From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Thursday, October 29, 2009

Menjawab Lima Persoalan Kehidupan (#5)

#5 How Should I Live This LIfe? (Bagaimana Harus Saya Jalani Kehidupan ini)

Persoalan paling akhir yang paling penting yang harus kita jawab ialah bagaimana seharusnya kita menjalani kehidupan kita ini. Bagaimana? Dengan beribadat? Beribadat yang bagaimana? Belajar? Belajar yang bagaimana?

Baiklah mari kita lihat perkara ini dengan lebih mendalam. Siapakah yang biasa bermain bola sepak? Apa yang akan berlaku pada perlawanan bola sepak itu sekiranya tiba-tiba tiang golnya tiada? Ataupun bermain golf tetapi tidak tahu lubangnya di mana? Apa yang akan berlaku? Begitulah juga dengan kehidupan ini sekiranya kita tidak boleh menjawab kelima-lima persoalan asas kehidupan ini, umpama bermain bola sepak tanpa tahu di mana golnya atau bermain golf tanpa tahu di mana lubangnya. Akhirnya mati sia-sia kehidupan. Sebab itu banyak sekali perumpamaan diceritakan di dalam Al-Quran manusia ini ada yg sama seperti binatang ternak, malah ada yang lebih hina dari binatang. Wahai insan, kenapa kita bleh jatuh hingga ke peringkat itu? Kenapa? Kerana hati sudah kotor, hati tidak mampu merasakan Allah itu dekat dengan kita.

Matlamat hidup kita sebenarnya apa? Kita nak cari apa dalam hidup ini? Berjaya? Berjaya yang bagaimana? Perlu tidak matlamat hidup? Ya, perlu. Ini kerana dengan matlamat hidup akan menentukan cara kita hidup. Cara kita hidup akan menentukan cara kita mati. Cara kita mati akan menentukan cara bagaimana kita akan dibangktkan. Dan cara kita dibangkitkan akan menentukan cara bagaimana kita akan menerima balasan di akhirat nanti, baik atau buruk, kiri atau kanan, syurga atau neraka, atas atau bawah. Siapakah di kalangan kalian yang masih belum ada matlamat hidup? Sesiapa yang masih belum ada matlamat hidup maka carilah matlamat hidup kalian. Barangsiapa yang tidak ada matlamat hidup itulah yang dimaksudkan dengan hidup umpama binatang ternak bahkan lebih sesat daripada binatang itu.

Allah telah menyatakan dalam Al-Quran dan bertanya, “Adakah Aku ini tuhanmu? Adakah kamu menjadi saksi?” Kita semua mengatakan dan bersaksi bahawa Allah itu adalah tuhan kita. Tetapi sayang, ramai di kalangan kita yang sudah lupa selama ini kita semua telah bersaksi kepada Allah bahawa Dia adalah tuhan kita. Dan ini adalah satu amanah.

Kita sebagai khalifah diberi amanah oleh Allah. Apakah amanah Allah kepada kita? AmanahNya apa? Amanah itu apa? Amanah itu dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu bermaksud kepercayaan. Apakah yang Allah beri kepada kita sebagai bukti kita ini adalah ciptaanNya yang terbaik? Dunia ini? Atau bahasa lainnya ialah alam. Alam itu apa? Alam itu ialah segala benda atau perkara yang boleh dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dihidu oleh hidung, dirasa oleh lidah, disentuh oleh tangan dan dirasa dengan hati. Alam ini ialah istilah dalam bahasa arab, dalam bahasa melayu maknanya ialah tanda. Tanda siapa? Ya, tanda Allah.

Mari kita lihat analogi ini. Kalau kita tengok rakan kita contohnya, kita sebenarnya sedang melihat siapa? Kita nampak tidak Allah melalui rakan kita itu? Bagaimana? Baiklah, rakan kita itu ada mata bukan. Siapa yang cipta mata itu? Pada mata itu ada berapa ratus urat? Kalaulah diputuskan satu urat pada mata itu, apakah yang akan terjadi pada rakan kita itu? Siapakah yang kawal mata itu? Mata itu boleh lihat berapa jauh? Kereta, kalau digunakan tanpa servis selama 10 tahun boleh berfungsi tidak? Tetapi, mata yang ada pada rakan kita itu sudah berapa lama digunakan dan tidak diservis? Tapi masih boleh berfungsi bukan? Hebat tidak ciptaan Allah ini? Hebat bukan. Justeru siapa yang kita lihat sebenarnya bila kita melihat rakan kita ini? Ya, Allah.

Lalu, bagaimana kita harus menjalani kehidupan kita ini? Dengan jalan Allah atau jalan siapa? Kita ada akal, maka gunakanlah akal tersebut dengan sebaiknya, kerana tiada jalan lain yang lebih baik dari jalan Allah. Justeru hidup ini perlu dan mesti dijalani melalui jalanNya agar tidak kita sesat dan sesal kemudian hari.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More