From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Saturday, November 08, 2008

Pre Marriage Course : How Far It Affect?

Membaca mengenai berita kursus perkahwinan yang diikuti oleh artis popular, Mawi dan pasangannya yang juga artis, Ekin telah menuntut saya untuk membuka entri kepada tajuk yang agak asing bagi blog ini. Kebetulan juga hari ini saya hadir ke walimatul urus sahabat lama semasa menuntut di UTM dahulu, kedua-duanya sahabat saya.

Jujurnya, saya pernah terlibat dengan pengurusan dan penganjuran kursus pra perkahwinan ini. Jadi saya tahu hampir segala-galanya dari awal hingga akhir dan setelah berakhir dan lebih lagi dari itu semua. Bahkan mungkin di luar jangkauan ramai. Mungkin agak pelik bunyinya.

Namun, persoalan yang ingin dikemukakan di sini bukanlah kepelikan tersebut, tetapi sejauh mana sebenarnya keberkesanan kursus pra perkahwinan yang saya difahamkan sekarang sudah diwajibkan di semua negeri ini?

Bermacam reaksi dan respon manusia yang hadir boleh diperhatikan. Suka, terpaksa, tak kisah, bersungguh-sungguh? Itu di pihak peserta. Di pihak penganjur bagaimana pula? Kebanyakan negeri telah menswastakan penganjuran kursus perkahwinan ini. Namun pihak jabatan agama masih turut aktif menganjurkannya. Bagaimana pula di sisi penceramah, prestasi mereka menyampaikan ceramah?

Komen anda? Jika anda pernah menghadiri kursus pra perkahwinan, apa kata anda berikan sedikit komen mengenai kursus yang diikuti itu. Jikalau anda belum pernah mengikutinya sekali pun, apa kata anda berikan sebarang komen tentang kursus pra perkahwinan ini. Perlukah ia? Jika perlu, bagaimana seharusnya?

Oh ya... Yuran kursus pra perkahwinan di negeri Johor sekarang ialah RM 120 seorang sekarang bagi kursus selama 2 hari. Di negeri lain? :o

1 comments:

Zaman saya dulu hanya RM80 sahaja. Secara keseluruhan, kursus ni sangat baik... para penceramah banyak berkongsi cerita tentang isu- isu rumah tangga untuk panduan bakal pengantin.
Sedikit sebanyak membantu juga dari aspek informasi. Tetapi jika para pengantin hanya berharap pada kursus 2 hari ini sahaja tanpa membuat persediaan ilmu yang konsisten,itu merupakan suatu yang ironi. Yang paling penting, suami dan isteri perlu disedarkan bahawa hanya amalan agama seperti solat dan lain-lain amalan sunnah sahaja yang mampu menjamin kebahagiaan rumah tangga...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More