From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, August 20, 2008

"BLUE BRAZIL" IN THE WAY

LONDON: Luiz Felipe Scolari percaya Chelsea perlu meningkatkan lagi persembahan mereka selepas membelasah Portsmouth 4-0 kelmarin, jika mereka bercita-cita mahu merampas mahkota Liga Perdana daripada Manchester United. Sentuhan ajaib Scolari di Stamford Bridge dalam kemunculan pertama Liga Perdana membenam terus Portsmouth.

Ia adalah permainan mengagumkan yang pemiliknya, Roman Abramovich mahu melihat sekian lama tetapi Scolari turut menyaksikan beberapa kelemahan yang menyedarkannya bahawa masih banyak perlu digilap sebelum dia mampu merealisasikan gelaran ‘Blue Brazil’ dalam pasukan itu.

Namun bekas pengurus skuad kebangsaan Portugal dan Brazil itu menegaskan, pemain dan bukannya taktik yang memberikan perbezaan itu.

“Lampard bukan seorang pemain Brazil. Dia pemain Inggeris. Tetapi dia menyentuh bola dengan cukup baik. Itu gayanya. Sama juga dengan Ballack. Kami mempunyai gaya. Mustahil meminta Deco melakukan kekasaran. Itu bukan gayanya,” kata Scolari. “Saya hanya memberi kebebasan untuk bermain dan membenarkan mereka mempamerkan gaya mereka. Ini adalah persembahan Chelsea, bukan Scolari.” - AFP

ilmi: Walau apa pun situasinya, aku tetap percaya musim kali ini adalah milik Chelsea. Masih tertunggu-tunggu keputusan sama ada Robinho akan join the club ke tidak. Kalaulah si Robinho ni settle, aku memang teruja nak tengok camne la Big Phil akan arrange players dia yang power-power ni supaya team Chelsea bertambah power dengan permainan yang power dan kemenangan yang super power. Fuh! Sukar dibayangkan...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More