From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Wednesday, November 19, 2008

Yang Menurut Perintah...

Bagi sesiapa yang biasa berurusan dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan pasti sudah biasa dengan frasa ini, "Yang Menurut Perintah". Ya, ia boleh didapati dalam mana-mana surat yang dikeluarkan oleh mana-mana jabatan atau agensi perkhidmatan awam. Berita mengenai kemorosotan perkhidmatan awam pasti bukan sesuatu yang baik tapi mungkin sudah agak biasa dan seperti 'tak kisah' bagi kebanyakan orang di Malaysia. Kenapa ya sebegitu? Adakah kerana kita sudah bosan? Atau sudah sedia maklum dan berpengalaman?

Sedikit sedutan dari berita yang dipetik dari Berita Harian...

KUCHING: Mutu perkhidmatan kakitangan penjawat awam di negara ini menjadi tanda tanya apabila Biro Pengaduan Am, Jabatan Perkhidmatan Awam terus menerima banyak aduan orang ramai mengenai hasil kerja mereka. Paling membimbangkan, jumlah aduan itu terus meningkat hampir tiga kali ganda sejak 2005. Pada 2005, biro itu menerima 2,707 aduan dan pada 2006 (3,397) manakala tahun lalu, meningkat kepada 5,347 kes. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata sehingga September tahun ini, 6,059 aduan direkod dan angka itu dijangka terus meningkat menjelang akhir tahun ini. (Berita penuh klik sini)

Merujuk kepada statistik yang dikeluarkan, secara keseluruhannya memang banyak yang perlu dipertingkatkan oleh penjawat kerajaan. Memang ia tidak boleh mengadili semua jabatan kerajaan, namun kita perlu lebih rasional menerima hakikat tersebut. Bukan begitu?

Tradisi kebanyakan masyarakat kita (Melayu terutamanya) lebih selesa untuk bekerja dan berkhidmat dengan jabatan kerajaan. Ini memang kita semua perlu akui. Malahan ia telah ditanam sejak turun-temurun lagi. Mungkin ini masalah sebenar orang Melayu agaknya...

Jika diteliti pilihan untuk berkhidmat dengan kerajaan tersebut sebenarnya lebih kepada jaminan pekerjaan, stabiliti ekonomi, survival dan kemudahan hidup. Malah dengan menjadi penjawat awam banyak kemudahan yang diperolehi seperti pinjaman, bonus dan sebagainya. Malah para graduan juga tidak ketinggalan untuk merebut peluang untuk berkhidmat dengan kerajaan. Para ibu bapa juga lebih seronok dan lega jika mendapati anak-anak mereka diterima bekerja dalam perkhidmatan awam.

Oh... Perlu dijelaskan terlebih dahulu yang saya juga mempunyai ramai rakan-rakan yang bekerja dalam perkhidmatan awam. Bukan niat hendak mengkritik penjawat awam kerana lebih memilih pekerjaan mereka sekarang ini kerana ia (tugas mereka) adalah tugas yang mulia dan baik kerana berkhidmat bagi kerajaan pemerintah untuk rakyat. TAPI apa yang hendak ditekankan ialah sejauh mana keikhlasan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Kerana mereka (penjawat awam) perlu sedar bahawa mereka ini mewakili pihak pemerintah (kerajaan) dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat sama seperti mana tanggungjawab yang perlu diberikan oleh pemerintah (pemimpin) kepada rakyat. Ia adalah amanah yang besar.

Istilah "Yang Menurut Perintah" tersebut jika diteliti dengan lebih mendalam akan membawa kepada suatu makna yang lain selain menurut arahan pihak pemerintah atau ketua. Bagi yang biasa bercampur atau berurusan atau yang bekerja dalam perkhidmatan awam itu sendiri mungkin lebih jelas tentang perkara ini iaitu, TERPAKSA, MESTI AKUR, MESTI BUAT, dan lain-lain yang mungkin tidak terlintas oleh saya.

Baiklah, saya mudahkan perkara ini kepada analogi (eh, betul ke ejaan ni.. :t) berikut...

Kita perhatikan sekarang ini ramai guru-guru berijazah yang berkelulusan dalam bidang bukan perguruan mengambil sijil perguruan atau biasa kita panggil KPLI untuk mendapatkan jawatan sebagai guru dalam perkhidmatan awam. Saya percaya 90 peratus (mungkin lebih) dari mereka memilih bidang tersebut kerana desakan pekerjaan (dari sudut ekonomi dan survival hidup) dan keluarga sendiri. Yang pasti bagi kaum lelaki ia agak mudah untuk diperolehi (kerana guru lelaki tidak ramai), selain itu pekerjaan yang lebih stabil, gaji yang pasti masuk setiap bulan tepat mengikut tarikh, bonus tahunan yang wajib ada, pencen serta kemudahan-kemudahan lain. Jadi apabila menjalankan tugas sebagai guru, ia menjadi tidak lebih hanya sebagai tugas semata. Ia bukan lagi bersandarkan kepada minat dan kesungguhan. Ini sekadar contoh dari aspek bidang tugas sebagai guru.

Apabila tugas yang perlu dibuat hanya semata-mata kerana ia adalah tugas kita dan ia datang atau diarahkan oleh ketua atau pegawai yang lebih tinggi pangkatnya, maka kita harus lakukan. Jadi ia tidak akan lebih dari itu. Yang penting, setiap hujung bulan kita akan pastikan duit gaji kita untuk bulan tersebut masuk ke dalam akaun kita. Jadi kalau begitu, adakah tujuan kita bekerja untuk gaji atau untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik?

Jadi, apakah maksudnya semua ini? Hmm... :s

.

2 comments:

Dalam aspek bahasa ketika berkomunikasi pun kakitangan awam dilihat bermasalah. Kemahiran berbahasa yang tentunya dalam bahasa kebangsaan cukup mengharukan. Banyak yang masih lagi menggunakan bahasa Melayu dalam dialek bahasa Cina dan Tamil. Patutnya ia diharamkan seperti yang dilakukan oleh RTM terhadap penyiaran program komedi, sitkom dan drama yang menunjukkan pelakonnya menggunakan bahasa dialek tersebut sejak 1 Januari 2008. Kerana ia dianggap penghinaan kepada golongan bukan Melayu generasi baharu yang tidak lagi bertutur sedemikian.

Setuju dengan pendapat saudara penoreh getah. sebenarnya banyak yang perlu diperbaiki oleh penjawat awam ini. saya sendiri mempunyai pengalaman yang banyak dalam berurusan dengan berbagai jenis jabatan dan agensi kerajaan. namun dukacitanya, kebanyakannya memberikan impresi yang negatif. hanya di jabatan/agensi tertentu sahaja yang mana saya mempunyai "orang dalam" akan memudahkan urusan saya. tapi selalunya banyak urusan kita yang terpaksa ditangguhkan hanya kerana kadang-kadang itu sebab yang remeh-temeh.

namun saya tidaklah kata semua, hanya bagi sesiapa yang terasa itu, faham-fahamlah sendiri ya.. :))

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More