From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Tuesday, August 19, 2008

UiTM Is Our Right!! Do Not Bother Us! : Says "Melayu"

OLEH : MOHD WALIYUDDIN (My Ex-Coursemate a.k.a Ex-Roommate in UTM)


Kalau cakap pasal khazanah Melayu banyak lagi yang kita kena fikirkan...

1. Bahasa Melayu - Sistem pengajaran di UiTM sepenuhnya diajar dalam bahasa Inggeris. Jadi terang-terang khazanah Melayu telah dihapuskan lebih awal lagi. Bukan saja khazanah tapi itu ialah identiti seorang yang berbangsa Melayu. Kenapa bahasa Inggeris? Jawapan paling mudah katanya untuk persaingan globalisasi. Jadi kenapa bangsa luar tak boleh masuk UiTM sedangkan bahasa luar terus-terusan menjajah minda mereka. Saya setuju soal UiTM kita tak boleh menjadi pro pembangkang atau kerajaan atau mana-mana pihak. Kita kena lihat kepada soal perpaduan. Kalau begitu hapuskanlah sekolah Cina dan Tamil, semua belajar sekolah kebangsaan saja. Bagaimana? Perpaduan harus dipupuk dari kecil bukan di peringkat tua bangka lagi.

2. Tanah Rizab Melayu - Adakah terbela di bawah pimpinan generasi sekarang? Berapa peratuskah baki yang tinggal? Berapakah pemilikan hartanah Melayu di kawasan bandar? Semalam atau 2 malam lepas, ada satu berita di TV3 menyiarkan bagaimana seorang CEO syarikat perumahan mahu menjual kouta 35% unit rumah-rumah teres di bandar untuk orang Melayu kepada bukan Melayu dan bangsa asing/bukan Melayu sekiranya bangsa Melayu tidak mampu membeli. Mana komen NC UiTM?

3. Kenapa marah UiTM dibuka kepada bangsa lain? Kenapa tak marah IPTA dibuka kepada bangsa luar? Biarkan Melayu sahaja di IPTA sebab di IPTS 90% bangsa lain yang pegang. Kenapa tak bela nasib pelajar Melayu di IPTA selain UiTM yang kena bayar yuran ribu-ribu berbanding dengan UiTM yang hanya bayar ratus-ratus saja?

4. Back To History - Siapa yang bagi kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu atas prinsip 'Jus Soli' dahulu? Itu adalah antara syarat British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kesannya kita yang tanggung sekarang. Puji cara Tuan Guru Nik Aziz, beliau bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan SAR dan SAN di Kelantan. Katanya "demi anak-anak kita". Ini yang kita nak dengar. Islam lagi penting dari Melayu, sebab Islam jaga semua Melayu, Cina, India, malah Yahudi sekalipun selagi mereka tak khianat kepada Islam.

5. Soal kualiti memang harus dipandang berat. Sejak DEB diperkenalkan hanya 11% sahaja ekuiti yang berjaya dicapai berbanding 30% yang disasarkan. Jadi terbukti DEB gagal! Jadi kenapa marah orang nak hapus DEB sebab ia memang gagal. Cari formula lain. Kita ada banyak specialist dalam soal ini. Dr. Jomo KS Sundram boleh jadi pengerusi untuk dasar baru, beliau seorang Malaysian bukan mana-mana kaum. Jadi kita kena dengar penjelasan sebenar Tan Sri Khalid, sebab dia antara tokoh yang membawa balik Guthrie kembali ke Bursa Saham Kuala Lumpur dari Bursa New York. Ingatlah "Apabila datang berita dari orang fasik, selidiki dahulu jangan terus percaya".


ilmi: Aku percayakan kau Din sebab aku tau kau bukan orang fasik. Lagipun kau dah tak 'jumud' lagi sekarang nie. Hehe... Mencilok kata-kata Napi-san, bila isu Melayu disentuh ramai yang melenting. Tapi bila isu Islam segelintir sahaja. Ada apa pada Melayu? Kita mulia kerana Islam! Sebagaimana bangsa Arab yang dimuliakan kerana Islam (kata-kata Umar Al-Khattab). Bangsa Yahudi pernah juga dimuliakan. Bukti? Ramai para Nabi dan Rasul adalah dari bangsa Yahudi. Tapi kini dikeji kerana mereka menolak Nabi Muhammad SAW. Tengok sejarah la beb..

