From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Monday, August 18, 2008

PERSONA IS THE BEST, THE REST...?

Proton Persona berjaya diiktiraf sebagai Model Terbaik 2008 (Malaysia) dalam Anugerah Automotif Asean Frost & Sullivan. Pengiktirafan tersebut adalah berasaskan penilaian dari angka tunjuk prestasi pasaran sebenar termasuk pertumbuhan pendapatan, penguasaan pasaran dan pertumbuhannya, kepimpinan dalam inovasi produk serta strategi pasaran dan perniagaan. Setelah setahun berada di pasaran sejak ianya mula dilancarkan pada Ogos 2007, model kelima yang dibangunkan sepenuhnya oleh Proton Holdings Berhad ini telah mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional. Ketika ini, pasaran Proton Persona telah menembusi beberapa negara jiran iaitu Siangpura dan Brunei, dan akan mula diperkenalkan di Indonesia pada bulan ini.

Inilah berita yang mengagumkan dan membanggakan rakyat Malaysia. Tapi atas dasar apakah kita perlu berbangga? Kalau kita kakitangan Proton mungkin ada sebabnya, kalau juga sebagai rakyat Malaysia secara umumnya mungkin ada sebabnya, tapi jikalau kita sebagai pengguna, saya rasa kita perlu berfikir banyak kali untuk rasa bangga. Tapi jawapan ni mungkin boleh dijawab oleh para pemilik Proton Persona.

Baiklah! Katakanlah Persona memang 'mempersonakan'.
Tapi secara overalisasinya sejauh manakah industri automotif (lebih tepat pengeluaran kereta kerana ia adalah kenderaan utama di dunia kini) di Malaysia kompetitif dalam pasaran negara kita sendiri? Kompetitif itu perlu diambil kira dari perspektif kualiti dan harga. Saya bukan 'orang kereta', tapi kereta keluaran tempatan boleh bertahan dan hebat di Malaysia kerana harganya, bukan kerana kualiti produknya. Ketepikan dulu dasar negara untuk membela dan membantu perniagaan kereta negara kita sendiri, yang ini saya tiada bantahan malah menyokongnya kerana itu hak kita. Saya rasa banyak negara pengeluar kereta juga berbuat demikian. Tapi persoalan yang berbangkit di sini ialah jika penilaian harga diletakkan secara lebih adil terhadap semua kereta yang dijual di Malaysia, belum tentu kereta kita akan mendapat sambutan. Hanya kerana 'adanya tauke-tauke' AP 'yang berjasa' barulah kereta kita sedikit terbela. Ini realiti.

Memang ini ialah kritikan, tapi dengan harapan kualiti dan harga kereta-kereta nasional akan datang atau juga sekarang ini disama ratakan antara satu sama lain. Tidaklah pada rupa sahaja yang cantik, tapi dalamannya juga cantik. Harapan besar melihat kereta-kereta nasional akan lebih menjadi pilihan di merata dunia. Majulah Proton Untuk Negara! (Perodua jangan kecil hati...)

ilmi: Alamak aku dah mula mengarut. Huhu... Kepala ni dah pusing sebab dah lewat malam sangat dah ni. Nanti lain masa aku sambung balik cerita pasal kereta ni. Apa pun aku masih menanti bila lah agaknya Proton akan keluarkan kereta yang boleh menggantikan kereta impian ku iaitu Mitsubishi Lancer Evolution. Aku memang minat semua keluaran model Evo ni.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More