From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Friday, October 07, 2011

Kekalkan Bendera Biru Terbang Tinggi

KTBFFH! Mohon tidak disalah ertikan short-form ini kerana ia sebenarnya melambangkan betapa setia dan semangatnya saya dalam membakar dan memacu perjuangan pasukan favourite saya ini.

Maaf saya hulurkan terlebih dahulu kepada teman-teman pembaca yang agak tidak berapa “syok” bab bola sepak. Tapi inilah saya, pasukan biru Barat London ini yang berpangkalan di “Jambatan Stamford” ini memang tidak boleh dipisahkan daripada saya. Namun tidak bermakna saya tegar dan obses dengan pasukan ini. Hanya minat menikmati keseronokan dunia bola sepak.

Ya, entri ini khusus berkenaan pasukan Kelab Bola Sepak Chelsea (Chelsea FC).

Walaupun hakikatnya saya kurang gemar dengan jersi terbaru “Kami” ini (walau pun saya sudah pun memilikinya!), KTBFFH! Musim baru yang masih lagi baru ini menampilkan pasukan Kami yang juga kelihatan baru disebabkan oleh kemasukan beberapa pemain baru dan yang ketara pengurus baru. Malah staf kejurulatihan juga baru. Corak permainan pun baru. First-Eleven yang turut baru. Jadi mudah-mudahan ini semua akan menjadi sebab kepada semua The Blues untuk terus bersemangat tinggi, tidak kiralah sama ada mereka yang di atas padang, di bangku simpanan, di kotak pengarah, di Matthew Harding Stand, di depan Astro, di restoran mamak, atau di mana jua sekalipun.

Apa yang pasti topik utama adalah terarah kepada prestasi pemain No. 9 Kami, dan kemampuan AVB Kami. Syukur Fernando Torres dilihat sudah menemui kembali sentuhan berbisanya apabila berjaya menunjukkan permainan berprestasi tinggi dan cemerlang setakat ini. Malah sudah berjaya menjaringkan 2 gol dalam 3 perlawanan terakhirnya. Malah mungkin juga lebih, andaikata beberapa penjaga gol lawan tidak menampilkan “aksi luar biasa hebat” dalam beberapa  perlawanan Kami setakat ini untuk menangkis bola penyudah Torres.

Andre Villas-Boas, pengurus baru kami pula dilihat sebagai individu yang tidak boleh dijangka. Bagaimana pun saya melihat masa depan Kami yang cerah dengan AVB di tampuk pengurusan pasukan. Harapan saya hanyalah satu, iaitu Tuan Roman Abramovich dapat menjadi seorang insan yang lebih bijak dan penyabar. Saya sangat yakin kejayaan Kami dan trofi idaman Kami akan berada dalam genggaman, malah boleh berdiri sama tinggi dengan Manchester United mahupun Barcelona andai tuan empunya kelab ini memberi kepercayaan kepada AVB seperti mana Sir Alex Ferguson mahu pun Arsene Wenger perolehi dari kelab masing-masing.

Sebelum berundur, suka saya berkongsi barisan kesebelasan utama pilihan saya untuk pasukan Kami dengan semua teman-teman pembaca. Fikir Rasa saya inilah barisan pemain yang perlu diutamakan oleh AVB dengan formasi 4-3-3, insyaAllah trofi BPL dan UCL akan dijulang!

GK: Petr Cech, RB: Jose Bosingwa, CB: David Luiz, CB: John Terry,  LB: Asyley Cole, DM: Raul Meireles (sepatutnya Micheal Essien tapi dia cedera pula), M: Josh McEachran, AM: Ramires, LF: Juan Mata, RF: Daniel Sturridge, S: Fernando Torres.

Baiklah sampai di sini sahaja, berjumpa lagi di masa lain insyaAllah untuk perkembangan pasukan Kami ini (kalau ingin tahulah), apa pun, Keep The Blue Flag Flying High! Jazakallah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More