From the Author

noneIlmi Ahmad, a professional motivator. Co-founder of PROQUEST. A Blogger fan.
Email me at enduringclarity@gmail.com or, Contact me through Skype: Ilmi Ahmad

COPYRIGHT & USAGE: All of my entries I posted here are free to copy for any type of personal or commercial use. All I ask is just to give me a credit link as its author.

Tuesday, August 19, 2008

ALTERNATIVE FOR THE 'BLACK GOLD'

Tenaga alternatif kini telah menjadi perhatian utama dan prospek paling penting bagi menangani krisis sumber tenaga yang melanda dunia kini dan ia sekaligus sebagai jalan penyelesaian (juga alternatif) terhadap pergantungan kita kepada 'Emas Hitam' sebagai sumber tenaga utama dunia. Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dari Kumpulan Negara Kaya (G8) di Osaka baru-baru ini malahan menggesa negara-negara pengeluar minyak supaya meningkatkan pengeluaran bagi menstabilkan harga bahan api tersebut. Kita juga maklum kenaikan harga komoditi khususnya minyak (dan makanan juga) merupakan ancaman serius untuk pertumbuhan ekonomi yang stabil di seluruh dunia.

Namun yang perlu dirisaukan dan diambil perhatian di sini ialah pendapat para penganalisis yang mengatakan bahawa industri minyak dunia kini sudah mencapai kadar pengeluaran kemuncaknya dan setiap negara kini perlu menyediakan langkah-langkah perlindungan bagi menampung kejatuhan ekonomi.

Saya keutarakan perkara ini memandangkan krisis-krisis yang sedang melanda negara kita kini makin meruncing dan sejauh manakah kita bersedia jika keadaan tersebut benar-benar terjadi. Krisis bekalan makanan (beras) yang kemudiannya disusuli dengan kenaikan harga minyak seakan-akan lenyap dengan 'krisis-krisis' politik yang lebih menonjol atau sebenarnya lebih ditonjolkan oleh media. Sebenarnya apa yang sedang kita usahakan ke arah kemungkinan besar berhadapan dengan krisis minyak ini? Rakyat juga kelihatan terikut-ikut dengan rentak 'orang-orang yang berkepentingan' dengan terus seronok dengan pementasan kata-mengata, fitnah -memfitnah, dengki-mendengki ini. Mungkin ini lebih sensasi agaknya.

Bagi saya krisis minyak ini belum berakhir. Mungkin kenyataan pihak kerajaan dengan memberikan komitmen mereka untuk menetapkan harga petrol dan diesel setiap bulan bermula 1 September ini agak melegakan. Namun cadangan untuk mengaplikasikan konsep harga syiling wajar diambil perhatian yang serius oleh kerajaan. Cadangan ini saya rasakan sangat praktikal kerana sebenarnya satu strategi pengurangan harga yang tidak melibatkan kos kepada kerajaan sebenarnya.

Oklah, kita akan bincangkan lebih lanjut tentang cadangan konsep harga syiling bagi minyak ini kemudian. Hmm, sebenarnya blog ini lebih kepada membekalkan anda dengan informasi-informasi yang berkaitan ekonomi dan beberapa perkara yang saya minati. Dan pada kali ini tujuan sebenarnya adalah untuk kita sama-sama melihat apa dia sumber-sumber tenaga baru yang ada di dunia tetapi kurang digunakan dan menjadi prospek sebagai tenaga alternatif untuk Emas Hitam a.k.a minyak. Tapi dimaklumkan terlebih dahulu yang tenaga nuklear tidak akan dimasukkan dalam senarai di bawah ini kerana kita akan informiskan dalam entri yang lain.

Sumber Tenaga Baru :-

BIOJISIM - Terhasil melalui tumbuhan seperti proses fotosintesis serta binatang yang hanya memerlukan kecekapan yang sangat rendah untuk meningkatkan sumber tenaga.

KUASA HIDRO - Terhasil melalui kaedah takungan air dan mampu menyimpan tenaga seperti di Empangan Chenderoh dan Temenggor. Ia mampu membantu dalam pengawalan banjir, pengairan dan bekalan air minuman.

TENAGA ANGIN - Memerlukan julat laju angin 4 - 25 m/s bagi menyalurkan tenaga.

TENAGA SURIA TERUS - Bersumberkan dari sinaran matahari seperti tenaga suria terma dan tenaga suria fotovolta (PV). Malaysia menerima cahaya matahari terbias sekitar 50 peratus dan kurang sesuai untuk sistem penumpuan seperti solar bowl dan solar concentration.

LAIN-LAIN SUMBER TENAGA MASA HADAPAN - Tenaga ombak, Tenaga air pasang, Kecerunan suhu dan kepekatan garam, Tenaga geoterma.

ilmi: Aku teringat dulu masa belajar di Universiti Teknologi Malaysia, rasa bangga gak kalau keluar berita tentang hasil inovasi warga UTM yang menghasilkan produk dan sebarang gadget yang bersumberkan tenaga alternatif. Menang pingat tu tak payah cakap memang banyak punya. Tapi sekarang ni terfikir gak apa ertinya semua tu? Apa manfaatnya? Untuk bermegah-megah saja ke? Untuk tunjuk terror pada dunia ke? Kita selalu buat itu buat ini. Berbangga dengan penghasilan kreatif baru. Tapi sejauh mana ia cuba direalisasikan dan dikomersialkan? Sejauh mana manfaatnya diterima oleh masyarakat dan rakyat? Ha, siapa nak jawab nie!?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More