From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

My Tribute to: SAVE Syria!

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia. Maklumat terkini, layari http://www.facebook.com/savesyriamy

My Tribute to: Chelsea FC

Chelsea - The New UEFA Champions League 2012 Champions. Catch all the latest news and info about Chelsea football club, players, and fans.

Makkah al-Muqarramah

Masjidil Haram di Tanah Suci Mekah. Impianku untuk ke sana.

Motivasi Kejayaan

Kejaayan tidak akan datang dengan sendiri, ia perlu dikejar dengan usaha dan kesungguhan.

My Tribute to: Muhammad SAW

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kaum keluarga baginda dan para sahabat seluruhnya.

Friday, June 22, 2012

"Meneladani" Master Chef Selebriti

Bagi mereka yang mengikuti rancangan di Astro Ria jam 9.00 malam setiap hari Sabtu hingga Selasa, sesungguhnya kita berkongsi aktiviti yang sama pada masa yang sama. Ya, saya merupakan peminat rancangan realiti masakan yang diadaptasi dari Amerika Syarikat - Master Chef. Konsep dan cabaran-cabaran yang disediakan oleh penerbit adalah menarik bagi saya. Dan pada musim kali ini, Master Chef Malaysia memilih peserta dari kalangan selebriti Malaysia yang mewakili badan-badan kebajikan tertentu yang akan menerima sumbangan hasil sejauhmana kedudukan mereka di dalam rancangan tersebut.

Para selebriti yang terlibat sebagai peserta MasterChef Selebriti Malaysia

Pertamanya, tahniah kepada pihak penerbit dan juga penaja kerana berjaya menganjurkan rancangan seumpama ini yang turut tidak melupakan insan-insan dan badan-badan yang memerlukan bantuan dan suntikan kewangan bagi aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Sebenarnya konsep sebegini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia merupakan 'modus operandi' yang digunakan oleh pihak penerbit rancangan atau syarikat televisyen serta badan-badan korporat tertentu untuk menyalurkan sumbangan atau dana kebajikan melalui program televisyen yang melibatkan artis atau selebriti terkenal sebagai peserta program.

Namun, biasa kita dengar ungkapan ini - "Matlamat Tidak Menghalalkan Cara".  Hal yang sama ingin saya ketengahkan dalam bicara kali ini. Walaupun saya memuji idea dan konsep rancangan tersebut dan turut meminati rancangan tersebut, ini tidak bermakna saya menyokong dan bersetuju dengan semua yang berlaku dalam rancangan tersebut. Tapi tidaklah saya arahkan secara khusus kepada penerbit kerana kritikan saya ini lebih kepada tingkah laku selebriti yang terlibat dalam rancangan tersebut.

Saya begitu tidak senang dengan pergaulan di kalangan selebriti yang terlibat terutamanya yang beragama Islam (majoriti adalah selebriti Islam) yang menunjukkan contoh tidak terpuji sebagai seorang yang beragama  Islam dengan menunjukkan kemesraan "melampau" sesama mereka yang bukan mahram (lelaki-perempuan) dengan menjadikan poin hubungan rapat seperti adik-beradik mahu pun ibu/bapa-anak. Bersentuhan lelaki-perempuan (bersalaman, tepuk tangan, dan lain-lain) itu mungkin sudah "adat" mereka, namun lebih dari itu ialah mereka ini sanggup berpelukan gembira atau sedih dalam rancangan tersebut. Bukan skrip saya pasti. Cuma itu hanyalah reaksi "melampau" mereka yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan utama. Malah dalam banyak keadaan, selebriti yang beragama Islam ini yang memulakan dulu.

Namun inilah realiti masyarakat Islam Malaysia hari ini. Sungguh! Saya begitu kecewa dengan sejauh mana ruh Islam itu diangkat dalam negara yang mengaku sebagai negara Islam ini. Islam tinggal agama adat dan agama majlis rasmi sahaja di kalangan ramai umat Islam Malaysia.

Fikir Rasa saya gerakan perubahan perlu diperhebatkan lagi oleh para ulama' dalam mengisi dan memaknai agama Islam dalam kehidupan setiap rakyat Islam di Malaysia, dan sudah pastinya dengan penglibatan para umara'.

