku kenal dia.
jadi aku rangkumkan perkara ni kepada 2 persoalan. pertamanya, jika statement dalam berita ni tak benar (diubahsuai) atau tak lengkap, maka hilmi@pkpim kena wat kenyataan pembetulan.keduanya, jika perkara ini memang betul, maka aku rasa pkpim kena muhasabah balik gerakan atau pimpinannya.
aku secara peribadi memanglah tak sokong langsung konsert ni mahupun konsert2 lain yang tak bercirikan islam. abis kalau dah laki perempuan campur2 ape cite!? soal si penyanyi tu seksi ke tak seksi tu satu hal lah. kalau penyanyi perempuan lagilah. dah bukan ke suara perempuan tu aurat!? dah dok tonjol suara bagus apsal pulak?
pastu kalau nak cite bab penyanyi pulak, memang benar lah dia ni (avril) tak berakhlak. walaupun katanya 'kurang seksi' tapi still tak tutup aurat beb (artis malaysia pun sama, hehe..). tapi yang tak sedapnya dia ni bawak lagu yang rancak2 dan agak heavy & rock jugak. jadi apa contoh yang baik untuk ditonjolkan kepada golongan muda malaysia ni??
oh! tentang imej yang hilmi kata tu aku agak setuju gak. lagipun bukan budaya sebenar di malaysia untuk demonstrasi aje. tapi tak boleh jadi alasan bagi aku untuk pkpim duduk diam. sekurang2nya perlu diusahakan tentangan "yang lebih berhikmah" terhadap penganjuran konsert tersebut. tak perlu demonstrasi, tapi tindakan yang lebih bijaksana yang lebih mendesak. ataupun buat aktiviti kesedaran di kalangan generasi muda (luar dan dalam kampus) tentang aktiviti yang tidak sihat tersebut (konsert la..).
oklah apapun semoga pkpim terus kukuh & teguh mendepani cabaran dakwah yang semakin mencabar & tercabar kini.
p/s: dengar kata ada pergolakan dalaman di peringkat pusat selepas muktamar baru2 ni. harap adik2 ni jangan terlalu ikut emosi & kepentingan diri. mulia kita bukan kerana apa atau siapa, tapi kerana islam & iman yang masih lagi Allah perkenankan kepada kita. ingat tu adik2...
Penjelasan oleh hilmi ramli (pkpim)
(sumber disedut dari tranungkite online : Oleh rusly_islam)
Saya mendapat komen daripada pandangan dalam blog saya yang bertajuk "PKPIM terima konsert Avril?"
Assalamu'alaikum.
Terima kasih atas kepedulian isu ini. Lebih baik saya membuat penjelasan.
Pertamanya, memang ada wartawan Malaysiakini yang menghubungi bertanya mengenai konsert Avril 29 Ogos nanti. Saya katakan kita tidak setuju konsert Avril diadakan, sebab menyumbang kepada banyak faktor kemungkaran. Hujah kita juga tarikh dekat dengan Ramadan dan ambang kemerdekaan.
Namun, jika dibandingkan bantahan kita dengan konsert Gwen Stefani yang lalu, kita memang all out sebab personaliti dan lagu yang melampau. Konsert Avril kita tidak ada kekuatan untuk berdemontrasi kerana kelemahan kita sendiri.
Cuma jika dibandingkan antara Stefani vs Avril, yang Avril nampak lebih sopan sikit. Namun, bukan bermakna saya setuju dengan konset diadakan.
Mungkin media salah petik maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Mohd Hilmi Ramli
Ruslyislam : Terima kasih atas penjelasan dan respon saudara. Cadangan saya supaya saudara membuat penjelasan secara terbuka untuk membersihkan nama baik PKPIM. Hubungi kembali malaysiakini untuk membuat penjelasan umum. Sekian
Post a Comment