From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Thursday, November 06, 2008

How To Boost Malaysia Economy? (Part 1)

Kawan... biar saya yang beritahu. Dengar sini. Kisahnya begini.

VS.

Tempoh hari pihak pemerintah melalui Menteri Kewangan merangkap TPM kita mengumumkan peruntukan sebanyak RM 7 billion untuk memacu ekonomi Malaysia. Sebelum tempoh hari itu, pihak pemerintah juga telah mengumumkan penurunan harga minyak petrol/diesel (sekali lagi) sebanyak RM 0.15 bagi meringankan beban rakyat selari dengan trend penurunan harga minyak dunia. Lebih awal lagi dari sebelum tempoh hari itu, ketua pemerintah negara alias Perdana Menteri kita telah membentangkan Bajet 2009 yang berkonsepkan mesra rakyat dan membangunkan ekonomi negara.

Dan terlebih, lebih, lebih dahulu dari itu dan dari sebelumnya itu pihak pemerintah yang memerintah negara Malaysia ini sejak sekian lama (dah lebih setengah abad pun) telah sentiasa dan terus mencetus, merencana, merangka, menggubal dan melaksanakan pelbagai usaha demi kemajuan dan kemakmuran negara tercinta ini.

Hasilnya ialah...

Pemerintah dan ahli keluarga pemerintah bersama-sama sahabat-sahabat serta kroni-kroni pemerintah juga kaum kerabat mereka semua tidak ketinggalan juga parti-parti pemerintah terus berjaya meraih keuntungan, kekayaan, kemewahan, kesenangan, kegembiraan, keselesaan, kemudahan dan segala macam kebaikan bagi sisi mereka. Iya-lah, pemerintah katakan. TAPI...

Mereka macam selalu, macam biasa, macam berpegang, macam berprinsip, macam bersumpah (sumpah??), macam berikrar bahawa mereka menegakkan keadilan dan kesaksamaan melalui sistem demokrasi berparlimen demi kesejahteraan rakyat. Mereka kerap meminta rakyat berkorban itu dan ini, berusaha ke arah itu dan ini, membuat itu dan ini, dan segala macam lagi permintaan mereka katanya untuk rakyat dan negara juga akhirnya. TAPI...

SIAPAKAH MEREKA INI!? PEMERINTAH!? PEMERINTAH YANG BAGAIMANA!?

Pemimpin agung ke? Atau pemimpin terulung? Atau pemimpin contoh? Atau pemimpin yang baik? Justeru kenapa selama lebih setengah abad memerintah dan mentadbir negara ini, rakyat masih terus dan sentiasa bersusah? Mengalami kepayahan? Perlu berkorban? Perlu berusaha lebih dan lebih kuat? Perlu itu? Perlu ini? SIAPA ITU PEMERINTAH? PEMIMPIN?

Tidak sedarkah mereka betapa BESAR-nya tanggungjawab dan amanah mereka? Tidak sedarkah mereka bahawa di "Hari Pembalasan" kelak mereka ini harus TANGGUNG dan JAWAB atas segala perbuatan mereka di dunia? Setiap darah yang mengalir, titis peluh, tangis sedih, amarah derita, dan segala apa yang di-TANGGUNG oleh setiap orang rakyat mereka, harus mereka JAWAB?

Oh! Alangkah mudahnya mereka mengaku Islam dan mengisytiharkan negara ini Islam. Meminta rakyat agar sama-sama mendoakan dan bersolat hajat untuk itu dan ini. JUGA, betapa bangganya Majlis-majlis Agama Islam mengumumkan jumlah kutipan zakat yang berjuta-juta (billion juga mungkin) yang diperoleh mereka dari rakyat yang menunaikan tanggungjawab mereka. Begitu juga syarikat-syarikat milik negara, milik rakyat, mengumumkan jumlah keuntungan yang tidak kurang berbillion-billion RM-nya tiap tahun. SEDARKAH MEREKA? Hak siapakah itu semua?

Kawan-kawan, mungkin ramai yang akan terkejut membaca entri ini. Amarah apakah ini? Mengamuk-kah? Betul ke ni? Memberontak-kah? BUKAN...

Hanya diri ini ingin menyatakan dan menegaskan pendiriannya, mencari jawapan kebenaran kenapa semua ini terjadi. Hanya ingin mengingatkan saudara-saudara seagama, sebangsa dan sewarganegara, takut nanti dipersoalkan di "Hari Kemudian" sekurang-kurangnya diri dah pernah cuba bersuara semana mampu yang mungkin (tapi ini bukan kemuncaknya). Hanya menyedarkan, tidak takutkah mereka akan bahang api si Jahannam dan rakan-rakannya? Tidak takutkah mereka akan murka Tuan empunya kita ini semua serta segala yang ada di dunia?

Hahaha... :) Mungkin juga ini suara hati memberontak yang sangat keras. :@ Tapi apa salahnya? Ini hak kita. Kewajipan kita malahan. Ingat, kita bukan diturunkan ke dunia sebagai hamba sahaja, tetapi sebagai khalifah. Tugas yang tak sanggup di pikul oleh mana-mana malaikat sekali pun. Anggaplah ini sebagai "revolusi kecil" dari seorang rakyat biasa yang serba serbi biasa. Moga-moga lebih banyak revolusi kecil ini terhasil dan kemudian terkumpul. Akhirnya nanti, ia akan benar-benar akan menjadi satu revolusi benar mungkin.

Ya... Anggaplah ini satu revolusi. Revolusi Ilmi.

Kalau ditanya apakah maksudnya semua ini? Semua "isi kata-kata" dalam entri ini? Untuk apa? Jawapannya? :t

Pepatah Nabil (Raja Lawak) ada mengatakan... "Ha, lu fikir la sendiri...!!!" :p

bersambung....


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More