Tuesday, June 19, 2012

MRP: Bayar Sikit Jimat Banyak, Anda Suka?

Syukur Alhamdulillah, kes MRP pertama melalui pembayaran KWSP telah diluluskan oleh pihak bank akhirnya setelah melalui proses yang agak renyah sedikit. Namun apa yang menggembirakan hati ini ialah saya telah berjaya membantu seorang lagi peminjam perumahan di Malaysia menjimatkan wang daripada membayar beratus ribu bayaran atas faedah atau interest yang tidak sepatutnya kepada pihak pemberi pinjam.

At a glance. Tak boleh dedah banyak, tengok tu SULIT & PERSENDIRIAN. :D

Bayangkan dalam kes klien saya kali ini, beliau hanya perlu membayar tunai RM50 sahaja kepada saya sebagai yuran perundingan (jumlah sebenar yang patut dibayar ialah RM2,650) dan tidak perlu membayar  ansuran bulanan rumah beliau selama 16 bulan. PERCUMA 16 bulan! 

Lagi... Dengan hanya menambah RM184 kepada bayaran ansuran bulanan, beliau telah berjaya mendapat MENJIMATKAN sebanyak RM51,000 daripada jumlah interest yang sepatutnya dibayar kepada pihak bank selain MEMENDEKKAN tempoh pinjaman daripada 27 tahun kepada 13 tahun (JIMAT 14 TAHUN!).

Semua angka-angka ini adalah fakta, dan inilah saya kira kali pertama saya berkongsi di dalam blog ini mengenai MRP serta kehebatannya. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada usaha saya memberikan servis kepada masyarakat dan dalam masa yang sama memberikan rezeki kepada saya. Malahan berita ini telah menjadikan hari saya lebih ceria pada hari ini. Bukan sebab yuran perunding yang akan saya perolehi (saya hanya terima 20% sahaja dari jumlah tersebut, itu pun setelah ditolak cukai kerajaan 6%), tetapi ialah kepuasan dan kegembiraan saya kerana berjaya memberi kegembiraan kepada orang lain.

Fikir Rasa saya mungkin ada yang bertanya apa itu MRP? Insya-Allah diberi kesempatan saya akan berkongsi dengan teman-teman semua mengenai MRP ini suatu masa kelak.

Sunday, June 17, 2012

Cabaran Baru, Keyakinan & Kasih Tuhan

Entah kenapa serasa ingin "menjengah" laman blog yang agak "berlapuk" ini. Dan entah kenapa serasa timbul keinginan untuk mencoretkan sesuatu semula di laman ini yang selama ini telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjelasan (walau pun kesibukan memenuhi tuntutan dunia realiti di luar sana merupakan punca laman ini terbiar "seketika" selain kegagalan empunya blog ini yang konsisten dalam penulisan). 

Gambar ini sekadar hiasan :D

Sememangnya bidang penulisan bukanlah sesuatu yang begitu sinonim atau mesra dengan saya. Kalau dahulu semasa pengajian baik di bangku persekolahan mahu pun pengajian tinggi, saya lebih suka menulis esei yang 'straight forward' tanpa perlu "menggoreng" terlalu panjang. Bukan, saya bukan pakar menggoreng. Ramai lagi rakan-rakan lama yang lebih handal dalam kemahiran "menggoreng" ayat dalam penulisan esei mahu pun laporan tugasan.

Tapi kini tidak mahu tidak, suasana semasa menuntut saya untuk rapat dan biasa dengan kerja-kerja penulisan (tapi tidaklah "menggoreng"). Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberi cabaran baru dalam hidup ini dan ruang kemajuan dalam diri dan hidup yang diberikan oleh Allah SWT. Cabaran ini mencabar diri kerana telah lama meninggalkan bidang akademik secara khusus seperti ini lebih-lebih lagi yang melibatkan pengajian dan penyelidikan yang mendalam dan terperinci, ditambah dengan status sebagai suami dan bapa yang menuntut tanggungjawab yang tinggi. 

