From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Friday, January 09, 2009

Apa Sudah Jadi Dengan Mesir!!?? Al-Azhar!!??

Sungguh! Benar-benar membentak dan terbakar hati, jiwa dan diri kita ini dengan gelagat "celaka" Mesir yang dikepalai oleh Hosni Mubarak. Universiti Al-Azhar pula terus senyap sepi tidak kedengaran sebarang suara mereka. Apa sudah jadi dengan ilmuwan-ilmuwan Islam yang disegani dan dihormati dunia di sana? Buta hati? Mati suara? Muslim apakah ini? :@


Ramai yang terus mengutuk Israel…malah majoriti penduduk dunia, hatta penduduk AS yang kerajaan mereka menyokong penuh rejim tersebut. Pelbagai alasan tidak logik yang dikemukakan rejim Zionis di media-media barat tidak mendapat imbangan dari kenyataan di pihak Palestin sendiri. Malangnya, sudut yang terlindung di dalam siri ‘holocaust’ terhadap rakyat Gaza ini amat nyata. Rejim Husni Mubarak yang merupakan rakan utama Israel di dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin dibiarkan sahaja.

Demo yang diadakan di negara-negara Islam langsug tidak menyentuh tentnag Mesir. al-Azhar dan para ulamanya diam membisu di atas dosa sang Presiden. Mufti Mesir juga hanya mampu melihat rakyat Gaza dibunuh dan disembelih.Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza.

Selagi Mubarak degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah, selagi itulah bantuan kemanusiaan tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!

Mubarak hanya tersenyum dan puas hati, kebenciannya terhadap rakyat Palestin dapat dipuaskan. Kemenangan HAMAS yang telah membawa kesan domino kepada kebangkitan rakyat Mesir telah berjaya diredakan. Mubarak bagaikan ingin mengajar dunia dan rakyatnya sendiri…inilah padahnya memilih arus politik Islam, inilah padahnya jika mencabar status-cuo para diktator di bumi Arab.

Mubarak adalah syaitan besar…syaitan yang dilindungi oleh para ulama pengampu dan hipokrit. Demo di hadapan kedutaan Mesir di seluruh dunia amat perlu memaksa mereka membuka pintu sempadan Refah. Memo kepada negara-negara OIC untuk menekan Mesir juga diperlukan. Tekanan politik agar Mubarak membuka pintu sempadan dengan negara-negara Islam memanggil pelajar-pelajar mereka juga perlu….

Moral Mesir dan al-Azhar akan jatuh jika para pelajar dari luar negara beramai-ramai meninggalkan bumi Mesir. Badan-badan fatwa dan para ulama di Malaysia juga mesti berani menyampaikan kata dua kepada Mubarak dan al-Azhar di dalam isu ini.Ini bukan isu main-main, rakyat Gaza sedang menantikan detik-detik kematian…doa dan kutukan sahaja tidak cukup.

Mubarak perlu diajar! :#

Sumber: palestinkini

.

1 comments:

berkongsi ttg sahabt kite yg sdg blaja di mesir lakukn utk mnentang Mubarak, mcm2 usaha yg tlh dilakukn antaranya: bgelap slame 15 mnit di sluruh mesir bg ssiape yg nk memberontk,majoriti yg buat smua student2 al-azhar yg kbnykkanya nk exam esok. mereka jg buat kempen derma dan boikot habis habisan smua brg2, kempen solat hajat dan baca qunut nazilah stiap minggu, ambik cakna shari atleast 10 mnit psl isu gaza dan mereka jg wat demostrasi smpi ada yg ditangkap.. smua prkara ni tidak dibritakan pada umum.. ni yg mereka mampu lakukn utk bjuang.. sukar utk mnentang Mubarak krn dia kurg sensitiviti pd isu2 ni atas alasn dia terikat dgn prjanjian Damai yang di buat dulu dgn Israel (Prjanjian Sinai). Mubarak sendri org sekular.. situasi di sane brbeza dgn si sini..
jadi kita sm2 bdoa, YA ALLAH ENGKAU PERNAH MGHNTR BURUNG2 'ABABIL' UTK MGHNCURKN TENTERA BRGAJAH MUSYRIKIN, MAKA KAMI MEMOHON PD MU YA ALLAH TURUNKNLH BNTUAN MU KALI NI KPD ORG2 ISLAM DI PALESTIN, HNCURKNLH REJIM ZIONIS... AMIN...

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More