From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Sunday, November 09, 2008

Bagaimana Memacu Ekonomi Malaysia (Bhg. 2)

Pada ketika membaca entri berkenaan zakat di blog hafizdasar (salah seorang teman yang tak berapa lama :)), menyebabkan timbul kembali suatu keinginan yang selama ini telah terbenak dalam minda ini. Suatu telahan atau mungkin juga pemikiran tatkala memandang "kepelikan" juga "keajaiban" yang berlaku dalam masyarakat di sebuah negara Islam yang dipimpin oleh barisan pemimpin Islam. Terfikir, bukankah Allah telah sediakan untuk hambaNya suatu kaedah, cara dan ramuan terbaik untuk menguruskan sistem ekonomi? :t

Sedang mutakhir ini masyarakat dunia (juga tidak terlepas di Malaysia) sibuk mengatakan tentang masalah ekonomi yang melanda dunia secara globalnya, kita turut sama mencari pelbagai kaedah dan mekanisme (seperti negara lain juga)untuk berhadapan dengan krisis tersebut. Maka, pihak pemerintah pun berusahalah mengemukakan pelbagai inisiatif dan "pelan" untuk mengawal keadaan ekonomi agar lebih stabil dan baik. Tidak ketinggalan juga pihak oposisi dalam pemerintahan negara menyuarakan mekanisme serta "pelan" mereka juga (walau pun tidak pernah dipedulikan oleh pihak pemerintah).

Di sini ingin dijelaskan bahawa saya bukanlah orang ekonomi. Hanya pernah belajar beberapa subjek ekonomi semasa menuntut di IPTA dulu. Tapi juga bukan jahil untuk menilai perilaku ekonomi ini. Sebabnya begitu mudah, kerana sebagai negara Islam saya perhatikan kita jarang-jarang sekali merujuk kepada sistem ekonomi dalam Islam itu sendiri untuk diaplikasikan. Kalau ada mungkin hanya sekadar kajian semata-mata. Sebagai umat Islam terutamanya, kita kena jelas dan faham bahawa Islam itu bukan sekadar agama semata-mata yang mesti dipisahkan dalam setiap urusan kehidupan. "Islam ialah Cara Hidup".

Tatkala memerhati masalah pengagihan zakat di Malaysia yang memang bermasalah, sistem zakat inilah sebenarnya penyelesaian kepada segala macam masalah ekonomi yang melanda sesebuah negara. Jika tidak semua pun, pasti hampir kepada semua. Tapi malang, sistem zakat ini hanya tinggal untuk dianjurkan kepada masyarakat (Islam) sebagai tuntutan atau kewajipan individu tertentu terhadap hak Allah dan orang lain. Kemudian dimegah-megahkan mengenai kejayaan Majlis-majlis Agama memungut kutipan zakat yang bernilai berjuta-juta ringgit. Namun, selepas itu?

Sebenarnya jika diurus tadbir dengan betul dan cekap, duit zakat inilah gunanya untuk membantu masalah yang dipikul negara yang boleh membebankan rakyat. Contoh mudah? Isu kenaikan minyak. Kenaikan harga barang. Apa lagi? Kemiskinan. Malah penggesaan yang lebih tegas di pihak pemerintah perlu bagi pembayaran zakat ini. Ini tidak, hanya baru untuk mendapatkan bantuan menyambung pelajaran atau rawatan perubatan (bagi yang berhak) pun dah begitu susah lagi menyusahkan.

Saya sangat bersetuju bahawa sepatutnya adalah menjadi tugas pemerintah melalui pentadbir-pentadbir yang dilantik untuk menyalurkan pengagihan zakat ini kepada yang berhak mengkut asnaf yang telah termaktub. Ingat, tugas kalian bukan hanya untuk duduk di dalam pejabat yang berhawa dingin! Wang zakat sepatutnya habis digunakan (untuk tujuan yang tepat) di setiap hujung tahun. Bukan untuk disimpan! :@

Terus terang saya mengaku, memang benar-benar kecewa dengan sistem pengurusan zakat di Malaysia (terutamanya di negeri kelahiran saya). Terlalu kecewa dan hilang kepercayaan. Tidak hairan jika suatu hari nanti lebih ramai orang yang hilang kepercayaan terhadap sistem zakat di Malaysia umumnya. :(

Wahai pemimpin-pemimpin ku yang dikasihi, atas nilai persaudaran sesama Islam, seorang insan kerdil dan seorang rakyat biasa ini memohon dan menggesa kalian agar belajarlah dari Khalifah Umar al-Khattab juga Khalifah Umar Abdul Aziz.

Insafilah, setiap sen dan ringgit yang dibelanjakan dari wang zakat kepada yang bukan haknya, nescaya kalian lah yang akan tanggung kemudian. Lihat-lihatlah para pentadbir kalian di bawah. Atau lebih dari itu, lihatlah diri kalian.

Sesungguhnya telah Allah sediakan untuk kita semuanya yang terbaik untuk melalui segala macam urusan dalam kehidupan ini. Hanya tinggal kita untuk memilih, sama ada menuruti nafsu atau Allahu. Bukan ke begitu?


.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More