Namun, insyaAllah saya yakin dengan semua ujian dan cabaran yang datang dalam hidup ini boleh didepani kerana Allah telah menjanjikan melalui firman-Nya dalam ayat ke-286 surah Al-Baqarah bahawa Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Justeru saya mengajak teman-teman untuk sentiasa positif dan optimis terhadap segala ujian dan cabaran yang datang dalam hidup kita, kerana ada nikmat dan kasih sayang Allah dalamnya. 

Selamat Hari Bapa dan semoga Allah memberkati umat Islam yang beriman semuanya. (",)

Sunday, October 16, 2011

Hantu Yang Menghantui Kita

Serasanya kisah hantu, jembalang, pontianak, saka, dan lain-lain yang sekaum kerabat dengannya kalau nak diceritakan mahupun didebatkan sudah lama ianya bertapak dalam kehidupan kita. Sedari kecil lagi saya juga telah dikisahkan dengan pelbagai kisah-kisah benar seram oleh mereka yang lebih dewasa.

Malah kebanyakan pengusaha dan penggemar filem kini pun semakin “syok” dengan filem-filem bergenre seram (sama ada untuk menakutkan ataupun untuk berlawak). Malah mungkin “yang paling tepat” ialah seram yang memberi pengajaran dan nasihat.

Tuan-tuan… terutamanya mereka yang beragama dan mengaku Islam di luar sana, tuhan dan nabi kita tidak pernah mengajar untuk kita takut-menakutkan dengan sesuatu SELAIN Allah dan Azab di Neraka. Memanglah perasaan takut itu fitrah semulajadi manusia. Tapi haruskah kita DENGAN SENGAJA membiarkan kita untuk takut selainNya?

Dari sudut manakah filem-filem atau cerita-cerita seram (bila seram sudah pasti unsur menakutkan itu ada) ini boleh benar-benar memberi iktibar, pengajaran dan nasihat? Tanyalah sesiapa pun yang menonton cerita seram pasti perkara pertama dan utama yang terlintas dan tertanam dalam diri mereka ialah rasa takut yang kemudiannya barulah dicampuri dengan lain-lain rasa.

Saya tidaklah berniat untuk mengulas panjang isu ini mahu pun memanjangkan ulasan kerana isu ini sudah acap kali dibangkitkan dan dihujahkan dari pelbagai perspektif oleh pelbagai pihak dan individu sehingga yang terkini isu filem Hantu Bonceng.

Suka saya memberi INGATAN SERIUS kepada mereka yang menyokong akan pembikinan cerita-cerita berunsur seram ini supaya ingat akan ajaran agama Allah dan RasulNya. Sebenarnya persoalan besar disebalik semua ini bukanlah siapa takut dan siapa tidak takut, memberi pengajaran atau pun tidak, tapi silap haribulan kita yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung, dari penerbit hingga ke krew filem sampailah kepada penonton semuanya boleh jatuh SYIRIK!

Ramai yang akan marah kalau mereka itu dikatakan syirik. Tapi mereka tak mahu menerima hakikat kesilapan yang telah dilakukan. Di pihak yang menghasilkan filem, bukankah membuat sesuatu dengan tujuan menakutkan manusia lain kepada sesuatu yang lain selain Allah itu boleh jatuh kepada syirik!? Di pihak yang menonton pula, bukankah sengaja membiarkan diri menonton sesuatu yang boleh menyebabkan mereka rasa takut kepada sesuatu yang lain selain dari Allah itu juga boleh jatuh kepada syirik!?

Ini baru perasaan takut itu sahaja dibincangkan, belum lagi unsur-unsur lain yang boleh menghina agama, selain kesannya kepada pendidikan dan perkembangan akal dan moral manusia terutamanya kanak-kanak.

Ini bukan soal perkembangan industri filem. Apa guna kita sibuk bersorak gembira kerana sambutan yang hebat dan berjaya mengaut keuntungan yang tinggi tapi dengan menjadikan kita dan ramai orang lain kepada syirik? Na’uzubillah…

Tuan-tuan… Biarlah rezeki yang kita perolehi itu diberkati dan diredhai Allah, dan biarlah duit kita itu disalurkan ke jalan yang diberkati dan diredhai Allah. Hidup ini hanya sekali dan cuma sementara, yang kekal abadi hanyalah Allah dan kepadaNya jua akhirnya nanti kita akan kembali.

