From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Tuesday, September 30, 2008

Comparative Research : Da’ie Perspective

Tatkala menyorot kembali firman Allah SWT melalui surah Hud (ayat 118 - 119), akan membawa kita kepada dapatan bahawa mencari rahmat Allah di sebalik perbezaan, atau lebih tepat dikatakan sebagai ‘kepelbagaian pendapat’ adalah satu ujian yang amat hebat. Namun, bagi seorang muslim yang hebat, tidak akan sesekali perkara tersebut (ujian yang hebat) menyebabkan mereka kalah, sebaliknya ia menjadikan ujian tersebut sebagai pemangkin untuk menambah kehebatan dirinya. Dengan izin Allah jua...

When the going gets tough, the tough gets going!”.

Persoalan yang sering bermain di dalam diri pendakwah dan sebahagian besar daripada mereka menganggap bahawa medan dakwah sunyi daripada perbezaan pendapat. Mereka menyangka pendakwah sentiasa bersetuju dalam kata yang satu semasa mereka menunaikan tanggungjawab dakwah. Jadi sesetengah mereka inginkan suasana perdebatan dan perbezaan yang sihat agar salur dakwah itu tidak beku dan tepu. Mereka tidak ingin pendakwah menjadi alat mekanik yang bergerak tanpa naluri perasaan atau seperti barangan elektronik yang diprogramkan tanpa membantah apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya. Sekurang-kurangnya inilah yang hendak dielakkan.

Harus diingat bahawa kita semua dituntut untuk menyampaikan dakwah kepada sesama manusia, menjelaskan keindahan Islam, berusaha membawa hidayah kepada mereka, menanamkan Fikrah Islamiah di dalam jiwa mereka dan mentarbiyyah mereka dengan sempurna dan selari dengan manhaj Islam. Tugas ini menjadi lebih ketara bagi mereka yang mahu bergelar pendakwah atau da’ie. Namun jangan dilupa, kita juga dituntut untuk menerima pelbagai pendapat sesama pendakwah dan saling meraikan sikap dan tingkah laku antara pendakwah di dalam saf. Dakwah itu seni yang harus dikembangkan dan dikuasai. Bukan hanya setakat perlu ada ilmu untuk didakwahkan, tapi sama penting juga ilmu atau seni berdakwah itu sendiri. Seorang pendakwah harus belajar teknik berbicara dan menyatakan pendapat agar apa yang ingin disampaikannya diterima oleh orang lain dengan hati yang terbuka dan difahami dengan jelas.

Kita meyakini bahawa lapangan dakwah adalah lapangan manusia iaitu di dalamnya berlaku apa sahaja situasi dan masalah yang turut juga berlaku pada mana-mana suasana masyarakat sama ada perbezaan pendapat atau kesilapan. Kita juga tidak mendakwa para pendakwah sebagai maksum (terpelihara) daripada dosa dan kesalahan. Setiap perbezaan pendapat berlaku dengan melihat dari kaca mata fitrah insaniah dan masih lagi dibatasi oleh sempadan ukhuwwah dan saling nasihat menasihati. Perbezaan pendapat yang berlaku di antara para pendakwah hanyalah untuk mencari kebenaran, bertukar-tukar pandangan dan sentiasa dalam syariat agama. Ini kerana para pendakwah ingin bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah SWT dalam setiap perkataan yang mereka lafazkan. Mereka hanya mengharapkan redha Allah SWT dalam setiap perbuatan dan tindakan. Maka tiada ruang untuk perdebatan yang hangat, saling berdendam atau memenangkan pendapat peribadi dengan tujuan dakwah dan maslahahnya. Inilah yang membezakan sikap para pendakwah dengan kelompok manusia yang lain. Justeru itu, kita pasti bahawa pendakwah juga adalah manusia biasa dan boleh melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Dalam perkara ini, harus ditanami terlebih dahulu objektif dakwah yang kita usahakan itu ke dalam diri dan hati. Objektif dakwah yang agung memerlukan peribadi yang berdisiplin dalam melaksanakannya, efisien dalam menyampaikan dakwah, meraikan segala suasana masyarakat yang diseru. Tidak mampu untuk dibayangkan seorang pendakwah yang ingin memperbaiki urusan masyarakat, membawa hidayah kepada mereka dan memikul bebanan dakwah akan menyalahkan saudara seperjuangannya di dalam satu saf jika berlaku perselisihan, meninggikan suara dalam berbicara, menggunakan perkataan yang kurang enak didengar ataupun memboikot antara satu sama lain. Sememangnya medan amal dakwah tidak akan sunyi daripada masalah walaupun sehari. Setiap masalah yang timbul mesti diselesaikan dengan cara yang terbaik dan dipersetujui oleh semua pihak dalam suasana tawadhu’ (rendah diri) dan mencari keredhaan Allah SWT sehinggalah dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. 1. Bermaaf-maafan - Seorang pejuang kebenaran sekalipun diselubungi kesedihan atau marah dengan sikap saudara seperjuangan, dia tetap meyakini bahawa di sana ada jalan keluar bagi setiap kesempitan urusan duniawi ini. Dia mudah untuk memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya. Dia tidak mudah menuduh secara melulu atau memperbesarkan lagi masalah yang telah timbul. Dari Abu Mansur bin Abdullah al-hirawi, aku mendengar Abu Ali Ath-thaqafi berkata: “Jika kamu merasa terhina oleh tindakan daripada salah seorang saudaramu, carilah untuknya 70 alasan, jika hatimu tidak mampu menerima alasan tersebut. Ketahuilah bahawa kamulah yang bersalah kerana tidak mampu untuk menerima walaupun 70 alasan untuk saudaramu”. 2. Menyerahkan kepada niatnya - Setiap perbuatan manusia bergantung kepada niatnya. Hadis Rasulullah saw: “Sesungguhnya perbuatan itu dikira dengan niat”(Riwayat Bukhari) . Selagimana setiap perbuatan itu berkait rapat dengan niat, kita serahkan urusan itu kepada Allah swt. Hanya Allah swt yang mengetahui niat dalam perbuatan seseorang dan bukanlah tugas kita untuk mengetahui niat sebenar di sebalik sesuatu tindakan. 3. Menolak prasangka - Ini tidak bermaksud untuk kita diam dalam perbincangan sekiranya saling berbeza pendapat atau mengetepikan kebebasan hak untuk bersuara dan melontarkan pendapat, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah tidak gopoh sehinggalah jelas sesuatu perkara kerana ada kemungkinan seseorang yang telah melakukan kesilapan akan meminta maaf apabila tersedar. Ini dapat memberi peluang kepada kita untuk berfikir dan mengkaji sesuatu masalah tanpa cepat marah. Selain itu, ia dapat memberi kesempatan kepada pihak yang tersilap untuk segera memohon kemaafan dan membetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Dan juga mereka dapat menjelaskan isu sebenar kerana mungkin kesalahan yang dilakukan itu disebabkan oleh sifat lupa, kurang pengetahuan, tidak sedar dan sebagainya. Nota: Intipati artikel diambil dari beberapa pandangan. Mohon halal ilmu yang ‘disedut’ dari pemunya ilmu dan pendapat. Moga bermanfaat untuk semua muslim. Ameen.


1 comments:

Saya berpegang kepada ayat 10 surah al-Hujurat: "Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." Moga kita semua berada dalam redha Allah, insyaAllah..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More