6 comments:

Salam perjuangan, tampaknya hebat berbicara sahabat kita ni, penangannya hampir sama dengan penghujah2 intelektual yang senantiasa bersendikan hak kebenaran.. namun figure2 diberikan seharusnya diletakkan sumber, barulah ulasan ilmiah itu sempurna sifatnya, tak begitu?..
pertamanya tahniah kerana berjaya mengadakan perkara yang tidak ada, yakni blog sbg satu ruang utk berbicara segala apa jua buah fikiran, yang tanpa berkehendakkan sebarang suara..
keduanya, isu yang diketengahkan cukup padan dengan situasi perjalanan kisah hari2 kini, yang sedikit sebanyak memanggil saya untuk tumpang menjamah berkongsi makanan di talam yang sama..
Isu UiTm.. hmm usahlah dipanjangkan, memang sejak mula, walaupun dilemparkan kepada para ilmiah pengisinya, namun ia seolah2 tak sepadan balasannya.. cadangan utk dibuka kpd bukan bumiputera sbg hujah agar ada ruang utk diadakan diskusi, namun apa yg diterima, nah.. demonstrasi bantahan, kata2 org kuat UiTM yg langsung tidak nampak kematangan intelektualnya.. lalu dapatlah saya simpulkan, ianya telah pun dipolitikkan..
Isu DEB isu yang kedua, perlu diketahui bahawa dasar DEB adalah sebenarnya utk membasmi kemiskinan, dan kebetulan ramai rakyat yg miskin pd ketika itu adalah Melayu..kalau begitu sifatnya, apa relevannya utk kita sekarang? yg dilihatkan kepada kita oleh pemerintah hanya figure2 statistik, yang hanya utk menyedapkan rasa tujuannya, namun hakikat yg sebenar, berapa ramai lg hamba2 yg miskin dan papa, masih merengkot memenuhi ruang kota.. relevankah DEB?
dalam menangani perkara sebegini, memang teramat padan jika kita banyak berdiskusi dan bermesyuarah.. jangan terlalu mudah utk memutuskan suatu perkara, padahal kebenaran disebaliknya tak pernah kita berniatkan utk mengintainya, apalah salahnya kita duduk semeja, bukankah matlamat kita sama?
..hmmm rasa tidak enak sekiranya saya hentikan disini, namun saya terpaksa, moga saya berpeluang di pertemuan yang lain kali..
Salam ukhwah..

Salam Perpaduan, mohd khir..

terima kasih kerana mampir di blog saya ni. sebenarnya saya dan teman2 lama di UTM dulu ada berdiskusi tentang isu ni dan beberapa isu lain. tapi tidakla setiap isu. itupun dalam yahoogroup kami. cuma saya tertarik dengan hujah seorang sahabat saya ni. itu sebabnya saya masukkan dalam blog ini sebagai salah satu entri pilihan. namanya ada saya nyatakan pada permulaan entri. terima kasih atas nasihat dan perkongsian. saya akan perbaiki lagi catitan entri saya pada masa-masa mendatang.

tentang pandangan saudara itu saya bersetuju. saya lebih suka permuafakatan. malah islam sangat menganjurkan permuafakatan dalam apa2 perkara sekalipun. semua pihak akan untung. tapi kalau perbedaan atau percanggahan, tiada pihak yang akan untung sebenarnya walaupun zahirnya yang untung ialah yang menang. oklah kita bicara lagi nanti.

Melayu dulu baru Islam atau Islam dulu baru Melayu..mana keutamaan kita?

Nampaknya bagi pelajar2 UiTM tu, Melayu dulu baru Islam..baru aje cadangan,
Apakah jika Islam diperlekehkan, mereka2 ini sanggup turun dijalanan juga??!!..

apabila seorang MP mengatakan DNA lebih penting daripada hukum membawa 4 orang saksi al-Quran (dlm kes zina), apakah tercuit hati mereka tentang kesucian Islam??Apabila PM kita melanggar fatwa Majlis Fatwa Ulama, mengatakan HARAM hukumnya meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara..apakah tidak tercuit dlm hati mereka bahawa PM ku telah menodai kemurniaan akidah Islam yg dipegangnya. .

Perkauman adalah senjata untuk survival UMNO-BN..UMNO tidak akan dibenci jika UMNO mengambil ISLAM sebagai TERAS..

Renungi hadis dibawah..
Kalian adalah anak Adam, dan Adam berasal dari tanah; karena itu tidak ada kelebihan bagi seorang Arab atas seorang 'Ajam, tidak pula atas seorang 'Ajam atas orang Arab, juga tidak bagi seorang berkulit hitam atas orang yang berkulit coklat atau seorang yang berkulit coklat atas orang yang berkulit hitam..kecuali dengan taqwa". ( HR Muslim dan Thabari ).

katakan kita tukarkan Arab kepada Melayu, 'Ajam kepada India..