Akhirnya saya lontarkan persoalan ini kepada penggemar filem seram, Apa seronoknya menonton filem seram? Sepatutnya SERAMLAH KITA AKAN AZAB API NERAKA ALLAH.

Wednesday, October 12, 2011

Pecutan Terakhir vs. Last Minute

Salam perpaduan buat teman-teman pembaca sekalian. Seketika terdetik kembali semangat saya untuk menulis  dan berkongsi idea-idea pembangunan diri. Apabila dalam ceramah-ceramah motivasi saya mutakhir ini yang lebih menjurus kepada persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang  “kecil” bagi sesetengah orang yang telah atau sedang berhadapan peperiksaan hidup yang jauh lebih besar, namun bagi para pelajar yang akan mendudukinya lagi 32 hari ini sudah pasti ianya merupakan sebuah medan yang sangat BESAR dan PENTING dalam hidup mereka.

Jadi di sini saya ingin menyampaikan berita gembira buat adik-adik di luar sana yang akan menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi ini dengan berkongsikan beberapa tips ketika belajar pada hari-hari terakhir sebelum menjelangnya peperiksaan atau biasanya kita panggil dengan Pecutan Terakhir atau ada juga yang namakannya Study Last Minute.

Namun suka saya ingatkan anda di luar sana, Pecutan Terakhir atau Study Last Minute BUKAN bermaksud pada ketika itulah baru hendak mula membaca, pada ketika itu jugalah baru hendak faham dan pada ketika itu jugalah hendak menghafal. Jika berlakunya keadaan sedemikian, bagi saya tiada gunanya lebih-lebih lagi memandangkan hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.

Pecutan Terakhir ini ialah bagaimana dan apa yang perlu dibuat untuk kita belajar pada minit-minit akhir sebelum bermulanya peperiksaan. Ini kerana masa sudah suntuk dan sangat hampir dengan peperiksaan. Ada yang boleh dan tak boleh dibuat. Ada yang sesuai dan tak sesuai dibuat. Semua ni perlu dan penting diambil kira kerana kalau silap langkah, ia boleh menjejaskan segala yang telah kita pelajari dan ulangkaji sebelum ini. Atau bagi yang belum “betul-betul” serius dalam mengulangkaji pelajaran mereka, inilah masa yang sangat kritikal bagi mereka dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Panjang juga penerangan “bebelan” saya ni, tapi tips tidak juga diberi (maaflah atas tabiat yang kurang elok ini, hehehe…). Baiklah, antara tips ketika belajar atau mengulangkaji adalah seperti berikut;

Pertama: Kesungguhan sebagai pra-syarat utama.

Kedua: Buat kata kunci. Jangan buat nota! Gunakan kaedah MNEMONICS Method.

Ketiga: Kaedah tangkap dan ingat. Ulang hafal sebanyak 3 kali kata kunci. 2 kali sebelum tidur dan 1 kali selepas solat subuh atau sebelum masuk ke dewan peperiksaan kalau di hari peperiksaan.

Keempat: Tidur awal. Bangun awal pagi seawal jam 3 pagi. Mulakan dengan Solat Tahajjud, Solat Taubat, dan Solat Hajat. Selepas Subuh baca Surah Luqman sehingga habis (sebaiknya setiap hari).

Kelima: Rehat yang mencukupi. Selang masa rehat antara 15 hingga 30 minit selepas 1 jam sesi pembelajaran atau ulangkaji (ikut kesesuaian dan kemampuan diri).

Keenam: Suasana kondusif. Persekitaran yang sesuai yang boleh bantu untuk lebih fokus.

Ketujuh: Kata-kata semangat. Buat atau lukis dan tampal di mana-mana pintu atau tempat yang boleh selalu nampak di dalam rumah (kalau di asrama pastikan jangan tampal sewenang-wenangnya).

Itu sahaja buat masa ini, sampai tiba waktu lain insyaAllah saya akan cuba kongsikan teknik belajar atau mengulangkaji ketika membuat pecutan terakhir ini. Jazakallah.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More