
Seminar yang diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) itu beranggapan golongan itu - yang tidak dinamakan - berbuat demikian "secara melulu demi memenuhi agenda kelompok mereka yang jelas tidak meraikan semangat permuafakatan" sejak kemerdekaan.
Abim, melalui resolusi seminar Seminar Islam dan Cabaran Semasa dengan tema Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa, menambah tindakan golongan itu "hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini."
Teks lengkap resolusi seminar, membincangkan kedudukan Islam dan Melayu dalam negara dan cabaran kepelbagaian budaya dan amalan demokrasi politik negara moden, yang disertai 800 perwakilan seperti di bawah:

1. Percubaan demi percubaan untuk membentuk persepsi baru mengenai pensejarahan Malaysia dengan sengaja menghilangkan kepentingan peranan faktor-faktor yang melatari sejarah, sosio-budaya, geo-politik tanahair dan yang lebih utama peranan Islam itu sendiri dalam pembentukan negara-bangsa hanya akan mengundang bahaya terhadap kestabilan dan keharmonian masyarakat yang telah terbina selama ini.
2. Angin perubahan atas nama globalisasi, liberalisasi dan hak-hak asasi janganlah dijadikan alasan untuk melunturkan hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja Melayu dan kedudukan khusus Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
3. Menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin dan cintakan keamanan agar mempertahankan kontrak sosial sebagai asas pembinaan negara-bangsa kita dan pembentukan masyarakat majmuk Malaysia serta menolak sebarang usaha untuk mencetuskan ketidakharmonian dalam hubungan kaum di negara ini dengan mengganggu-gugat fabrik sosial yang telah terbina kukuh dan terbukti berjaya selama ini.

5. Mendesak kerajaan menjunjung tinggi integriti dan akauntabiliti dalam pentadbiran awam, institusi kehakiman, perundingan dan polis. Institusi-institusi ini perlu dikendalikan oleh manusia yang cekap, tegas, telus dan adil serta tidak memilih bulu.
6. Menyeru semua pihak agar usaha-usaha agresif untuk memperkasa institusi-institusi umat Melayu termasuklah institusi Raja-raja Melayu, majlis agama dan para ulama, ilmuan dan tokoh masyarakat, pertubuhan-pertubuhan masyarakat, media Melayu dan kelompok usahawan dan perniagaan Melayu demi melahirkan generasi Melayu Islam yang lebih tersusun dari sudut visi dan misi perjuangan mereka serta lebih terserlah kepimpinan akhlak, keilmuan dan kemasyarakatan mereka dalam menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi dan sekularisasi.
ilmi: Aku berpandangan sudah tiba masanya ABIM tidak terlalu mengambil berat tentang 'ketuanan Melayu' atau apa saja yang 'dituankan'. Lagipun undang-undang yang membela hak istimewa Melayu di Malaysia itu sudah termaktub. Kalau perhatikan pun, kaum lain dah cukup hormat dah dengan hak-hak Melayu. Tapi macam Melayu pulak yang lebih-lebih. Ntah la... Tak faham aku dengan senario politik sekarang ni. Seingat aku dulu pada zaman Rasulullah takde lah pulak aku dengar Nabi Muhammad sibuk mempertahankan bangsa Arab atau hak-hak kaum Quraisy yang memang 'dimuliakan' waktu sebelum tu (zaman jahiliah). Perjuangan agama berbangsa ni bermula pada era Muawiyah dan seterusnya. Dan sebenarnya inilah yang Barat dan segala macam musuh-musuh dunia Islam mahukan dan suka!Maaf kepada abang-abang, senior-senior, ustaz-ustaz dan rakan-rakan ABIM kalau terguris. Mungkin ana ni belum cukup ilmu atau tak faham terhadap survival ABIM sekarang ini. Tapi mana yang lebih penting? Melayu atau Islam?Bagi aku selagi Islam kita utamakan, perjuangan untuk membantu bangsa Melayu akan tercapai. Malah semua bangsa lain akan segan dan hormat tak ingat kat kita nanti.
0 comments:
Post a Comment