From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Friday, July 06, 2012

Ceramah Betul, Ceramah Salah

Serasa agak lama juga tidak berceramah. Namun peluang berceramah berkongsi ilmu dan peringatan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 4 di salah sebuah sekolah menengah di Johor Jaya baru-baru ini sangat mengujakan bagi saya kerana dapat peluang untuk saya praktiskan teknik "revise and rephrase" atas diri ini. 

Yang ini gambar ceramah di tempat lain sebab tempohari cameraman tidak ikut serta pula.
Sebenarnya saya suka untuk berkongsi melalui aktiviti ceramah ini kerana ia secara tidak langsung akan kembali semula kepada diri saya sendiri selain memberikan pengisian kepada golongan sasar saya. Inilah antara cara untuk muhasabah dan menasihati diri secara sedar. Kerana itu banyak motivator yang mengatakan bahawa cara terbaik untuk belajar ialah dengan mengajar orang lain. Lebih banyak yang kita kongsikan, lebih banyak yang kita akan faham dan yang kita boleh praktiskan.

Oh! Bercakap tentang ceramah ini, baru-baru ini juga di kampung halaman saya buat pertama kalinya (dalam pengalaman sendiri) mendapat "undangan rasmi" yang diselitkan di wiper kereta ke sebuah program ceramah yang tidak disenangi  sesetengah pihak. Sebabnya mudah saja, ceramah tersebut berlatar belakangkan bulan terang di tengah kawasan yang penuh dengan cahaya kebiruan pula. Tapi sedari kecil saya telah dimomokkan oleh saluran persekitaran saya bahawa ceramah tersebut adalah "begitu negatif". 

Namun kini setelah diberi kurniaan Allah untuk mempelajari ilmu kehidupan, saya berpandangan masyarakat demokrasi di negara kita tidak harus memandang ceramah tersebut sebagai sesuatu yang negatif dengan memberi alasan ia berpaksikan politik. Bagi saya itu adalah ruang demokrasi yang pihak tersebut miliki untuk berkomunikasi dengan rakyat, dan sebagai sebuah parti politik sudah mestinya mereka ada agenda politik dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat. 

Sebaliknya pula berlaku kepada parti yang sedang memerintah, kerana mereka tidak perlukan pilihan sedemikian disebabkan kuasa yang mereka miliki membolehkan mereka menjadikan agenda politik parti sebagai agenda negara melalui program-program anjuran badan-badan kerajaan. Dan ini bukan suatu yang luar biasa untuk dilakukan oleh mana-mana parti pemerintah di sesebuah kerajaan. Inilah kelebihan mereka sebagai parti yang memerintah. 

Fikir Rasa saya, setiap individu mempunyai hak untuk memilih bagi mendapatkan maklumat melalui saluran yang pelbagai. Malahan kalau diperhatikan dalam kerja-kerja penyelidikan sekali pun, sesebuah kajian itu akan lebih signifikan, dianggap baik dan diakui jika ia di rujuk dari sumber yang pelbagai.

Baiklah, tidaklah mahu berbicara soal politik, tapi cuma ingin berpesan; jangan kerana kita sangka kita membuat pilihan yang betul, maka orang yang membuat pilihan yang lain adalah salah; kerana orang lain itu juga berfikiran dan mempunyai sangkaan seperti kita. Jadi siapa salah, siapa betul? Bukan mencari siapa salah siapa betul, tetapi marilah kita sama-sama memperbaiki kesalahan dan meningkatkan prestasi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More