From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Friday, November 27, 2009

Setiap Degupan Adalah Hutang

Suka saya mulakan dengan sebuah analogi andaian. Bagaimana ya, seandainya kita meminjamkan telefon bimbit kita yang berharga RM 500 mungkin kepada seorang kawan kita dengan tujuan untuk digunakan oleh kawan kita tersebut bagi sesuatu keperluan penting. Namun tanpa disangka amanah yang kita pinjamkan tersebut telah disalahgunakan oleh kawan kita itu sehingga ianya rosak. Agak-agak bagaimana ya perasaan kita? Marah? Geram? Apakah pula tindakan kita terhadap kawan yang tidak amanah tersebut? Saya yakin pasti ramai yang akan ‘melenting’, akan ada juga yang akan putus sahabat, bergaduh mungkin, dipukul ditumbuk disepak dibelasah atau lain-lain lagi.

Tuan-tuan, ini nilainya sebuah amanah bagi hand phone yang berharga RM 500. Tapi, bagaimana pula dengan yang ini? Ya, gambarajah yang di bawah ini.



Apakah ini? Ya, JANTUNG. Berapakah nilainya ia? Ya, tidak ternilai dan tidak mampu dinilai ganti. Siapa punya kah ia? Ya, Allah SWT, tuhan serwajagat.

Baiklah, mari kita buat sedikit kira-kira. Boleh? Berapa ya kadar degupan jantung kita dalam seminit? Dalam 80 hingga 100 kali atau mungkin juga lebih, bergantung kepada kadar aktiviti yang kita lakukan. Katakan kita ambil kiraan 100 kali untuk memudahkan perkiraan. Justeru, kalau dalam seminit jantung kita berdegup sebanyak 100 kali, ini bermakna dalam satu jam ia akan berdegup sebanyak 6,000 kali. Lalu, berapa kali kah ia berdegup dalam sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Saya mudahkan ia seperti berikut :-

Seminit - 100 kali
Sejam - 6,000 kali
Sehari - 144,000 kali
Seminggu - 1,008,000 kali
Sebulan - 30,240,000 kali
Setahun - 362,880,000 kali

Jadi, berapa pula jika hendak dikira bagi sepanjang hayat kita ini? Berapa tahun kalian telah hidup di dunia ini? 15 tahun? 20 tahun? 30 tahun? Darabkan sahaja dengan jumlah 362 juta untuk setahun itu. Hebat bukan jantung kita semua ini? Tapi tadi kita semua pun telah menyadari yang jantung ini bukan kita yang punya. Siapa punya? Allah yang punya.

Oleh yang demikian, saya ingin membawa persoalan yang sebenarnya kepada tuan-tuan. Kalau jantung ini bukan kita yang punya, lantas siapa pula yang mengawal kadar degupan jantung kita ini? Siapa yang mengepam jantung kita ini? Mampukah kita untuk mengepam jantung kita ini setiap hari, setiap jam, setiap minit? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah pemilik kepada jantung tersebut, Allah SWT.

Saya kira cukup dahulu setakat ini, namun persoalan ini masih belum tuntas lagi. Oleh sebab itu kita akan bersua lagi di dalam entri saya yang seterusnya. Kita akan lihat kenapa mungkin saya mengatakan jantung kita ini hebat, lalu akan menjadikan pencipta dan pemilik jantung ini juga pastinya hebat. Juga, bagaimana saya akan membuat nilaian terhadap jantung, berapakah nilainya sebenarnya. Eh, nanti sekejap! Tapi sebentar tadi saya menyatakan yang ia tidak mampu dinilai bukan. Jadi, bagaimana? Hurmm…

Salam eiduladha 1430H...


1 comments:

satu artikel yang menarik,semoga kita dapat mengambil pengajaran.insyaALLAH~

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More