Apakah kelebihan Melayu kepada India??tidak lain..kecuali dengan taqwa..

Katakan juga..

Seorang ini berbangsa melayu, tetapi pembunuh yang masih bebas..
dan seorang lagi berbangsa India (katakan lah beliau ialah Ustaz Mohammad Ravi B. Abdullah, pensyarah KUIS)..

Apakah pembunuh Melayu itu ada kelebihan apa2 berbanding si India ini..


Saya katakan juga seperti ini..

Melayu - Pak Abu Parit Madirono, Benut (pekebun nanas)
India ini - Bentong Kali (penjenayah)

Pak Abu lebih mulia drpd Bentong Kali kerana Islamnya..kerana beliau mencari rezeki yang halal, tidak tahu menipu, tidak tahu mencuri, tidak tahu makan rasuah..

Sekadar suatu perspektif.. .sama2 fikirkan..tq erin atas topik ini..

assalamualaikum. ..

aku tak sokong mana-mana pihak... walaupun kita semua majoriti orang melayu, tapi kadang-kadang aku suka letakkan kaki dalam kasut orang lain. Contohnya, dalam kes sekarang nie aku cuba letakkan kaki dalam kasut orang bukan melayu.

Kalau kita tengok masa belajar dulu pun, orang cina betul-betul berjuang untuk bangsa mereka. Siap diorang ada persatuan and pertubuhan yang betul2 aktif dan network yang luas untuk jaga kebajikan student diorang. they were very focus, and they were fighting for the sake of their own race.. dan hasilnya, man jadda wa jadda... Allah hanya memberi kepada mereka yang berusaha.

Kenapa orang cina kuat berusaha? sebab diorang pun fikirkan tentang anak-anak dan generasi diorang. sama macam kita.... tak salah untuk kita pertahankan hak dan keistimewaan kita, cuma aku takut kita terlalu complesent dengan hak-hak yang kita ada. Natijahnya, kita sebenarnya bukan mempertahankan kaum melayu, tapi kita jadi api dalam sekam, jadi petualang bangsa sendiri dengan hanya bergantung kepada hak-hak dan keistimewaan yang kita cipta sendiri, dan akhirnya kita jadi lemah.. sebab tak der spirit of survival and competitiveness. macam pacat, dah puas hisap darap, bila dah kenyang, mati... satu hapah tak guna...

cuma, pendapat aku sekadar pendapat.... masing-masing ada pandangan sendiri based on our own experience.. . aku yakin, kita takkan jadi melayu yang merempat di bumi sendiri kalau setiap dari kita rajin dan kuat usaha......man jadda wa jadda.....

Salam..

Gua pun same r ngan Dino..jenis atas pagar jugak..tapi kalo yang fanatik parti ni selalu panggil gua ular atau pokka (sumpah2)..Kalo jumpa mesti kena katok (pukul) dulu..lantak korang r bukan korang bagi aku makan nasi..

Islam atau Melayu??Sudah tentu Islam perlu didahulukan. .tak perlu dipertikaikan. .sapa je pertikai terus tetak ja kepala dia..Sudah tentu Islam For All
Tapi gua ada persoalan..Kita penah dengar India Musli, India Kristian..Cina pun sama..Cina Budha, Cina Kristian..Kita dengar even depa sendiri pun tak rasa janggal dengan status agama kaum depa..Tapi kalo sebut org melayu memang tak boleh lari dari status Orang Islam..Kita penah dan nak dengar ke Melayu Budha, Melayu Hindu, Melayu Kristian atau seumpamanya dalam Malaysia ni..rasa janggal tak jumpa orang Melayu dalam IC nama sebagai contoh nama John Awang Cristiano Ronaldo, Awang Mutusamy, Awang Anak Lelaki (A/L) Kulup..Mesti dalam Ic tulis Awang Bin Kulup punya. Kalo ada pun memang jadi Isu yang cukup besar bagi negara kita..Sebab Orang melayu adalah Muslim dan memang dilahirkan sebagai seorang Muslim..Senang cakap gi la kat member hampa yang Melayu cakap "oi ko ni kapir r"..pastu tengok respon dia..

