
Minta maaf kerana gambar dalam entri ini tidak jelas. Ini semua akibat daripada kesilapan semasa setting pada waktu imbasan yang dibuat pada mesin imbasan a.k.a kesilapan teknikal. InsyaAllah akan diusahakan untuk memperbaiki imej di atas ini. Apa pun boleh dinyatakan di sini dalam senarai di atas ini, terdapat 4 syarikat dalam industri minyak dalam kedua-dua kategori tersebut. Terselit sedikit rasa bangga apabila melihat statistik ini yang mana syarikat Petronas milik Malaysia tersenarai dalam 10 syarikat yang paling menguntungkan bagi tahun 2007. Memang kita boleh dan pandai serta bijak berniaga. Saya memang membantah keras campur tangan politik dalam perniagaan. Sangat teruja dengan pendirian Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim dalam perkara ini. Dia memang pure businessman. His vision in business and managment is really good. Rasanya jika Petronas diserahkan kepada beliau untuk diuruskan, Petronas akan pergi lebih jauh daripada apa yang dicapai sekarang ini.
Apa pun tahniah kepada Petronas!!!
ilmi: Hmm, I wonder... syarikat terbesar di dunia Wal-Mart, syarikat teruntung di dunia Exxon Mobile, tapi manusia terkaya di dunia masih lagi Bill Gates. So, ke mana perginya syarikat Microsoft milik beliau? Tapi terfikir juga, berat sebenarnya nak tanggung harta-harta yang banyak ni bila akan dipersoalkan setiap inci kerat harta kita dibelanjakan ke mana di akhirat nanti. Nak jadi kaya memang susah, tapi lagi susah bila dah jadi kaya. Huhu... tiba-tiba aku rasa macam nak hidup pada zaman Nabi dan Para Sahabat. Kalaulah ditakdirkan aku kaya nanti... ???
0 comments:
Post a Comment