Jadi bagi gua kepentingan orang Melayu tidak dapat lari dengan kepentingan umat Islam..Kebajikan orang Melayu adalah kebajikan Orang islam..So bagi gua, gua tetap mempertahankan kedaulatan hak orang Melayu kerana gua yakin hak orang Melayu adalah hak orang Islam..yup gua juga tak nafikan ada kaum lain juga beragama Islam..dan sememangnya perlaksanaan hukum Islam adalah penyelesaian kepada setiap permasalahan sekarang..

Tapi gua yakin isu sekarang yang timbul bukan isu agama tapi isu kedudukan kaum..gua baca simpel dan senang ja..majoriti mesti diberi keutamaan dalam setiap hal tapi tanpa mengetepikan hak serta kebajikan minoriti dalam sesebuah kumpulan..Cuba bayangkan kaum minoriti memerintah kaum majoriti??Peh kalo betul situasi camtu berlaku memang majoriti tu BODOH DAN BANGANG..Sory kalo terasa tapi itu yang sebenarnya akan berlaku..Kita dah semakin tak berdaya maju dan lemah dari setiap aspek dan makin menunjukkan perpecahan dan sekarang orang lain mengambil kesempatan di atas setiap kelemahan mereka..cuba mendapat serta meraih simpati mereka utk menang (belum tentu menang..)

Ah serabut r nak tulis banyak2..letih menaip..tapi tak sambung mcm tergantung je penerangan gua..lantak r malas nak taip..nak sembang lanjut kontek r gua..Tapi bagi gua, gua sokong perjuangan Melayu..bukan racist..Tapi cuba nilai balik di mana kedudukan kita sebagai Umat Islam bangsa Melayu dalam Malaysia ni..dari segi politik, sosial dan juga ekonomi..(contoh utk ekonomi la..korang tengok kedai safiyah kat tmn U tu laku je..cuba korang mintak nak franchise kedai2 mamak ni..ade dorang naki kasi kat Umat Islam Bangsa melayu ni??)Kita dah banyak bertolak ansur dalam banyak perkara dengan orang lain tapi apa yang depa beri balik pada kita??

yes aku sokong dino n aku sokong plus tabik spring kat gabok.. aku setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh gabok... secara personalnya aku pun tak sokong memana dalam situasi sekarang.. cuma ada di kalangan masyarakat kita ni terlalu fanatik dengan sesuatu parti, nampak macam berjuang untuk parti bukan untuk negara lagik dah..

kalau yerpun kita mnyokong satu satu parti itu, jgn la kita jadik macam orang kata buta kerana cinta.. yang betul kita kata betul. yang salah kita kata salah. jgn membenarkan semuanya membuta tuli ajek.. biar akal yang menguasai perasaan kita bukan sebaliknya. buat pertimbangan guna akal.. banyak isu yang tak patut dipolitikkan telah dipolitikkan. ...
contoh isu forum majlis peguam... aku rasa semua orang islam marah pasal tuh... termasuk la pas, umno dan pkr.. kecuali dap yg bukan islam tuh jek yang tak marah kan..

aku sendiri pg forum majlis peguam bertajuk kesan isu hasutan kepada masyarakat.. yang dibuat oleh majlis peguam selepas forum kontrvsi tuh. dan pada pandangan aku ia adalah satu forum untuk membetulkan forum mereka 'memeluk islam' sebelum tuh....

saper yang menyokong n fanatik sngt dengan raja petra? bagi aku dier tuh tak layak pun nak cakap pasal islam.. kat forum tuh dorang undang dier utk bagi speech.. dari awal dier dok cerita pasal hijrah nabi muhammad, wahyu etc.. nak kaitkan dengan agama membenarkan kebebasan bersuara... tapi dier tuh saper? dier bukan nabi. bodoh betul! bini dier kat belakang aku rambut mengerbang siap kaler lagik..dengan cerita dier tu seolah olah telah membuka peluang kepada orang bukan islam utk menghina agama kita...tak ker semua orang bukan islam kat dalam tuh mentertawakan kita.. dah la aku ngan member kat dalam 2 yang pakai tudung ni sampai rasa terasing macam pesalah jek kat dalam tuh...tu la kalau dah akal tak dapat nak menguasai diri kan..

aku harap korang kat sini pun bercakap berlandaskan fakta.. jgn kita pun saling fitnah memfitnah last last agama sendiri tak terbela, nasib orang melayu tah kemana, perpaduan pun tak dicapai, negara kita yang tergadai. sekian

* saper saper yang tak setuju terpulang, ini cuma pendapat peribadi aku!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More